Cuti persekolahan akhir tahun 2014 adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Amin kerana pada masa cuti inilah dia akan disunatkan. Sebenarnya Amin dah minta untuk didaftarkan sunat sebelum masuk darjah 1 lagi tapi abah je yang tak register. Selepas diminta berkali-kali, akhirnya abah bersetuju apabila mengetahui tentang program "Sunathon" yang dianjurkan oleh Hospital Sultanah Nur Zahirah. Lagipun abah rasakan Amin telah bersedia untuk disunatkan.
|
RIS-FAMILI bersama-sama menemani Amin semasa Sunathon |
Tarikh yang abah pilih adalah pada 25 November 2014 memandangkan program sunathon ini diadakan selama 3 hari dari 25 hingga 27 November 2014. Mengikut jadual setiap hari hanya akan melibatkan 15 kanak-kanak sahaja tetapi pada hari tersebut hanya 8 orang sahaja yang datang. Mungkin mereka ada hal pada hari tersebut.
|
Bergambar dahulu di depan pintu masuk tempat bersunat |
Sunathon bermula pukul 2.00 petang tapi disebabkan beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, Amin sampai 2.30 petang dan sunathon telah pun bermula. Sunat ini dijalankan di bilik pembedahan kecil di bahagian Unit Rawatan Harian (Pembedahan). Amin adalah peserta terakhir dan semasa dipanggil masuk, terdapat 3 katil lagi yang ada kanak-kanak disunatkan.
|
Amin relaks je selepas sunat. Ni masa sesi pemerhatian selepas sunat. |
Masa Amin masuk, kanak-kanak di katil bahagian depan Amin terjerit-jerit membuatkan Amin pun terasa risau. Dan memang ini memberi sedikit kesan kepada Amin apabila dicucuk ubat bius. Amin turut menjerit tapi lepas ubat bius memberi kesan, Amin dah tenang. Lagipun abah turut berada bersama-sama untuk menemani Amin.
|
Bergambar sejurus sampai ke rumah. Fesyen yang dipakai Amin selama 5 hari. |
Selepas sesi pemerhatian dan misi berpuas hati, Amin dibenarkan balik ke rumah. Lebih kurang 2 jam gak la berada di hospital dari mula sampai boleh balik. Seperti biasa gauze, ubat cuci luka dan panadol dibekalkan. Amin tak dibenarkan mandi pada hari pertama dan hanya boleh lap badan sahaja. Hari kedua baru boleh mandi.
|
Berrpantang tapi macam tak berpantang |
Selepas 5 hari Amin dah pakai seluar dan luka dah kering sepenuhnya. Dah sebagai penghargaan seminggu lepas tu RIS-FAMILI bercuti ke Kuala Lumpur dan Melaka. (Entri Kuala Lumpur dan Melaka akan menyusul)