20 Mei 2011

Humaira Soleha

Humaira Soleha in yellow... Hai, budak kecik ni pakai apa pun nampak comey...

Ni gown Humaira Soleha yang pertama, simple je... Maknya tengah kemaruk beli gown utk anak daranya sekarang nih...

16 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

Amin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak Amin yang amat Amin sayang. Juga tak lupa juga kepada sesapa saja yang bergelar ibu.
Inilah Mak Amin (mak pegang adik Amin). Amin Sayang Mak.
Sempena Hari Ibu baru-baru ni, Amin bawa mak pegi makan-makan. Jika tahun lepas bawa makan kat Pizza (klik utk baca), kali ni pula Amin bawa mak makan kat Radix Fried Chicken (RFC) yang ada kat Kuala Terengganu ni.
Heeee.... Promo RFC sikit, untung-untung dapat diskaun nanti
Walaupun dah lebih dari setahun RFC ni dibuka, ni la pertama kali nak mencuba kat restoran ni. Not Bad... tapi air-cond sejuk sangat la. Kesian adik Amin kesejukan.
Sempat lagi Ibu yang diraikan ni berposing sementara menunggu hidangan.
Pada pandangan Amin, RFC ni hampir sama konsepnya dengan restoran segera yang lain jadi kepada sesiapa yang tak suka berkunjung ke restoran segera lain, RFC ni sesuai dijadikan alternatif. Harga dan menu pun lebih kurang sama. Hanya satu yang perlu diperbaiki, cara serve air - janganlah tuang air berkarbonat ke dalam cawan terus dari botol. Nampak tak sesuai jer.
Sudut permainan pun ada jadi Amin plak ambil kesempatan bermain
Tak begitu ramai pengunjung masa Amin dan Famili sampai sini, mungkin sebab bukan hari gaji kot. Tetapi ada beberapa keluarga datang bersama-sama ibu diaorang, rasanya nak raikan hari ibu jugak ni.
Aikkk.... Sapa yang diraikan ni.
Oppppssss.... makanan dah sampai. Apa lagi, Jommm makan. Kalau tak cukup, boleh tambah lagi tapi.... duit pun kena tambah la juga.

Dan ini hasilnya.........
ZzzzzZZzzZzzzz..... Tido Kekenyangan

6 Mei 2011

Banjir Oh Banjir

Banjir.... Mungkin kita biasa mendengarnya tapi tak biasa mengalaminya. Sejak dua tahun menginap di Terengganu ni tak pernah rumah yang RIS-FAMILI diami ni dilanda banjir. Walaupun seminggu sebelum masuk ke rumah in (dua tahun dulu), jiran ada memberitahu kawasan rumah ini pernah banjir dan yang paling tinggi adalah setakat buku lali.
Keadaan banjir di kawasan halaman rumah
Namun langit tak sentiasa cerah, mendung berkunjung dan hujan tiba jua. Kali ini hujan turun semahu-mahunya di pagi hari ketika para pekerja sibuk untuk ke tempat kerja termasuklah abah Amin (mak Amin masih cuti bersalin masa ni).
Memandangkan air belum naik (tapi hujan amat lebat) hanya longkang sahaja dilimpahi air, jadi abah Amin ambil keputusan pergi pejabat dulu untuk 'thumb print' kehadiran dan maklumkan pada boss utk nak balik semula bagi mengangkat apa-apa yang patut (pejabat ngan rumah dekat jer). Namun air lagi pantas. Sampai je di rumah air dah melimpah dan memasuki bilik di bahagian depan. Alhamdulillah, aras lantai lain dalam rumah ni tinggi kira-kira dua inci dari aras bilik depan. Jadi air hanya masuk bilik depan je, hasilnya karpet dan pengesat kaki dalam bilik depan terapung-apung dalam banjir tu, bahagian lain dalam rumah terselamat kali ini.
Kawasan taman yang RIS-FAMILI duduk ni bukan kawasan yang sama arasnya, jadi mana-mana rumah yang di kawasan rendah, agak teruklah jugak kesan banjir ni.
Tapi banjir ni boleh dikategorikan sebagai banjir kilat sebab tak sampai setengah jam selepas hujan berhenti, banjir sudah surut. Menurut jiran yang telah lama tinggal di sini, banjir kali ni boleh dikatakan yang yang terburuk pernah berlaku. Entahla... tak pastila sebab RIS-FAMILI baru dua tahun menginap di sini.
Harap-harap tak berlaku lagi banjir lagi di masa akan datang. Cukuplah pengalaman ini dirasai hanya sekali.
Alhamdulillah, sempat menyelamatkan barangan dari dihanyutkan banjir.

2 Mei 2011

Dental Check-up

Salam semua. Dah beberapa episod Ris Famili asyik bercerita mengenai Humaira, new member in Ris Famili. Kali ni, nak bercerita tentang abang Humaira pula---> Amin menjalani pemeriksaan gigi percuma sempena Bulan Kesihatan Oral Colgate yang berlangsung kat Mydin baru- baru ini.
Sebelum nak dapatkan pemeriksaan, kena beratur dulu. Amin dengan Teacher Along jadi yang pertama.
Kena dengar juga penerangan mengenai gigi sensitif. Sekejap je penerangannya, taklah boring.
Kebetulan lak Amin pakai baju warna merah dan putih, macam warna rasmi Colgate jugak. Nampak cam duta cilik Colgate pun ada.
Dentist tengah buat pemeriksaan gigi kepada Amin. Kata dentist, gigi semuanya OK. Mesti rajin- rajin cuci gigi ya!
Lepas tu, Amin pegi ke roda impian ni, untuk Putar dan Menang. Tapi kena beli produk Colgate RM15 dulu. Sudahnya Ris Famili menang shower gel Palmolive, ok gak tu.
Muka budak yang ceria sebab dapat berus gigi baru sebab nak beri motivasi rajin berus gigi. Amin sangat jarang makan gula- gula, kerana nak elakkan kaviti dan karies. Jom jalani pemeriksaan gigi!



***********ADVERTISEMENT***********