24 Mac 2018

River Cruise @ Kuala Kangsar

      Pada 4.2.18 lalu RIS-FAMILI ronda-ronda di Kuala Kangsar. Menghabiskan masa berharga bersama famili. Tempat yang biasa RIS-FAMILI pergi kalau ke Kuala Kangsar adalah medan selera laksa dan cendol.
      Selepas menjamu selera laksa dan cendol, RIS-FAMILI santai di tepian Sungai Perak sambil makan kacang rebus. Yummm... memang asyik. Terperasan bot yang sekali-sekala lalu di sungai tersebut.
      Jadi RIS-FAMILI tak melepaskan peluang untuk menaikinya. Tiket berharga RM15 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Manakala warga emas dan OKU adalah percuma.
      Bagi RIS-FAMILI, agak berbaloi harga tersebut dengan perlayaran selama setengah jam untuk river cruise tersebut. Abang Amin, Kakak Maira dan Una memang teruja menaiki bot tersebut. (Abah & Mak pun sama)
      Bot yang dinaiki dinamakan Balai Gambang Cempaka Sari. Menurut jurupandu, bot yang dinaiki inilah juga merupakan bot yang dinaiki oleh Sultan Nazrin Shah semasa upacara pertabalan baginda.
      Sepanjang perjalanan, jurupandu bot tersebut juga menjadi jurucakap menerangkan berkenaan bot tersebut dan juga bangunan-bangunan di sekitar bot belayar. Penumpang juga berpeluang bertanya kepada jurupandu yang agak peramah tersebut.
      Antara yang dapat dilihat sepanjang perjalanan adalah Masjid Ubudiah, kanak-kanak kampung mandi sungai, rumah hantu mak Limah (filem), rumah Wan Peah (drama), jambatan dan keindahan pemandangan di sepanjang perjalanan.
      Memang best. Nanti bila ada masa boleh pergi lagi.


***********ADVERTISEMENT***********