Memaparkan catatan dengan label Exam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Exam. Papar semua catatan

18 November 2019

Majlis Apresiasi Pelajar Sekolah Kebangsaan Jelapang 2019

Tarikh : 14 November 2019
Lokasi : Casuarina Convention Centre, Meru, Ipoh
Masa  : 8.00 pagi - 10 pagi (Sesi 1)

      Tahun ini tiada majlis Anugerah Kecemerlangan seperti tahun-tahun sebelum ini kerana tiada lagi peperiksaan untuk menilai pencapaian kedudukan pelajar dan pencapaian pelajaran terbaik. Kali ini anugerah diberikan kepada pelajar-pelajar yang mencapai tahap minimum.
      Bagi kelas kakak, kesemuanya menaiki pentas kerana semua telah melepasi tahap minimum yang ditetapkan.
      Disebabkan ramai yang menerima kali ini, masa majlis diadakan sebanyak 3 sesi. Kakak diletakkan pada sesi 1 iaitu dari pukul 8.00 pagi sehingga 10 pagi.




 


Video Kakak Ira Terima Anugerah

18 November 2018

Majlis Anugerah Kecemerlangan SRAR Al-Muttaqin, Meru.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah  Rendah Agama Rakyat Al-Muttaqin, Meru, Ipoh (Kelas KAFA)
Tarikh : 18 November 2018.
Tempat : Madrasah Al-Muttaqin.

Pencapaian Amin








Pencapaian Humaira Soleha


Abang Amin juga terpilih untuk membaca doa dan membuat persembahan nasyid pada majlis ini.

Antara anugerah yang diterima, anugerah ini yang mengejutkan.
Jika di Sekolah Kebangsaan Amin terpilih sebagai Tokoh Kanak-kanak, kali ini di SRAR AL-Muttaqin pula terpilih sebagai Murid Contoh. Alhamdulillah.



TAHNIAH ABANG AMIN & KAKAK IRA.

***********ADVERTISEMENT***********

15 November 2018

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SKJ

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Jelapang (SKJ)
Tarikh : 15 November 2018
Tempat : Pusat Konvensyen Casuarina, Meru, Ipoh

Pencapaian Abang Amin 2018



Pencapaian Kakak Ira 2018



***********ADVERTISEMENT***********

02 Februari 2018

Pencapaian Amin Tahun 5

Sekolah Al Muttaqin (KAFA)


Keputusan UPKK. Tahniah Amin.

Kehadiran Terbaik
No 2 Tahun 5
Ketua Kelas

Sekolah Kebangsaan Jelapang

Tempat Pertama Kelas 5 Kekwa
Terbaik Bahasa Arab Tahun 5
Anugerah Lonjakan Saujana


      Mula-mula tak tahu juga tentang anugerah lonjakan saujana ni. Tapi lepas tengok pada sijil, baru faham. Lonjakan saujana diberikan kepada murid yang mencapai peningkatan 35% berbanding peperiksaan sebelumnya.
      Selain itu Amin juga mendapat tempat kedua dalam Tahun 5.
Tahniah Amin dan teruskan kecemerlangan. Ini hanya satu permulaan. Teruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan.

22 Oktober 2017

Ujian Pengesanan Tahap 1 | Sekolah Kebangsaan Jelapang

Jika akhir tahun 2012 dulu, Abg Amin menduduki ujian pemilihan tahap 1 bagi kemasukkan ke tahun 1 tahun 2013 (klik utk baca). Kali ni pada 14 Oktober 2017 Kakak Humaira pula perlu menduduki peperiksaan tersebut. Walaupun nama peperiksaan berbeza tapi tujuannya adalah sama.
Menunggu Cikgu Bawa Ke Kelas
Berbeza dengan sekolah Abg Amin dahulu yg lebih mesra ibubapa di mana ibubapa yg bawa anak masuk ke kelas dan berada berhampiran kelas utk turut sama menemani anak, SKJ hanya membenarkan ibu bapa tunggu di dewan atau kantin dan tak tahu kelas mana yg anak pergi.
Kakak Kelihatan Ceria Selepas Selesai Ujian
Ujian berjalan selama satu jam 30 minit. Selesai saja ujian, kakak kembali semula ke dewan di mana ibubapa telah menunggu. Nampaknya kakak ceria je, moga keputusannya nanti turut memuaskan. Dan satu lagi kakak ceria sebab ada kawan dia di Tadika yg akan bersekolah bersama kakak kat sekolah SKJ.


***********ADVERTISEMENT***********

25 September 2017

Seminar dan Motivasi UPKK

Pada 9-10 Oktober 2017 lalu, Amin telah menghadiri Seminar dan Motivasi bagi menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Kelas KAFA. Seminar ini adalah anjuran Pertubuhan Pendokong Sekolah Agama Rakyat daerah Ipoh.
Seminar yang berlangsung selama 2 hari tersebut memerlukan peserta bermalam memandangkan jadualnya padat sehingga pukul 11.00 malam. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar KAFA tahun 5.
Lokasi seminar adalah di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Pada pemerhatian RIS-FAMILI, memang penyertaan menggalakan.
Amin pun nampak enjoy je join aktiviti ni. Semoga seminar ini membuatkan Amin lebih bersedia dan bersemangat untuk menduduki peperiksaan UPKK nanti.

29 November 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014 | SKSS1

      Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014 bagi Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu telah berlangsung pada 19 November 2014 iaitu minggu terakhir persekolahan. Alhamdulillah, Amin adalah salah seorang yang akan menerima anugerah pada majlis tersebut.
      Majlis berlangsung di Dewan Sulaiman, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Mak, Abah, Humaira dan Baby Husna tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan majlis anugerah tersebut. Ini adalah kali kedua Amin menaiki pentas untuk menerima anugerah kerana tahun lepas juga Amin antara penerima anugerah (klik sini untuk baca entri anugerah tahun lepas).
      Jika tahun lepas tiada peperiksaan diadakan untuk menilai pencapaian pelajar maka tahun ini diadakan ujian setelah mendapat maklubalas dari ibubapa yang ingin peperiksaan diadakan bagi memudahkan ibubapa memantau pencapaian. Maka berdasarkan ujian yang diadakan, Amin mendapat tempat pertama dalam kelasnya iaitu 2 inovatif tapi jika dilihat dari pencapaian murid tahun 2, Amin berada dalam kedudukan ke 10 atau ke 11.

(Markah setiap subjek sengaja dikaburkan)

      Majlis kali ini dirasmikan oleh En. Jelani bin Sulong iaitu Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu. Selain dari pencapaian akademik juga terdapat anugerah untuk aktiviti kokurikulum dan kelas KAFA. Berikut gambar-gambar yang ingin RIS-FAMILI abadikan dalam online diari kali ini.