27 Dis 2010

Bowling Oh Bowling

Antara Hadiah / Cenderahati Yang Diberikan
Pada 23 Oktober lalu telah berlangsung Kejohanan Bowling Terbuka PKS tempat kerja Abah Amin. Kejohanan Bowling tersebut telah dijalankan di Kuantan memandangkan tiadanya 'kemudahan yang bersesuaian' di Terengganu. Seramai 40 pasukan mengambil bahagian dan setiap pasukan mengandungi 4 orang peserta. Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Yang Dipertua PKS dan berjaya dilangsungkan dengan baik walaupun terdapat 'sedikit' kontroversi namun berjaya diselesaikan dengan baik oleh urusetia. Sebanyak 3 hadiah kumpulan, 20 hadiah individu dan 60 hadiah cabutan bertuah diberikan disamping setiap peserta diberikan beg galas berisi makanan dan minuman. Berikut adalah gambar-gambar aktiviti tersebut.
Aksi Semasa Kejohanan Bowling
Sempat Berposing Sebelum Hadiah diberikan Kepada Pemenang




23 Dis 2010

Cuti-cuti Malaysia - Melaka Bandaraya Bersejarah

Selamat datang ke Melaka. Begitulah kata-kata yang terdapat di pintu gerbang apabila menuju ke bandar Melaka. Diakui Melaka memang sesuai untuk percutian keluarga dan rasanya sehari dua tidak mencukupi jika bercuti ke Melaka. Hujung bulan Oktober lalu RIS-FAMILI kembali bercuti ke Melaka dan ini merupakan kali kedua RIS-FAMILI bercuti sekeluarga. Walaupun dah kali kedua bersama famili, rasanya tak hilang keterujaan untuk bercuti dan harap-harap boleh pergi lagi di lain masa kalau ada kelapangan.
Memandangkan Melaka adalah destinasi perlancongan sudah tentunya banyak hotel yang ada. Namun sukar juga nak cari hotel yang murah berpatutan kadarnya. Banyak yang dah di tempah, yang masih kosong kebanyakkan adalah yang super mewah dan harganya fuhhhh... mahal gilerr. Cari punya cari dapatlah Hotel GrandCon walaupun harganya lebih sedikit dari bajet. Ok la tu, hanya aircond je yang tak best sebab tak boleh kawal (kawalan berpusat). Malam pertama tidur dalam kesejukan tapi malam berikutnya selesa la sikit sebab lubang aircond dah kena tutup dengan kertas.
Oh ye, percutian kali ini juga turut disertai oleh Tok Amin yang datang secara khusus untuk bersama-sama bercuti. Lokasi percutian pertama yang diserbu sudah tentunya Menara Taming Sari. Kalau percutian pertama dahulu, RIS-FAMILI naik sebanyak 4 kali (2 kali X 2 hari), tapi kali ini hanya naik sekali je. Ketinggian menara ini adalah 110 meter dan rasanya ini merupakan satu-satunya menara yang berfungsi dengan cara berpusing pada tiang sambil naik, kekal berpusing semasa berada di atas. Begitulah juga semasa turun.
Berikutnya adalah ke Taman Buaya. Cadangan asal adalah untuk ke Zoo Melaka tapi disebabkan Amin demam jadi kena pilih taman yang tak begitu luas. Walaupun dinamakan Taman Buaya, haiwan-haiwan lain pun turut dipamerkan. Macam mini zoo la juga. Terdapat beberapa pembaikan berbanding semasa percutian keluarga yang dulu. Antaranya replika monumen-monumen negara, pentas pertunjukan (RIS-FAMILI sempat menyaksikan persembahan haiwan), mini zoo dan taman tema air (bayaran tambahan untuk masuk).
Kali ini RIS-FAMILI tak melepaskan peluang untuk menelusuri Sungai Melaka dengan mengikuti Melaka River Cruise memandangkan percutian yang pertama tak berkesempatan disebabkan penumpang tak mencukupi korum untuk bergerak (tunggu selama setengah jam tapi tak de orang lain nak join sekali). Rasanya river cruise ni ambil masa setengah jam juga untuk menelusuri Sungai Melaka. Yang tak bestnya, bila air sungai terpercik, busuk baunya. Jadi sapa yang naik bot, jangan duduk di bahagian depan, kompom kena percikan air. Oleh itu hargailah sungai dan jangan cemari sungai.
Berdekatan dengan Jeti River Cruise terdapat monorail. Monorail ini tak serupa macam monorail di Kuala Lumpur kerana tujuan utama monorail di Melaka adalah untuk membawa pelancong menerokai bandar Melaka dari atas rel di sepanjang Sungai Melaka. Tak ada stesen lain untuk menurunkan penumpang kerana stesen menurunkan penumpang adalah di tempat semasa naik. RIS-FAMILI naik monorail ni pada waktu malam memandangkan pada waktu siang begitu sesak dengan penumpang. Panjang landasan adalah kira-kira 1.6 km Setiap kabin boleh memuatkan seramai 6 orang dan mengambil masa kira-kira 15-20 minit. RIS-FAMILI adalah antara penumpang terawal kerana monorail ini baru saja dilancarkan seminggu sebelum percutian keluarga ini. Yessss.
Selepas naik monorail, RIS-FAMILI pergi ke Eye Of Melaka pula. Jangan terkeliru dengan Eye of Malaysia yang terdapat di Melaka dulu kerana Eye of Malaysia dah tak ada sebab dah habis kontrak perkhidmatan. Ada juga yang panggil Melaka Eye. Walaupun kecil sedikit (ye ke sedikit) tapi ok la juga sebab boleh lihat Bandar Melaka yang bercahaya sebab naik waktu malam. Kepada sesiapa yang takut kepada ketinggian dinasihatkan tak naik roda berpusing ni, begitu juga dengan Menara Taming Sari yang telah dibagitau di awal entri ini.
Seperti biasa tak lengkap rasanya kalau tak bersantai-santai sekitar Bandar Melaka sambil membeli-belah dan menikmati makanan made in Melaka. Untuk makan, RIS-FAMILI memilih warong makan yang berkonsepkan terbuka iaitu beroperasi di bawah pokok (pakai payung utk setiap meja) manakala untuk membeli barangan sebagai tanda kenangan RIS-FAMILI berkunjung ke kedai depan Muzium Samudera dan Melaka Mall.
Kalau ikutkan memang banyak lagi tempat menarik yang ingin dikunjungi lagi tapi memandangkan hanya 4 hari je kenala pilih tempat yang tertentu sahaja ditambah pula Amin yang deman sehari sebelum pergi juga sepanjang percutian ini. Namun Amin tetap berkobar-kobar untuk mengikuti setiap tempat yang dikunjungi. Bagi Amin ini adalah kunjungan dia yang kedua, kunjungan kali pertama adalah semasa dia berumur 2 tahun. Bagi mak dan abah Amin, entahlah... dah tak tahu nak mengira. Hehehe.

