31 Dis 2012
27 Dis 2012
Cuti-Cuti Malaysia : Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, kami datang lagi. Kali ini percutian 3 hari 3 malam sebabnya dah sampai lewat malam ke KL sebabnya siang hari ke KL adalah hari bekerja bagi Mak dan Abah. Untuk memberi pengalaman kepada Amin dan Humaira menaiki kapal terbang dan bas ekspres. Juga pengalaman menaiki komuter, LRT, monorail dan teksi. Maklumlah kat Terengganu mana ada benda-benda macam tu kecuali bas, teksi dan kapal terbang. (Kat negeri lain pun cam tu juga sebab benda ni hanya ada kat Lembah Kelang).
Pergi menaiki kapalterbang dan balik menaiki bas ekspres yang mana kedua-duanya ada pramugari. Pheewittt. Ronda-ronda semasa di KL pula menaiki pengangkutan awam yang ada kat KL le sebab tak de kenderaan sendiri. Jom saksikan pengalaman ini.
Gambar tiket kapal terbang diabadikan untuk kenangan. Pengalaman pertama Humaira sebenarnya sebab Amin, Mak dan Abah dah pernah naik.
Pemandangan KL dari bilik penginapan (Gambar hari kedua). Hari pertama sampai KL dah lewat malam jadi hari pertama di KL adalah tidur. Zzzzzz.
Antara agenda ke KL adalah untuk beriadah di Taman Air Suria KLCC tapi tak tercapai. Dua kali pergi ke sana tapi hujan pada kedua-dua hari. Perancangan untuk bagi Amin dan Humaira untuk bermain air terpaksa ditukar.
Tukar ke riadah mata. Tengok citer kartun kat wayang dalam KLCC.Ambil gambar kat citer yang sedang ditayangkan tapi bukan citer tu yang kitaorang tengok.
Inilah antara pengangkutan awam yang kitaorang naik. Sekadar contoh.
Humaira bukan main suka lagi naik LRT. Pengalaman pertama Humaira.
Dah selesai agenda di KL, masa untuk balik ke KT. Di stesen bas ekspres menunggu bas ekspres datang menjemput. Selesa gak tempat menunggu, siap diberikan air kotak setiap orang semasa menunggu. Tempat menunggu pun selesa dengan kemudahan wifi.
Amin dah mengantuklah. Syok juga tido dalam bas ni. Jom Tidur. Tadaaaa....
19 Dis 2012
Welcome To Terengganu
Pada 9 Disember 2012 lalu, RIS-FAMILI menerima tetamu yang amat-amat ditunggu. Kedatangan Tok dan Along Mohammad amat dialu-alukan. Jika Tok telah beberapa kali datang ke Terengganu namun bagi Along Mohammad ini adalah pertama kali dia datang ke Terengganu. Along Mohammad adalah sepupu kepada Amin.
RIS-FAMILI mengambil peluang untuk membawa Tok dan Along Mohammad berjalan-jalan sekitar Kuala Terengganu bagi meraikan kedatangan ke sini. Amin dan Humaira amat seronok sebab ada teman untuk bermain dan berjalan-jalan. Kalau kebiasaannya Humaira agak sukar didekati oleh orang lain tapi kali ini dia amat manja dengan Toknya. Amin pula amat ceria bersama dengan Along Mohammad.
Jalan-jalan juga, tapi gambar jangan lupa utk diabadikan. Inilah antara gambar yang sempat di ambil untuk kenangan. Layan je lah;
Masjid Kristal - Cadangan asal nak bawa ke Taman Tamadun Islam juga tapi disebabkan hujan, cadangan tersebut dibatalkan. |
Muzium Terengganu - Bertingkat jadi sukar jugalah nak bawa stroller Humaira. |
Pameran Islamik - Pameran yang ada di dalam Muzium dari 19 November hingga hujung tahun ini. |
Masjid Tengku Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. |
Noor Arfa Craft Complex - Window shopping je kat sini sbb tujuan utama adalah untuk melihat demonstrasi membuat batik |
Along Mohammad mencuba pakaian batik yang disediakan. Jadilah - Nak cuba pakaian betul tak de la pula disediakan. |
Pulau Warisan - RIS-FAMILI panggil mini i-city sebab sama konsep. |
Pantai Batu Buruk - Lokasi wajib untuk tetamu. Tapi pergi sekejap je sebab hujan (hujung tahun adalah musin hujan di sini) |
Pasar Payang - Tempat membeli cenderhati / buahtangan untuk dibawa pulang ke kampung. |
Ini adalah antara tempat yang sempat dibawa dan diambil gambar. Sebenarnya ada beberapa tempat lagi yang dikunjungi tapi disebabkan tak gambar diambil jadi tak de lah kenangan bergambar di tempat tersebut.
