Memaparkan catatan dengan label Recycle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Recycle. Papar semua catatan

02 Januari 2019

Tahun Baru | Hobi Baru | Kumpul Setem

Kali ni hobi Abah masa sekolah menengah dan permulaan kerja dulu menurun kepada anak-anak abah. Jika dulu setem mudah didapati kerana sistem penghantaran surat menyurat masa itu menggunakan sepenuhnya perkhidmatan pos, jadi mudahlah mengumpul setem.
Tapi sekarang, urusan surat menyurat sudah banyak menggunakan email atau aplikasi maya. Namun masih ada lagi yang masih memerlukan penggunaan khidmat pos walaupun sudah tak banyak seperti dulu.
Namun hobi yang diturunkan ke anak abah mudah saja. Hanya susun mengikut kategori yang bersesuaian kerana koleksi setem yang ada masih banyak yang belum tersusun. Tersimpan dalam kotak. Jadi tugasan untuk memupuk hobi ini dengan cara meminta anak abah menyusun setem ke dalam buku setem.
Inilah hasil susunannya.





























Masih ada lagi lebihan setem dalam kotak yang masih tersimpan. Nanti bila ada masa lapang dan kerajinan bolehlah susun lagi.


***********ADVERTISEMENT***********

06 Ogos 2018

Kitar Semula | Play House

Projek kali ini menggunakan rak simpanan bekas rempah. Rak ini dah lama tersadai dalam stor. Tak pernah digunakan sejak berpindah dari Terengganu. Daripada tersimpan je, jadi mak pun memulakan projek kitar semula supaya rak ini bermanfaat.
      Jadi mak pun mencari bahan-bahan lain untuk menjalankan projek kitar semula. Antara bahan yg digunakan selain rak rempah adalah kertas bercorak, kain perca, mainan lama.

      Jeng jeng jeng.....
Inilah hasilnya. Rumah mainan atau lebih komersil dipanggil playhouse.
      Cantiknya... sekali imbas macam beli kat kedai. Tapi ni versi jimat punya. Sampaikan kakak pun tak sempat nak mandi selepas balik sekolah.
      Mandi dulu ye sayang. Nanti main lagi.


***********ADVERTISEMENT***********

24 Februari 2016

Tempat Penyimpanan Alatulis | Kitar Semula

Projek kitar semula kali ini diteruskan dengan menggunakan lebihan kotak yang telah digunakan untuk projek kitar semula akuarium ikan (klik sini untuk baca). Kalau akuarium menggunakan bahagian utama kotak iaitu bahagian bawah, projek kali ini menggunakan lebihan penutup kotak pula. RIS-FAMILI kitar 100% kotak kasut.

Jika projek akuarium ikan, Amin meminta idea dari abah maka projek kali ini pula Amin joint venture bersama-sama mak. Tambahan pula bahan-bahan sampingan akan menggunakan bahan kitar semula dari dapur.
 Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah penutup kotak kasut, gam, gunting, kertas pembalut, tali reben dan barangan hiasan. Yang penting sekali adalah bekas/botol yang tidak lagi digunakan. Mak menggunakan botol susu Husna semasa kecil yang tidak lagi digunakan. Juga bekas jem kacang yang telah dicuci.
 Caranya mudah dan mengikut kreativiti sendiri. Mula-mula potong kertas pembalut mengikut saiz penutup kotak. Gamkan kertas tersebut kesemua bahagian kotak tersebut. Kemudian tebuk lubang pada bahagian atas dan letakkan tali reben mengikut panjang yang dikehendaki.
 Tampalkan hiasan yang ada. Untuk projek ini, manik-manik berwarna merah menjadi pilihan. Selain menjadi hiasan, manik-manik ini juga berfungsi sebagai penahan untuk mengelakkan bekas dari tergelincir terkeluar dari tempatnya.
 Akhir sekali letakkan bekas/botol ke dalan penutup kotak tersebut. Isikan alat tulis yang ada.
Tempat penyimpanan ini boleh digantung di dinding semasa tidak digunakan dan diletakkan di di meja semasa menggunakannya, Barulah nampak kemas.

SELAMAT MENCUBA


***********ADVERTISEMENT***********

09 Januari 2016

Amin Dan Akuarium | Kitar Semula

      Hujung cuti persekolahan 2015, Amin membuat persiapan barangan persekolahan. Antara yang disiapkan adalah kasut sekolah. Tahun ini Amin menggunakan kasut baru disebabkan kasut lama dah tak muat. Maklumlah semakin membesar. Kasut tersebut amat Amin disukai tetapi ada satu lagi benda yang menarik perhatian Amin semasa mengemas iaitu kotak kasut.