20 Dis 2010

Kunjungan Tetamu VIP

Pada 6 Disember 2010 lalu, pejabat Abah Amin menerima kunjungan yang dinanti-nantikan iaitu kunjungan oleh Ketua Pengarah JKKP Malaysia. Kali terakhir pejabat Abah Amin menerima kunjungan beliau adalah pada tahun lalu.
Atas kekangan ruangan pejabat, tahun lepas perjumpaan dibuat di bilik mesyuarat Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan namun kali ini perjumpaan dibuat di bilik mesyuarat Wisma Perkeso. Insya Allah pada awal tahun depan pejabat Abah Amin akan turut berpusat di Wisma Perkeso. Selepas habis perjumpaan, Abah Amin dan rakan seopis tak melepaskan peluang meninjau keadaan bakal opis. Begitu luas dan rasa tak sabar pula nak berpindah ke pejabat baru. Hasil pemerhatian didapati kawasan opis baru begitu luas (walaupun masih tidak mencapai keluasan sepatutnya), kawasan letak kereta yang banyak sebab banyak pejabat belum beroperasi (tapi rasanya akan penuh juga bila semua lot habis disewa), namun jalan sesak teruk semasa waktu puncak kerana teletak berhampiran kawasan komersil.
Harap-harap kemesraan yang terjalin sekarang tidak berkurangan apabila berpindah ke opis baru kerana setiap pegawai akan ada ruangan sendiri dan tidak lagi berkongsi kemudahan bersama-sama. Pengalaman di opis lama dan juga pengalaman rakan-rakan yang lain menunjukkan 'kadar' kemesraan akan berkurangan setelah setiap pegawai ada bilik atau ruangan sendiri (jika dibandingkan jika berkongsi kemudahan) walaupun tidaklah sampai bermusuhan.
Kembali kepada aktiviti kunjungan Ketua Pengarah, tak lengkap jika tidak ada aktiviti bergambar bersama beliau. Di bawah adalah hasil dari salah satu aktiviti bergambar. Nikmatinya.... Yummy.
Ketua Pengarah JKKP duduk di sofa sebelah kanan manakala Pengarah JKKP Terengganu  duduk di sofa sebelah kiri. Yang lain-lain tu sudah tentunya kawan-kawan seopis Abah Amin. Abah Amin pula berada di...... (cari sendiri)
Nota : JKKP - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Juga dipanggil DOSH.
Klik sini untuk membaca sejarah JKKP.
Klik sini untuk mengenali fungsi JKKP.



