21 Mei 2015

Carian Nombor Telefon

Sekadar Contoh Carian
      Apabila kita ingin menghubungi seseorang samaada melalui syarikat atau terus kepada individu itu sendiri sudah tentu kita memerlukan nombor telefon, alamat atau email. Tapi kebiasaannya kita lebih suka telefon terus bagi mendapatkan jawapan atau maklumbalas segera berbanding kaedah yang email dan surat. Dan masalahnya kita tiada nombor telefon individu tersebut.
      Selalunya kita menggunakan perkhidmatan "Yellow Pages" untuk mencari nombor telefon tapi ini hanya sesuai untuk carian berdasarkan nama syarikat. Selain Yellow Pages, RIS-FAMILI juga kadangkala menggunakan perkhidmatan "Pan Pages". Pencarian menggunakan "Pan Pages" juga ada memaparkan nama individu tetapi tidak kesemua nama dipaparkan.
      Jadi RIS-FAMILI juga menggunakan alternatif pencarian menggunakan iaitu menggunakan enjin carian sebagai contoh Google, Yahoo dan Bing. Namun paling kerap RIS-FAMILI gunakan adalah Google. Caranya hanya dengan membuka laman web enjin carian tersebut, sebagai contoh RIS-FAMILI gunakan Google. Kemudian taipkan info yang hendak dicari seperti "nombor telefon siti nurhaliza" (sekadar contoh).
      Lepas tu senarai yang berkaitan akan dipaparkan dan pilih saja yang mana menepati info yang ingin dicari. Namun bukan semua nombor telefon yang akan dapat menggunakan carian ini tetapi sekurang-kurangnya sudah ada alternatif untuk mencari nombor telefon tersebut. Mungkin ada kaedah lain lagi yang RIS-FAMILI belum cuba dan jika ada apa kata kongsikan bersama di ruang komen di bawah. Setiap perkongsian mungkin dapat membantu orang yang amat memerlukan.
Sekadar Contoh Hasil Carian Yg Dijumpai
# Namun cara yang paling meluas digunakan sudah tentunya menggunakan perkhidmatan directory melalui panggilan 103.

# Nombor yang dipaparkan melalui carian ini kebiasannya terdapat dalam website, blog atau dokumen yang dikongsikan melalui internet. Jika nombor yang dicari tidak dipaparkan bermakna nombor tersebut tidak pernah dimasukkan dalam medium internet.


***********ADVERTISEMENT***********

8 Mei 2015

Kereta Baru | Kelas Gitu

      Julai 2014 lalu, RIS-FAMILI telah menerima ahli famili yang baru iaitu sebiji kereta. Pilihan kali ini tentunya kereta yang mempunyai 3 barisan tempat duduk bagi keselesaan bila ingin balik kampung/bandar dan juga untuk berlibur. Dengan hadirnya famili baru ini bermakna sebiji kereta terpaksa diserahkan kepada ahli famili yang lain yang lebih memerlukannya. Lagipun kawasan parkir di depan rumah hanya muat untuk dua biji kereta sahaja. Dan kereta Iswara terpaksa mengundurkan diri setelah berbakti selama tujuh tahun.
      Dan bukan itu tujuan utama entri ini ditulis. Entri kali ini ingin menunjukkan kelebihan kereta baru ini. Percaya atau tidak bahawa kereta baru ini juga seumpama kapal terbang kerana terdapat 3 kelas tempat duduk iaitu Kelas Perniagaan, Kelas Pertama dan Kelas Ekonomi. Malah ada satu lagi kelas yang tak pasti pula untuk RIS-FAMILI kelaskan. Kalau tak percaya boleh tengok gambar-gambar di bawah ini.
Economy Class - Pilihan orang kebanyakan. Sempit je ruangannya

Business Class - Pilihan ahli perniagaan. Kawsan tempat duduk yang luas

First Class - Pilihan orang kaya / VIP. Selesa dan luas hinggakan boleh terlelap

Tiada pengkelasan - Bebas duduk macammana pun asalkan tak ganggu orang lain
Nota : Kekurangan kereta 3 barisan tempat duduk adalah ruangan tempat meletak barang yang terhad kerana barisan ketiga telah mengambil ruangan tempat barang yang biasanya ada pada kereta 2 baris tempat duduk. Dan entri ini adalah untuk suka-suka sahaja.