30 Dis 2011

EPISOD 4: PERCUTIAN KELUARGA- JOURNEY TO PULAU ORANG UTAN

Lepas solat Zohor, makan dan rehat sejam dua, percutian keluarga pun start dengan Aktiviti 1.
Kena tunggu kejap, sebab hujan lebat. 
Orang feri kata kalau hujan tak operasi.
Haaa, inilah aktivitinya ---> ke Pulau Orang Utan.
Tiket dewasa RM28, kanak-kanak RM25, warga tua RM13.
Sementara tunggu feri, bebudak bagi itik-itik makan.
Besar itiknya, comel.
Abah dah suruh semua naik feri.
Masing- masing dah amik tempat.
OK, kita amik gambar dulu.
Haaa, semua dah sedia nak belayar.
Muka Amin yang control excited...
Alahai, baby Humaira Soleha bersama opah dan tok.
Senyum memanjang nampak...
Hajar dan Haziq pun suka jugak...
Ibu Hajar dan Haziq lagiii suka...
Itu dia... dah sampai!!!
Ni antara orang utan, 26 tahun umurnya.
Ini antara sijil beranak orang utan.
Agak-agak MyKid pun ada ka???
Melihat petugas tengah beri makan orang utan (gambar tak jelas)
Ni baby orang utan, 11 bulan umurnya.
Pakai diapers jenama terkenal baby orang utan ni.
Gambar puas hati on the way balik.
Next episode: Waterpark.
Tunggu yaaaaaaaa!

26 Dis 2011

Episod 3 : Percutian Keluarga - Departure

Salam semua, sambung episod 3 pula. Sebelum bertolak, sekretariat logistik memberikan taklimat ringkas mengenai percutian keluarga.
Masing- masing excited bila tengok buku programme. 
Ada acara favourite semua orang.
Kemudian, acara mengagihkan goodies bag.
Ayahanda Megat selaku Yang Dipertua JK Percutian Keluarga menyampaikan hadiah kepada setiap keluarga.
Amin pun excited jugak dapat bag!
Inilah sesi yang penting---> sesi taklimat daripada Bendahari Percutian keluarga.
Dialah yang pegang semua duit RM5500 tu (untuk perbelanjaan 4 hari 3 malam)
Sesi agihan duit minyak, toll dan parking kepada setiap famili.
Jadi, setiap famili tak perlu keluarkan duit sesen pun, semua dah masuk bajet.
Amin ingat dapat duit raya!
Ahli keluarga baru---> Salman. Welcome to the famili.
Bebudak ni awal- awal masuk keta. Takut kena tinggal.
Abah dan mak memang tak missed bawak basikal, nak berkayuh kat Bukit Merah nanti.
OK, semua dah masuk kereta???
Ni masa baru start enjin keta tapi tak masuk keta lagi.
Setelah kira2 45 minutes driving, dah sampai ke Bukit Merah dalam pukul 12.00 tengahari.
Bebudak excited, memang tak tido.
Abah booking katil siap- siap.
Ni gambar salah satu apartment daripada 3 apartment yang disewa untuk 4 hari 3 malam. 
Siapa interested, nak nombor contact bolehla beritahu Ris-Famili.
End of Episode 3, tunggu next episode ya!

18 Dis 2011

EPISODE 2: PERCUTIAN KELUARGA: THE PROGRAMME


Ris-Famili selaku secretariat logistics cuba yang terbaik.
Buatlah handout programme yg tak seberapa nih!

Ris-Famili tak ada colour printer...
Guna ajelah apa yg ada...
Harap memuaskan hati semua ya...
Jumpa di Bukit Merah!!!






17 Dis 2011

EPISODE1--->PERCUTIAN KELUARGA: PERSIAPAN

SETELAH HAMPIR DUA TAHUN MENABUNG SECARA BERDIKIT- DIKIT ANTARA SEMUA ADIK BERADIK...
MASA UTK BERCUTI DAH TIBA!
Hari ini Ris- Famili akan join percutian keluarga besar di sebelah mak Amin, melibatkan semua anak beranak Bonda Maznah dan Ayahanda Megat. Ris- Famili bertindak selaku urusetia juga...

Inilah antara persediaan yang dilakukan


Goody bags kepada semua adik beradik dan ibu bapa tersayang...


Baru siap satu kat atas tu...

Dah siap 3

Yeaaay... Dah siap semuanya... Satu famili dapat satu

12 Dis 2011

Cuti-cuti Malaysia | Petrosains Lagi

Telah ada tiga entri sebelum ini mengenai Galeri Petrosains. Dan entri berkenaan Petrosains kali ini adalah entri keempat berkenaan tempat yang sama. Namun 'lawatan sambil belajar' kali ini berbeza dari dahulu. Kalau dahulu, Amin dan abah sahaja ke Galeri Petrosains namun kali ini 'lawatan sambil belajar' turut disertai olah mak dan baby Humaira.
Amin masih teruja semasa di Petrosains walaupun dah kali ketiga Amin ke Petrosains pada tahun ini. Apa tidaknya banyak permainan interaktif yang ada di dalamnya yang tak dilepaskan peluang untuk dicuba berkali-kali. Baby Humaira hanya tengok dari stroller je dan sekali sekala kena dukung bila dia dah jemu berada dalam stroller. Mak dan abah jadi pemerhati sambil berinteraktif dan meneroka.
Gambar 1 : Perjalanan Sekilas Masa - Pintu masuk utama ke Petrosains.
Gambar 2 : Mak teruja bila tengok perkataan Farmasi dalam Petrosains.
Gambar 3 : Sedang mencuba untuk mengepam minyak.
Gambar 4 : Beraksi dengan permainan yang ada.
Gambar 5 : Skrin Interktif - Nampak tak rama-rama hinggap di atas bayang-bayang.
Gambar 6 : Skrin Interaktif - Abah dan baby Humaira menahan pasir yang tumpah.
Gambar 7 : Dinasour yang menari sambil menyanyi mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke bahagian 'Geotime Diorama'