9 Jan 2019

SMKA Sultan Azlan Shah, Bota | SM KASAS

      Tarikh 8.1.19 adalah hari bersejarah buat RIS-FAMILI kerana abang Amin melapor diri ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Bota. Bermakna bermulalah hidup abang Amin berdikari jauh dari keluarga kerana tinggal di asrama. Memang ini impian abang Amin sejak memasuki darjah 6.
      Abg Amin ditempatkan di bilik Khalid bersama 9 pelajar tingkatan 1 dan dua orang pelajar tingkatan 4. Pelajar tingkatan 4 ini adalah pelajar yang dilantik oleh pihak asrama untuk membimbing pelajar lain. Seorang adalah pengawas asrama dan seorang lagi adalah biro BADAR.



      Sampai saja di sekolah, abg Amin disambut oleh pelajar Tingkatan 4 yang menjadi abang angkat yang akan membantu pelajar-pelajar baru. Abang angkat Amin bernama Hakimi dan berasal dari Chemor.
      Seperti biasa, proses bermula dengan pendaftaran murid dan pembayaran yuran.
Amin ditempatkan di kelas 1 Ibnu Sina dan rumah merah untuk sukan.



      Selepas tamat taklimat berkenaan sekolah dan asrama barulah abg Amin dibenarkan masuk kebilik asrama. Bagi abah dan mak, keadaan asrama dan sekolah memuaskan. Suasana pun nampak menarik. Abg Amin pun nampak ceria.
      Kemudahan asas pun agak memuaskan. Jeles abah dan mak sebab dulu tak de kemudahan macam ni. Disebabkan hari mula masuk asrama, abah dan mak ambil kesempatan meronda-ronda sekitar asrama. Antara kemudahan yang ada (tapi tak ada masa mak & abah) adalah bilik beg, bilik seterika, mesin basuh. pelbagai gelanggang sukan, surau berekon dan dewan berekon. Malah air bertapis coway juga disediakan. Bertuahnya.
      Semoga abg Amin dapat menyesuaikan diri tinggal di asrama ini dan berjaya menjadi insan kamil seperti motto sekolah ini.


***********ADVERTISEMENT***********

2 Jan 2019

Tahun Baru | Hobi Baru | Kumpul Setem

Kali ni hobi Abah masa sekolah menengah dan permulaan kerja dulu menurun kepada anak-anak abah. Jika dulu setem mudah didapati kerana sistem penghantaran surat menyurat masa itu menggunakan sepenuhnya perkhidmatan pos, jadi mudahlah mengumpul setem.
Tapi sekarang, urusan surat menyurat sudah banyak menggunakan email atau aplikasi maya. Namun masih ada lagi yang masih memerlukan penggunaan khidmat pos walaupun sudah tak banyak seperti dulu.
Namun hobi yang diturunkan ke anak abah mudah saja. Hanya susun mengikut kategori yang bersesuaian kerana koleksi setem yang ada masih banyak yang belum tersusun. Tersimpan dalam kotak. Jadi tugasan untuk memupuk hobi ini dengan cara meminta anak abah menyusun setem ke dalam buku setem.
Inilah hasil susunannya.





























Masih ada lagi lebihan setem dalam kotak yang masih tersimpan. Nanti bila ada masa lapang dan kerajinan bolehlah susun lagi.


***********ADVERTISEMENT***********