14 Dis 2010

Cuti-cuti Malaysia - Masjid Al-Azim

Jika anda bercuti atau berkunjung ke Bandar Melaka, sudah pasti akan ternampak masjid yang tersergam indah di seberang jalan sebelum sampai ke pusat bandar Melaka. Masjid ini terletak berdekatan Hospital Melaka dan boleh memuatkan seramai 10 ribu orang pada satu-satu masa. Dibuka secara rasmi pada 1990 dan dinamakan Masjid Al-Azim.
Dikesempatan RIS-FAMILI berkunjung ke Melaka pada akhir Oktober lalu, RIS-FAMILI turut  berkunjung ke masjid ini untuk bersolat sambil berziarah. Memang besar dan selesa untuk menunaikan solat.
Pandangan Masjid Al-Azim dari luar
Persekitaran masjid ini dipenuhi dengan lanskap menghijau yang terjaga rapi. Kawasan lapang yang begitu luas dan tempat letak kereta yang banyak namun rasanya bila solat Jumaat rasanya ruangan letak kereta masih tak mencukupi memandangkan boleh memuatkan begitu ramai jemaah.
Pandangan persekitaran Masjid
Masjid ini bukan sekadar untuk bersolat sahaja kerana terdapat pelbagai ruangan lain untuk kegunaan pengunjung antaranya Taska, Permainan Kanak-kanak, Balai Islam, Muzium Al-Quran, Auditorium, Dewan Kuliah dan Kafeteria. Itu antara yang kelihatan berdasarkan pemerhatian, tak tahu pula jika ada yang terlepas pandang.
Pandangan Dalam Masjid Al-Azim
Ruangan dalaman yang luas dan terjaga membolehkan setiap pengunjung bersolat secara selesa. Sebenarnya terdapat dua tingkat ruangan untuk bersolat dan satu tingkat untuk lain-lain kegunaan.
Seperti biasa, RIS-FAMILI mengambil peluang untuk bergambar untuk disimpan sebagai kenangan.
Antara gambar yang sempat diabadikan
Masjid ini juga ada laman facebook sendiri untuk menghebahkan sebarang aktiviti yang dijalankan. Alamat facebook masjid ini ialah http://www.facebook.com/masjidalazim. Carian melalui enjin carian memaparkan laman sesawang masjid ini namun apabila diklik, terdapat mesej error.


***********ADVERTISEMENT***********

11 Dis 2010

Pak Long & Famili Mai Ganu

Awal November lepas Amin terima tetamu yang telah lama ditunggu-tunggu sebab dah hampir dua tahun Amin pindah di Terengganu ni barulah Paklong dan Famili nak datang ke Terengganu ni. Maklumla Amin tinggal jauh nun di Pantai Timur. Tapi Pak Long Amin pun tinggal kat Pantai Timur juga. Amin sefamili pindah hari tu pun hampir-hampir sama dengan Pak Long sefamili pindah iaitu awal 2009, juga sama-sama pindah dari Perak ke Pantai Timur Hanya yang membezakannya Amin ke Kuala Terengganu manakala Pak Long Ke Tembeling Pahang . Nak buat camna, tuntutan kerja atau lebih tepat lagi "saya yang menurut perintah".
Disebabkan jarak yang jauh (walaupun sama-sama Pantai Timur) dan tuntutan kerja yang banyak jadi Pak Long tak berpeluang datang ke sini sebelum ini. Dikesempatan cuti Deepavali yang jatuh pada hari Jumaat dan juga tok turut ada di Terengganu, jadi Paklong sefamili mengambil kesempatan datang ke rumah Amin.
Abah dan mak Amin mengambil peluang untuk memperkenalkan keropok lekor dan nasi dagang kepada Pak Long sefamili. Banyak tempat yang nak di bawa tapi memandangkan cuti umum, jalan sesak teruk (juga parking tak de) banyak tempat yang tak dapat di bawa seperti pasar payang dan muzium negeri.
Santai @ Taman Tamadun Islam / Masjid Kristal
Santai @ Pantai Batu Buruk
Hanya Taman Tamadun Islam, Pantai Batu Buruk, Mydin dan Perkampungan Losong je sempat di bawa bersiar-siar. Tak pe la, nanti datanglah lagi.

