30 Apr 2010

Sesungguhnya Saat Yang Terindah Hanyalah Sementara...

Sila baca tajuk entry kali ni macam lagu Erra Fazira.
Salam semua. Entry kali ni sila baca dengan nada bersahaja sebab Ris Famili nak menjadikan entry kali ni entry sempoi. Hopefully jadiklah ia betul- betul sempoi... Last Monday, mak Amin telah ditugaskan untuk menghadiri tugas rasmi kat KL.
Jangan tak tau bloggers ya. Sebenornya mak Amin kecuttt perutt ke KL kali ni.
Semua rasa---> nak terdemam, seram sejuk, pening, nak termuntah pun ada...
Tapi fikir- fikir psikologi je tu, sebab mak Amin kena beri presentation masa tugasan tersebut nanti...

Tapi, bila masuk bilik hotel ni... fuhh... hilang tensen betui. Rasa best, nyaman, ringan dan yang sewaktu dengannya semua ada. Kira not badlah hotel ni. Dan rasa ok gak kena datang KL ni.
Pemandangan meja study ni mengingatkan diriku betapa perlunya study dulu presentation sebelum meeting menjelang tiba. Jangan tersasul , jangan tersasar. Be confident, yeah!
Tapi, TV ni memanglah berhantu. Movies Astro malam tu memanglah best- best belaka.
Dan perasaan best tu memang tak lama. Badan ni kemmbali rasa seram sejuk, rasa menggigil pun ada. Risaunya, H1N1 ke mak Amin nih? Esok nak presentation, tapi diri rasa tak secantik manusia lain, tak confident...

***
***
***
***
***

Gulllp... Beristighfar tengok muka kat cermin... Make sure bloggers semua dah makan ya. Kalau tak, muka mak Amin terkena chicken pox ni terapi baik untuk turunkan selera makan...
Diriku di attack virus chicken pox rupanya!!!
Baru nak menikmati saat- saat indah di hotel.
Betullah---> Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara,
sekarang mak Amin mengalami kegatalan seluruh badan dan demam seram sejuk.
Redha dengan ujian Allah.
Bloogers---> doakan saya cepat sembuh ya!

Info IT (Simple IT) @ RIS-IT (Klik Sini)






24 Apr 2010

Wajah- wajah Amin in school uniform...

Salam semua... Amin nak beritahu inilah uniform sekolah Amin.
Masa hari pertama ke sekolah, teacher beri lolipop supaya Amin tak nangis.
Tapi, Amin memang tak nangis pun....
Ini pula uniform sekolah Amin pada sesi petang.
Waktu petang Amin belajar Iqra' dan Jawi.

Haaa, ini pula baju Melayu Amin, kena pakai masa sambutan maulidur Rasul hari tu.
Amin berarak dengan kawan- kawan sekolah, seronok sangat.
Tak sabarnya nak ke sekolah esok!




17 Apr 2010

Jadi Cover Majalah

Baru-baru ini RIS-FAMILI terpilih untuk menjadi penghias muka depan majalah. Seronok sungguh. Mana tidaknya, sebanyak tiga majalah sekaligus memilih RIS-FAMILI untuk menghiasi muka depan majalah.
Tak percaya? Lihatlah buktinya di bawah.
Majalah 'My Baby' untuk bulan Julai

Majalah 'Holiday Times' untuk bulan Disember

Majalah 'Famili Vacation' untuk bulan Julai.

Macam mana, dah percaya.

Untuk membaca selanjutnya tentang majalah ini sila
klik disini (1) dan disini (2)




8 Apr 2010

KENDURI - Flashback

Amin suka sangat bila abah & mak ajak pergi kenduri.
Masa kenduri la Amin ambil peluang bergambar. Berikut adalah antara gambar Amin semasa pergi kenduri.
KENDURI MAKSU : FELDA IJOK, PERAK -25 DIS 2008
Amin menjadi pengapit semasa Abah & Mak bersanding?
Bukanlah, ni pelamin masa Mak Su kahwin. Abah dengan Mak saja je berposing mengimbau kenangan lalu.
KENDURI MAKSU : FELDA IJOK, PERAK -25 DIS 2008
Yang paling best tu, pengasuh Amin datang dari Ipoh. Mak Ana nama pengasuh Amin tapi sekarang Mak Ana dah tak jaga Amin sebab Amin dan pindah ke KT.

KENDURI MAKSU : PASIR PUTEH, KELANTAN -27 DIS 2008
Ni pulak gambar kenduri Mak Su Ani semasa di rumah Pak Su. Mak Su Amin yang satu lagi pun datang. Mak Su Amin yang satu lagi tu pakai baju hitam bunga kuning. Dua-dua Mak Su Amin sayang.

KENDURI MAKSU : PASIR PUTEH, KELANTAN -27 DIS 2008
Amin dah letih berarak bersama pengantin. Apa lagi, suruh mak dukung la. Makasih mak.

KENDURI KAWAN ABAH : KERTEH, TERENGGANU -14 NOV 2009
Kawan Abah yang kerja di Labuan ajak abah ke kenduri kahwin adik dia di Kerteh. Sambil makan kenduri, ambil peluang jumpa kawan yang dah lama tak berjumpa.
KENDURI KAWAN ABAH : KERTEH, TERENGGANU -14 NOV 2009
Oh ya, Amin pun jumpa kawan lama juga, nama dia Aiman. kalau Abah kami berdua tak pindah, tentu kami dah jadi kawan karib.

KENDURI SEPUPU MAK : KEMAMAN, TERENGGANU -20 FEB 2010
Yang ni pulak, Mak dijemput untuk turut serta menghadiri kenduri sepupu mak. Sepupu mak tu pengantin perempuan, tapi yang ni kenduri di rumah pengantin lelaki. Sampai aje di rumah kenduri terus ambil peluang bergambar di depan rumah pengantin.
KENDURI SEPUPU MAK : KEMAMAN, TERENGGANU -20 FEB 2010
Amin, Abah dan Mak memang tak lepaskan peluang untuk pergi kenduri apabila di jemput. Rajin berjalan luas pandangan, banyak pengalaman (perut kenyang).

3 Apr 2010

Dari Dulu Hingga Kini....

Kalau dah mengantuk, kat mana pun boleh tidur.
Begitulah juga dengan Amin.
4 Oktober 2006
21 Oktober 2006
15 November 06
28 November 2006
2 Disember 2006
14 Januari 2007
16 April 2007
18 April 2007
27 Oktober 2008
1 Julai 2009
2 Oktober 2009
23 Januari 2010
14 Februari 2010