30 Jan 2010

Kenangan Lama di Asrama

Sedang berfacebook tiba-tiba nampak gambar lama yang dimasukkan oleh member dalam laman facebook.
Apa lagi, copy la gambar tu... Terima kasih kepada Shahrul Izham kerana sudi berkongsi gambar tersebut.
Untuk makluman, ini adalah gambar tahun 1988 semasa berada di Asrama Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping.
Yang duduk tengah adalah Warden Asrama (Cikgu Mustapha Embin) dan sebelah kiri warden adalah Ketua Pelajar pada tahun tersebut.
Aku pula adalah yang berdiri barisan belakang nombor 3 dari kiri.

23 Jan 2010

Short Trip To Kuantan



Salam semua. Dah hampir setahun Ris Famili stay di KT,
tapi belum pun explore Kuantan yang terletak kat Pantai Timur ni juga.

Hari tu, cuaca memang panas.
Sampai Kuantan masing- masing berkerut dahi, memang sangat terik...


Haaa, sekarang dah sampai hotel.
Barulah sejuk sikit. Tengok muka Amin pun dah ceria sikit.


Bilik hotel pun selesa dan  luas.
Apapun, rasanya rate untuk Hotel Seri Malaysia dah naik lah ek?


Abah pun sempat posing, 
abah pesan trip kali ni sekadar santai dan bukan rushing.
Just to have fun and spend quality time with each other.


Lepas check in dan mandi semua, 
Ris Famili nak pergi ronda pekan Kuantan.
Pemandangan luar bilik.
Ada mini bridge yang begitulah tomei....
Banyak gak shopping mall kat Kuantan ni compared KT,
Berjaya Megamall, Kompleks Teruntum, Kuantan Parade, etc.
(Tak yahlah letak gambar kat shopping mall, lebih kurang aje rupanya.)


Esoknya lepas breakfast,
 terus serang swimming pool yang letaknya belakang bilik Ris Famili jer.


Amin apalagi, memang seronok sangatlah mandi kolam renang.
Tak payahlah pergi Teluk Chempedak lagi dah, save masa...


Tak plan langsung aktiviti mandi manda ni.
Tak bawa baju renang pun.
Hentam sajalah Amin, guna je baju yang dah dibawa...


Telinga Amin masuk airlah abah!!!



Biasalah, dalam dua- dua sesi mak nak shopping, 
ada yang tangkap lentok dulu...
Terbantut jap agenda shopping mak.



Argggghhhh... habis tenaga abah makan nasik, 
angkat Amin yang 17 kg ni.
Mak dapat shopping kat Vincci, bestnya.


Bagi yang nak jenjalan ke Kuantan, dipersilakan.
Bandar ni  terancang, sistematik, cantik dan banyak parking kecuali susah sikit kat Kompleks Teruntum.
InsyaAllah, lain kali Ris Famili singgah lagi, kan abah?
Bye!

8 Jan 2010

Last Day and First Day...


Pada 31 Disember 2009 merupakan last day saya  di Taska Rossa.
Sebenarnya saya ramai kawan lelaki, perempuan ni semua kawan biasa- biasa je.


Inilah favourite teacher  saya.
Muka saya nampak masam aje masa tangkap gambar ni, sebab last day.
Sedihla nak berpisah dengan teacher dan kawan- kawan...


Tahun 2010 merupakan cabaran baru buat saya.
Azam saya tahun ni---> nak pergi sekolah, belajar rajin- rajin tau!

Nilah tadika saya yang baru!!!
Cantik tak? Hari pertama, saya dan mak jalan kaki je ke tadika.
Tadika ni dekat aje dengan rumah...



Saya rasa berdebar- debarlah 1st day ke sekolah ni.
Tak confident, risau semua ada...
Sebab tu saya paksa mak pakaikan diapers, hehehe

Mak kata be a good boy.
Cikgu tolong tanggalkan kasut saya.
Makan apa agaknya kat sekolah hari ni?


Sekejapnya masa berlalu, yelah 1st day sekolah 3 jam aje.
Semua duduk baik- baik tunggu parents datang...
Ye, ye... mak dah sampai...

Saya berjaya melalui 1st day persekolahan dengan jayanya.
Tak nangis pun.
Jadi, mak belanja nasi goreng udang kat Noodle Station.
Mak dah janji!


Masa 3rd day sekolah pulak, saya dah off diapers.
Abah suka sangattt...
Abah bawak ke A & W.
I like!!!

Abah kata sebab Amin baik kat sekolah,
Amin boleh main pasir pantai puas- puas...
Seronoknya!
Kalau macam ni, tiap- tiap hari nak ke sekolah!