Oleh kerana Tok ada hal di kampung jadi percutian Tok dan Along Mohammad di Terengganu hanya seminggu. Moga dapat datang lagi berkunjung ke sini bila ada kesempatan. Jadi RIS-FAMILI mengambil peluang mengirimkan keropok lekor sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke kampung. Datanglah lagi ye.
12 Dis 2012
Graduasi Amin 2012 - Tadika Rossa Bestari
Tahun ini adalah tahun akhir Amin berada di Tadika Rossa selepas hampir 4 tahun menetap di Terengganu. Sejak berpindah ke Terengganu ini lah tempat Amin belajar semasa mak dan abah bekerja. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru Taska dan Tadika Rossa atas didikan dan penjagaan yang diberikan.
Tahun 2013 nanti Amin akan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Sememangnya Amin tak sabar-sabar nak pergi sekolah tersebut. Pada ujian pemilihan (klik sini) yang Amin duduki sebelum ini pun dan menampakkan Amin tak kekok untuk bersama-sama kawan di sekolah. Semoga Amin dapat menyesuaikan diri apabila sesi persekolahan sebenar bermula nanti.
Tahun 2013 nanti Amin akan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Sememangnya Amin tak sabar-sabar nak pergi sekolah tersebut. Pada ujian pemilihan (klik sini) yang Amin duduki sebelum ini pun dan menampakkan Amin tak kekok untuk bersama-sama kawan di sekolah. Semoga Amin dapat menyesuaikan diri apabila sesi persekolahan sebenar bermula nanti.
7 Dis 2012
Bukit Gambang Water Park
Sambungan entri sebelum ini di mana di selitkan cerita Bukit Gambang Waterpark dalam kisah Janji Khatam Al-Quran. Kali ni nak selitkan beberapa gambar untuk disemadikan dalam online diary RIS-FAMILI ni.
RIS-FAMILI ambil pakej cuti sekolah yang disediakan oleh Bukit Gambang dan memilih Caribbean Bay Suites. Pakej bagi 2H1M ini adalah termasuk hotel/resort, sarapan, tiket masuk waterpark dan kemudahan trem pergi pergi balik dari hotel ke waterpark dan kesemuanya untuk 3 orang. Untuk baby tiada caj dikenakan, jadi Humaira masuk dalam pakej secara percuma.
Ni lah no bilik yang menjadi tanda RIS-FAMILI pernah menginap di sana. Oh ya, ada satu lagi pakej penginapan tapi mahal sikit dari pakej yang RIS-FAMILI ambil iaitu pakej bagi Arabian Bay Suites. Tak pastilah pula apa yang menyebabkan ianya lebih mahal dari pakej yang ini.
Ni lah lakaran kawasan waterpark ni. Ada tiga bahagian utama iaitu 'Coco Beach' iaitu kawasan pantai dan air ombak buatan, 'Penguin Island' dan "Tree Top Hill Slides'. Dari ketiga-tiga bahagian ini, Amin lebih menyukai 'Penguin Island' kerana banyak gelongsor air dan permainan di sini.
Seperti lain-lain taman tema air, makanan dan minuman luar tidak dibenarkan jadi kenalah top-up duit secara online sebelum masuk ke taman tema ini. Duit maya ini di'barkod' di gelang tangan dan perlu di scan setiap kali pembelian dibuat samada untuk tujuan membeli makanan/minuman atau untuk menyewa pelampung. Dan duit baki akan dikembalikan selepas keluar dari taman tema ini.
Hujan yang turun selepas hampir 3 jam Amin bersukaria bermain air membuatkan taman tema berehat sebentar dan semua pengunjung diminta keluar dari kawasan air untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku. RIS-FAMILI bernasib baik mendapat satu 'cabana' (macam wakaf/pondok) yang mana penyewanya baru saja balik. Jadi dapatlah berlindung dari hujan di cabana ni. Sementara menunggu hujan reda, bolehlah bersalin baju untuk balik.
Hujan berhenti saja, semua pengunjung menyerbu semula kawasan air untuk bermain air. Tapi RIS-FAMILI mengambil peluang ini untuk pergi makan dan seterusnya balik.
Langgan:
Catatan (Atom)