26 Jan 2012

EPISODE 6: PERCUTIAN KELUARGA; SURPRISE BDAY PARTY BUAT KAK CHOR!

2nd day percutian keluarga semasa yang lain- lain sedang mandi kat Waterpark, mak Amin buat plan sendiri.... Organize surprise bday party. Kawan mak Amin dari Penang siap hantar kek ke Bukit Merah. TQ Anne!
Sementara tu goreng kepok lekor dan buat ayaq tea...
Nilah rupa rainbow kek dan cupcake yang Anne buat. Sedap, tak manis sangat
Hahahahah... Ni gambar beramai- ramai.... Kak Chor macam terkejut jugak.
Mak beri hadiah kat kak Chor... Tapi kak Chor perasan orang lain pun dapat hadiah gaks...
Dapat fridge magnet Birthdays To Remember yang Ris Famili buat sendiri... Jadi semua orang akan senang nak ingat birthday masing2....
Amin memang sangat teruja bab tangkap gambar, esp dengan Tok Megat
Mak Yang nak kasik hadiah gak. Cekak felt hasil kraftangan Nina Rizwina. 
Tu dia, Humaira dengan cekak baru. Tapi baby tutup mata terkena flash camera...
Sesi makan- makan dan beramah mesra sesama ahli keluarga.
Kan namanya percutian keluarga ni untuk merapatkan hubungan sesama kita sefamili?
Harap tercapailah matlamat tu...

21 Jan 2012

Happy Birthday Mum

Baru-baru ni adalah Hari Ulangtahun Kelahiran Mak dan Amin tak melepaskan peluang untuk meraikan Hari Lahir mak. Kek di atas yang tertulis 'Happy Birthday Mum' khas dibuat untuk mak tapi Amin pun tak melepaskan peluang makan. Yummy.
Selain ucapan di mulut, Amin minta abah tolong tuliskan ucapan 'Happy Birthday Mom' di white board bagi mewakili Amin dan Humaira. Maklumla Humaira kecil lagi, mana tahu nak tulis.
Bergambar sebelum aksi makan. Sedap gak kek ni. Walaupun hanya secara mengejut, namun semuanya berjalan dengan sempurna.
Semoga kasih saya mak terhadap famili sentiasa berkembang mekar. Menjadi muslimah yang solehah dan dikurniakan kesihatan yang baik. Kami semua sayang mak.

20 Jan 2012

EPISOD 5: PERCUTIAN KELUARGA- BUKIT MERAH WATERPARK

Sorry ya, lama tak update mengenai percutian keluarga. Maklumlah awal tahun, pelbagai rupa dan corak report yang perlu disiapkan. Jom kita layan gambar!
Pengantin baru pun masuk waterpark juga. Mak Amin yang tinggal sebab nak jaga baby Soleha/
Tengoklah aksi sebelum masuk waterpark.

Ni sesi warming up masa mandi. Tak banyak gambar yang diambil sebab barang2 simpan dalam locker yang jauh dari tempat mandi
Haiiii, maksu tengok je ke? 

Dah mandi berendam tu, lapar le pulak. Makan puas- puas, guna je duit tabung percutian keluarga tu...

Ni dah siap nak keluar. 
Tiket masuk waterpark dah naik harga, dewasa RM29, bebudak RM26/27... lupalah.
OK kita jumpa di episod seterusnya... Birthday Party...



***********ADVERTISEMENT***********