Sekarang musim deman denggi dan kawasan rumah RIS-FAMILI adalah antara kawasan yang menjadi zon wabak denggi. Boleh dikatakan hampir setiap minggu fogging dibuat pada masa ini. Semasa wabak teruk, hampir setiap hari fogging dijalankan. Malah waktu entri ini ditulis pun fogging sedang dilaksanakan.
Antara tanda-tanda deman denggi adalah seperti yang ada dalam gambar di atas. Mungkin gambar tak jelas, ini antara tanda-tandanya - deman panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi-sendi, loya/muntah, sakit biji mata dan ruam gatal.
Kebiasannya fogging kat kawasan rumah RIS-FAMILI dijalankan waktu petang. Pengumuman akan diberikan melalui kenderaan seperti di atas untuk pengetahuan semua. Adakalanya pengumuman meminta tutup pintu dan adakalanya meminta buka pintu. Jika diperlukan buka pintu, perlu menutup semua makanan dan seseorang perlu ada untuk menunggu rumah.
Bagi fogging yang mana tak perlu buka pintu, semua pintu sudah tentunya tak buka namun bau-bauan masih mencelah masuk.
Bagi fogging yang kena buka pintu, abah menunggu rumah manakala mak membawa yang lain pergi ke taman untuk bermain.
Hampir sejam jugalah nak bagi asap dan bau-bauan hilang dari dalam rumah. Selepas asap fogging dah berlalu, terasa licin minyak fogging di lantai terutama di bahagian pintu masuk kerana fogging dalam rumah hanya dibuat di pintu dan asap menebar ke seluruh pelusuk rumah.
Tak kisahlah bebau atau lantai berminyak, yang penting RIS-FAMILI sentiasa sihat dan bahagia.