Nota : Perjalanan dari Tembeling ke Kuala Terengganu mengambil masa minimum 6 jam.



26 Nov 2010

Mak Su Amin dah Bertunang!

Amin ada satu berita sedih kepada semua jejaka Malaya di luar sana... 
Sorilah ya kepada jejaka- jejaka Malaya semua, 
Mak Su Amin dah dikebas orang... 
Mak Su Amin dah bertunang baru- baru ni sama tarikh dengan birthday opah Amin. 
Ermmm sedapnya kek tu...
Nilah dia gambar Mak Su Amin dengan busana pertunangan yang putih bersih gitu.
Semua makanan yang dijadikan hantaran tu mak Su Amin buat sendiri tau... Pandai tau mak Su Amin, buat dengan duit, dengan sumbangan sedara, hehehhe..
Nilah momen yang paling penting.
Saat disarungkan cincin pertunangan. Cincin tu Paksu yang beli, tapi majlis tu tak nampak pun kelibat Paksu. 
Mesti Paksu lapar dok kat rumah, sebab semua orang kat majlis pertunangan sedap makan Nasi Bukhari dan pulut panggang Mak Nyah masak.
Dan yang kat tengah tu, juri menentukan/ mengesahkan sesi menyarung cincin tu...
Mak Su bersama Opah dan MIL to be. Mesti mak su tengah berdegap degup kencang time ni, hehehe... Happy Birthday buat Opah juga.
Dah selesai majlis, Amin pun tangkap gambar dengan maksu. Mak Amin dah pesan dengan maksu, jangan buat kenduri kawen time mak sedang berpantang kelak.  Amin nak jadi abang besar nanti, bakal dapat adik, insyaAllah tahun depan.
Tahniah Maksu dan Paksu di atas pertunangan! 





13 Nov 2010

Jom Belajar - Universiti Teknologi Petronas

      Belek-belek album digital yang lama, ternampak gambar semasa berkunjung ke UTP atau lebih Universiti Teknologi Petronas yang terletak di Bandar Seri Iskandar, Tronoh. Bukan nak ceritakan tentang universiti tersebut secara lanjut tapi saja nak kongsi gambar yang diambil semasa berada di dalam UTP tersebut. Kagum jugalah tengok binaan yang ada. Berikut adalah serba sedikit gambar-gambar untuk dikongsi.

Ruang legar ke Dewan UTP
Dewan, konsep terbuka.
Kerusi dalam dewan, rasa macam dalam stadium.
 Perpustakaan - Pandangan dari luar perpustakaan
Keadaan dalam Masjid di UTP

Untuk makluman pembaca, UTP ni terletak di pertengahan antara Ipoh dan Lumut. Jarak dari Ipoh adalah kira-kira 35 KM manakala jarak dari Lumut kira-kira 49 KM.



***********ADVERTISEMENT***********

3 Nov 2010

Flashback : Aidilfitri 1431

Entri kali agak lewat gak tapi tak kira, nak publish juga. Nak citer sikit tentang Aidilfitri baru baru ni walaupun dalam beberapa hari lagi dah nak masuk bulan Zulhijjah iaitu bulan Haji atau bulan Aidiladha.

Buat khas untuk Aidilfitri lalu. Anggapla kad online ni sebagai kad utk wish Aidiladha
Untuk Aidilfitri yang lepas, giliran RIS-FAMILI berhari raya di Selama dahulu. Raya kali ini semua sepupu Amin (sebelah abah Amin balik) kecuali seorang je. 
Sepupu Amin (sebelah abah) ada 18 orang. Ni sebahagian je yg ada.
Aidlifitri kali ini adalah kali pertama kali Amin pergi beraya tanpa ditemani oleh mak dan abah. Amin pergi kutip duit raya beraya bersama sepupu Amin. Seronoknya, raya tahun depan nak gi raya macam ni lagi.
Ni la gambar Amin pergi berhari raya. Memang seronok.
Aktiviti bergambar dengan mak dan abah adalah aktiviti yang selalu dilakukan semasa hari raya, dah jadi macam tradisi plak tak kira Aidilfitri atau Aidiladha. Dah hasilnya, tra.. la.. la...
Raya kedua RIS-FAMILI beraya di Ipoh pula. Kali ini Amin bertemu sepupu Amin belah mak pula. Ada 2 orang, manakala 3 orang lagi tak balik sebab ada hal yang tak dapat dielakkan namun tetap meriah. Ramai gak saudara-mara belah mak datang beraya.
Gambar Aidilfitri tahun lepas. Tak jumpa plak gambar Aidilfitri tahun ni. Seronok beraya bersama sepupu.
Amin pun tak melepaskan peluang beraya ke rumah saudara mara belah mak Amin. Antaranya yang menjadi kemestian ialah rumah moyang Amin di Gelung Pepuyu, tok/opah saudara, moyang saudara dan rumah pengasuh Amin semasa Amin tinggal di Ipoh dulu.
Aidiladha kali ni, Insya Allah giliran di rumah Tok dan Opah di Ipoh dulu. Lepas tu baru beraya di rumah tok di Selama pula. Tak sabar rasanya nak balik beraya.
Tokkkk..... Opahhhhh..... Masak apa untuk raya nanti?



