RIS-FAMILI mengucapkan Selamat Berpuasa dan selamat mnjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Mohon maaf di atas segala salah dan silap. Semoga ibadah kita semua diterima Allah, Insha Allah. Marhaban Ya Ramadan..Ramadan kareem..
Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan
26 Mei 2017
09 Ogos 2016
Kad Raya Pertama Humaira
Bulan puasa baru-baru ini, Humaira ternampak kad raya yang cute. Jadi dia memilih sekeping kad yang ada gambar tweety.
Humaira gigih menulis mengikut imaginasi dia sendiri.
Inilah hasil nukilan kad raya pertama dari Humaira.
***********ADVERTISEMENT***********
16 Julai 2015
Salam Aidilfitri dari RIS-FAMILI
Selamat menyambut hari lebaran. Maaf Zahir Batin dari RIS-FAMILI untuk semua pembaca blog ini. Tahun ini RIS-FAMILI beraya di Perak setelah Aidiladha lalu RIS-FAMILI beraya di Terengganu kerana meyambut kedatangan 'Baby Aidiladha' (klik utk baca).
Gambar recycle tahun lalu kerana tidak ada gambar berlima yang sesuai untuk dijadikan gambar kad ucapan.
Gambar recycle tahun lalu kerana tidak ada gambar berlima yang sesuai untuk dijadikan gambar kad ucapan.
18 Jun 2015
Selamat Berpuasa | Niat Berpuasa & Berbuka
Bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam telah tiba. Kabarnya kali ini seluruh dunia akan mula berpuasa pada hari yang sama iaitu 18 Jun 2015. Kalau tiap-tiap tahun selama 6 tahun sebelum ini RIS-FAMILI akan balik 30 minit lebih awal pada bulan ramadan, namun tahun ni kena balik seperti biasa. Sebabnya..... JPA dah keluarkan pekeliling tak bagi balik awal masa bekerja sepanjang ramadan. Tapi yang bekerja di bawah kerajaan negeri dan sesetengah swasta boleh balik 30 minit lebih awal.
Dikesempatan ini, RIS-FAMILI ingin mengucapakan selamat berpuasa kepada semua pembaca dan maaf zahir batin. Jom kita ulangkaji semula Niat Puasa dan Bersahur. Maklumlah setahun hanya sekali (sebulan) bulan ramadan datang menyapa.
Dikesempatan ini, RIS-FAMILI ingin mengucapakan selamat berpuasa kepada semua pembaca dan maaf zahir batin. Jom kita ulangkaji semula Niat Puasa dan Bersahur. Maklumlah setahun hanya sekali (sebulan) bulan ramadan datang menyapa.
07 Ogos 2013
SALAM AIDILFITRI DARI RIS-FAMILI
Pilu kerana Ramadan tahun ini berlalu pergi. Tunggu ramadan akan datang yang akan menjelma.
Suka hingga tak tahu nak kata apa-apa.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
10 Julai 2013
08 Julai 2013
Niat Berpuasa & Berbuka
Selamat berpuasa dari RIS-FAMILI untuk semua pembaca. Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan bahawa puasa akan bermula pada 1 Ramadan ni. Dikesempatan ini RIS-FAMILI ingin berkongsi niat berpuasa dan doa untuk berbuka. Maklumlah puasa ramadan hanya sekali iaitu sebulan setiap tahun. Kalau-kalau dah lupa bolehlah rujuk semula doa ini. Walaupun dah banyak rakan-rakan kita berkongsi di Facebook, harap khidmat kemasyarakatan ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca blog ini.
![]() |
| Sumber Gambar Di Sini |
![]() |
| Sumber Gambar Di Sini |
Atas : Niat Berpuasa, Bawah : Doa Berbuka Puasa
Jangan sekadar berpuasa makan sahaja, lain-lain pun perlu berpuasa juga. Semoga puasa kita kali ini diterima oleh Allah. Insya Allah.
