Awal tahun 2011 lalu, rumah yg Ris-Famili tinggal dilanda banjir. (Klik utk baca). Hampir 6 tahun selepas itu tiada banjir berlaku di rumah.
Ingatkan sebelum pindah keluar Kuala Terengganu dah tak kena banjir. Tapi sangkaan meleset. Hujan yg tak berhenti-henti sejak dari malam 25 Nov 2016 melimpahkan air yg banyak menyebabkan longkang tidak dapat menampung air. Hasilnya pagi esoknya semasa abah di opis, pemilik rumah sewa menelefon bgtau air dah naik. Bergegaslah abah kesorangan dalam hujan lebat balik dan meredah air banjir utk menyelamatkan barang. Syukurlah barang2 banyak dah dimasukkan dlm kotak dan diletakkan di tingkat atas.
Sebenarnya mak, Humaira dan Husna dah berpindah ke Ipoh sejak Julai 2016 lagi. Hanya tinggal abah dan Amin je yg masih berada di Terengganu. Tapi masa kejadian banjir kali ini Amin pun dah dihantar balik ke Ipoh sebab cuti persekolahan akhir tahun.
Jika dibandingkan banjir kali ini dengan banjir tahun 2011 lalu, kedua-duanya hampir sama ketinggian airnya. Dalam rumah hanya bahagian dapur dan bilik depan sahaja yg dimasuki air banjir kerana binaannya agak rendah berbanding binaan bahagian lain
Hampir tengahari, banjir pun surut apabila hujan mulai reda.
Memaparkan catatan dengan label Banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Banjir. Papar semua catatan
31 Januari 2017
06 Mei 2011
Banjir Oh Banjir
Banjir.... Mungkin kita biasa mendengarnya tapi tak biasa mengalaminya. Sejak dua tahun menginap di Terengganu ni tak pernah rumah yang RIS-FAMILI diami ni dilanda banjir. Walaupun seminggu sebelum masuk ke rumah in (dua tahun dulu), jiran ada memberitahu kawasan rumah ini pernah banjir dan yang paling tinggi adalah setakat buku lali.
Memandangkan air belum naik (tapi hujan amat lebat) hanya longkang sahaja dilimpahi air, jadi abah Amin ambil keputusan pergi pejabat dulu untuk 'thumb print' kehadiran dan maklumkan pada boss utk nak balik semula bagi mengangkat apa-apa yang patut (pejabat ngan rumah dekat jer). Namun air lagi pantas. Sampai je di rumah air dah melimpah dan memasuki bilik di bahagian depan. Alhamdulillah, aras lantai lain dalam rumah ni tinggi kira-kira dua inci dari aras bilik depan. Jadi air hanya masuk bilik depan je, hasilnya karpet dan pengesat kaki dalam bilik depan terapung-apung dalam banjir tu, bahagian lain dalam rumah terselamat kali ini.
Kawasan taman yang RIS-FAMILI duduk ni bukan kawasan yang sama arasnya, jadi mana-mana rumah yang di kawasan rendah, agak teruklah jugak kesan banjir ni.
Tapi banjir ni boleh dikategorikan sebagai banjir kilat sebab tak sampai setengah jam selepas hujan berhenti, banjir sudah surut. Menurut jiran yang telah lama tinggal di sini, banjir kali ni boleh dikatakan yang yang terburuk pernah berlaku. Entahla... tak pastila sebab RIS-FAMILI baru dua tahun menginap di sini.
Harap-harap tak berlaku lagi banjir lagi di masa akan datang. Cukuplah pengalaman ini dirasai hanya sekali.
Keadaan banjir di kawasan halaman rumah
Namun langit tak sentiasa cerah, mendung berkunjung dan hujan tiba jua. Kali ini hujan turun semahu-mahunya di pagi hari ketika para pekerja sibuk untuk ke tempat kerja termasuklah abah Amin (mak Amin masih cuti bersalin masa ni).Memandangkan air belum naik (tapi hujan amat lebat) hanya longkang sahaja dilimpahi air, jadi abah Amin ambil keputusan pergi pejabat dulu untuk 'thumb print' kehadiran dan maklumkan pada boss utk nak balik semula bagi mengangkat apa-apa yang patut (pejabat ngan rumah dekat jer). Namun air lagi pantas. Sampai je di rumah air dah melimpah dan memasuki bilik di bahagian depan. Alhamdulillah, aras lantai lain dalam rumah ni tinggi kira-kira dua inci dari aras bilik depan. Jadi air hanya masuk bilik depan je, hasilnya karpet dan pengesat kaki dalam bilik depan terapung-apung dalam banjir tu, bahagian lain dalam rumah terselamat kali ini.
Kawasan taman yang RIS-FAMILI duduk ni bukan kawasan yang sama arasnya, jadi mana-mana rumah yang di kawasan rendah, agak teruklah jugak kesan banjir ni.
Tapi banjir ni boleh dikategorikan sebagai banjir kilat sebab tak sampai setengah jam selepas hujan berhenti, banjir sudah surut. Menurut jiran yang telah lama tinggal di sini, banjir kali ni boleh dikatakan yang yang terburuk pernah berlaku. Entahla... tak pastila sebab RIS-FAMILI baru dua tahun menginap di sini.
Harap-harap tak berlaku lagi banjir lagi di masa akan datang. Cukuplah pengalaman ini dirasai hanya sekali.
Alhamdulillah, sempat menyelamatkan barangan dari dihanyutkan banjir.
Klasifikasi
Banjir
Langgan:
Catatan (Atom)