7 Okt 2010

Happy Birthday Amin!

04 Oktober 2010 jam 7.32 pagi genaplah Amin berumur 4 tahun. Mak tanya Amin nak makan apa, Amin terus cakap nak kek... Macamana Amin tahu kalau birthday selalu makan kek?
Sorilah ya sayang, mak dan abah tak adalah nak buat birthday party utk Amin. Memadailah bacaan doa supaya Amin membesar menjadi anak yang soleh, terang hati dalam menimba ilmu dan dimurahkan rezeki.
Sebelah malamnya pula, abah belanja makan Pizza Hut sempena birthday Amin. Memang banyak betul Amin makan. Ingatkan dah banyak makan kek tak adalah Amin makan pizza banyak sangat. Terima kasih abah sebab belanja Amin makan pizza. Amin seronok sangat...
Sebagai hadiah birthday pula, abah hadiahkan Amin kerusi belajar warna blue. Kat kedai tu ada kerusi warna white, red dan blue. Warna blue ni jugakla yang Amin minat. Meja study Amin ni disponsor oleh tok dan opah Ipoh. Harap Amin rajin belajar guna meja study dan kerusi yang abah belikan. Sekarang ni Amin dah banyak hafal zikir dan dah lancar membaca doa iftitah serta bacaan semasa solat yang lain. Suka mak dan abah mendengarnya. Bacaan iqra 'huruf bersambung pun Amin dah pandai sikit- sikit.
Ni gambar sehari sebelum birthday Amin. Mak dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Amin di dunia dan akhirat. Belajar lah hidup bersederhana  dan wasatiah dalam semua hal.
Happy Birthday Amin sayang. Dah 4 years old tau!

28 Ogo 2010

Selamat Memandu Pulang Berhari Raya

Memandangkan Aidilfitri tidak lama lagi, RIS-FAMILI percaya ramai yang telah membuat persediaan mengenai kenderaan yang akan dinaiki untuk pulang ke kampung terutamanya anak-anak perantau yang mencari rezeki di perantauan. Berbagai jenis pengangkutan tersedia samada kenderaan sendiri, kenderaan awam ataupun menumpang kenderaan kawan. Tidak terkecuali RIS-FAMILI sendiri yang akan turut balik kampung di Aidilfitiri kali ini. Semoga perjalanan kita semua lancar dan selamat tiba di destinasi yang ditujui.
Bercakap berkenaan kenderaan, RIS-FAMILI ingin memaparkan beberapa jenis kenderaan yang ada di sini dan juga yang pernah RIS-FAMILI naik terutamanya Amin.

   
Gambar Atas - Kuasa tolakan oleh orang lain : Gambar Bawah - Kuasa tolakan oleh kaki sendiri.

 
Kenderaan Setempat tanpa enjin - Hanya terdapat di taman permainan

      
Kenderaan Indoor - Ada yang berbayar dan ada yang percuma


  
Kenderaan Haiwan - Sesuai untuk rekreasi tapi tak sesuai untuk bawa balik kampung.

   
Kenderaan Sebenar  tapi untuk jarak dekat je. Nak naik untuk balik kampung rasanya tak sesuai, letihnya.

    
Kenderaan sebenar dan sesuai untuk bawa balik kampung terutamanya untuk jarak jauh (kecuali replika kapal)
Dari Kiri Atas : Kereta, Kapal Laut, Kapal Terbang, Keretapi dan Bas.

Tak kira apa jua kenderaan yang anda naiki, pilihlah kenderaan yang selamat. Jika anda memandu tak kira kenderaan sendiri atau membawa kenderaan awan, memandulah dengan berhati-hati di jalan raya, jalan air atau jalan udara. Pesanan Khidmat Masyarakat Ini dibawakan oleh RIS-FAMILI dan RIS-IT.



RIS-IT