06 September 2012
Amin Berpuasa dan Berhari Raya
Raya puasa pada tahun ini Amin tak melepaskan peluang pergi beraya bersama-sama sepupunya ke sekitar kampung bagi mengeratkan tali silaturrahim sesama orang kampung. Sambil menyelam sambil minum air. Itulah misi yang dilaksanakan oleh Amin pada raya kali ini, di mana sambil beraya dan berkenal-kenalan dengan orang kampung, misi kedua iaitu mengutip duit raya juga terlaksana dengan jayanya. Tak cukup beraya pada raya pertama, misi tersebut bersambung pada hari raya kedua iaitu bersama-sama sepupu yang tiba ke kampung pada raya kedua.
Tahun ini juga merupakan tahun pertama Amin berpuasa dan Alhamdulillah Amin hanya tinggal 3 hari sahaja iaitu pada 3 hari permulaan puasa. Ketiga-tiga hari tu Amin puasa separuh hari sahaja. Yang seronoknya, Amin senang untuk bangun sahur dan berselera makan semasa sahur. Dan dia kata tahun depan nak puasa penuh. Insya Allah.
![]() |
| Aksi Amin pergi berhari raya. Amin pakai baju jubah putih. |
25 Julai 2012
20 Julai 2012
Niat Puasa dan Berbuka
Selamat Berpuasa RIS-FAMILI ucapkan kepada semua.
Masih ingatkah niat berpuasa dan niat untuk berbuka? Maklumlah Ramadan hanya sebulan sekali.
Terjumpa semasa google dan jadi berkongilah info yang dijumpai di blog ini. Yang baik kita sama-sama kongsi. Tak kisahlah samaada sudah lupa atau masih segar diingatan. Marilah kita sama-sama menyegarkan (translate utk refresh) ingatan kita dengan niat berpuasa dan berbuka.
***********ADVERTISEMENT***********
Klasifikasi
Puasa
01 Ogos 2011
Selamat Berpuasa | Salam Ramadan
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah memperkenankan hari Isnin bersamaan 1 Ramadhan 1432 sebagai hari pertama berpuasa.
Dengan itu RIS-FAMILI mengambil peluang mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini.
28 Ogos 2010
Selamat Memandu Pulang Berhari Raya
Memandangkan Aidilfitri tidak lama lagi, RIS-FAMILI percaya ramai yang telah membuat persediaan mengenai kenderaan yang akan dinaiki untuk pulang ke kampung terutamanya anak-anak perantau yang mencari rezeki di perantauan. Berbagai jenis pengangkutan tersedia samada kenderaan sendiri, kenderaan awam ataupun menumpang kenderaan kawan. Tidak terkecuali RIS-FAMILI sendiri yang akan turut balik kampung di Aidilfitiri kali ini. Semoga perjalanan kita semua lancar dan selamat tiba di destinasi yang ditujui.
Bercakap berkenaan kenderaan, RIS-FAMILI ingin memaparkan beberapa jenis kenderaan yang ada di sini dan juga yang pernah RIS-FAMILI naik terutamanya Amin.
Gambar Atas - Kuasa tolakan oleh orang lain : Gambar Bawah - Kuasa tolakan oleh kaki sendiri.
Kenderaan Setempat tanpa enjin - Hanya terdapat di taman permainan
Kenderaan Indoor - Ada yang berbayar dan ada yang percuma
Kenderaan Haiwan - Sesuai untuk rekreasi tapi tak sesuai untuk bawa balik kampung.
Kenderaan Sebenar tapi untuk jarak dekat je. Nak naik untuk balik kampung rasanya tak sesuai, letihnya.
Kenderaan sebenar dan sesuai untuk bawa balik kampung terutamanya untuk jarak jauh (kecuali replika kapal)
Dari Kiri Atas : Kereta, Kapal Laut, Kapal Terbang, Keretapi dan Bas.
Tak kira apa jua kenderaan yang anda naiki, pilihlah kenderaan yang selamat. Jika anda memandu tak kira kenderaan sendiri atau membawa kenderaan awan, memandulah dengan berhati-hati di jalan raya, jalan air atau jalan udara. Pesanan Khidmat Masyarakat Ini dibawakan oleh RIS-FAMILI dan RIS-IT.
Langgan:
Catatan (Atom)
