      Amin pun bertanya kepada Abah apa yang boleh dibuat dengan kotak ini. Jadi abah pun mencadangkan beberapa barangan kitar semula yang boleh dibuat, antaranya kotak barangan, rak penyimpanan buku, model akuarium dan model rumah. Antara kesemua cadangan tersebut, Amin lebih meminati model akuarium. Jadi abah pun memberi gambaran bagaimana rupa akuarium tersebut.
      Selepas itu Amin pun terus mencari barangan yang ada di dalam rumah yang boleh dikitar semula. Selain kotak, kertas berwarna yg telah digunakan pada sebelah permukaan juga merupakan barangan kitar semula. Abah mencadangkan supaya mencari gambar berwarna hidupan laut untuk diletakan dalam akuarium tapi tak ada, jadi hiasan tersebut kenalah dilukis sendiri. Barangan lain selain kertas berwarna/gambar yang perlu adalah gunting, gam, pensil/ pen berwarna, benang dan selotape. Lepas tu hanya gunakan kreativiti.
      Kotak tersebut dipotong bahagian penutup dan ditampal kertas di bahagian dalam kotak samaada kertas putih (bagi yg pandai melukis pemandangan dlm air), kertas berwarna atau kertas bergambar pemandangan dalam air. Amin memilih untuk menggunakan kertas recycle berwarna biru sebagai latarbelakang memandangkan tak jumpa gambar pemandangan dalam air.
      Kemudian Amin lukis gambar ikan pada kedua-dua belah kertas untuk dipotong. Selepas dipotong barulah Amin menggantung gambar ikan tersebut ke dalam kotak menggunakan selotape. Untuk membuatkan ikan tersebut seakan-akan berenang, Amin menggantung gambar ikan menggunakan benang. Dan hasilnya adalah seperti di bawah. Tadaaaa...



***********ADVERTISEMENT***********

10 April 2013

Kotak Simpanan Dokumen | Please Recycle

Setelah lama meninggalkan segmen 'Please Recycle' kini RIS-FAMILI kembali untuk menghijaukan bumi kita. Kali ini RIS-FAMILI akan membuat kotak simpanan dokumen yang sesuai digunakan di pejabat dan rumah. Dan kali ini masih menggunakan bahan utama yang sama seperti sebelum ini iaitu kotak kertas A4 sepertimana gambar di bawah.
Bahan lain yang tak kurang pentingnnya ialah kertas pembalut (kalau nak cantik, cari yang berwarna warni & bercorak), gunting, gam, pembaris dan hiasan (jika perlu).
Cara buat - Tandakan bahagian yang ingin dipotong pada bahagian kotak dan guntingkan bahagian tersebut, (Penutup kotak bolehlah digunakan sebagai tempat letak kertas recycle). Kemudian ukurkan kertas pembalut mengikut ukuran kotak yang telah dipotong tadi dan gunting. Seterusnya gam kertas pembalut tersebut pada keseluruhan luar kotak. Letakkan hiasan jika mahu. Dan kotak tersebut telah sedia digunakan.

SEBELUM : Kotak Kertas A4 yang asal dan tak menarik

SELEPAS : Kotak yang telah siap dan menarik. Dokumen pun tersusun dengan rapi

Selamat mencuba dan sayangi alam kita.

Label 'Please Recycle' yang lain (Klik pada tajuk di bawah)
Kotak Simpanan Mainan | Please Recycle 1
Kotak Simpan Baju | Please Recycle 2


***********ADVERTISEMENT***********

11 Jun 2012

Kotak Simpan Baju | Please Recycle 2

Jika pada entri sebelum ini diceritakan tentang kotak terbuang yang diubahsuai untuk dijadikan tempat simpanan mainan (klik sini utk baca), kali ini kotak terbuang jenis yang sama digunakan untuk membuat kotak simpan baju pula.

Kotak yang sudah siap tapi hiasan tak sempat letak.
Satu kotak untuk pakaian siang dan satu kotak untuk pakaian malam

BAHAN DIPERLUKAN
1. Kotak yang tidak lagi digunakan, jenis ada penutup. (Cth kotak letak kertas A4)
2. Kertas pembalut hadiah. Kertas majalah berwarna-warni pun boleh.
3. Gunting atau pisau,
4. Pembaris jika dirasakan perlu.
5. Gam
6. Butang baju dan benang.
7. Hiasan seperti reben, bunga kecil atau apa yang difikirkan sesuai.

Kotak yang siap dibalut

CARA MEMBUAT
Gunting kertas pembalut hadiah berdasarkan saiz kotak dan lekatkan pada kotak tersebut. Guna pembaris untuk membuat garisan pada atas kotak (bahagian penutup) mengikut segi yang kecil sedikit dari saiz kotak. Potong pada tiga bahagian garisan tersebut dan biarkan satu garisan lagi tidak terpotong. Kemaskan lekatan gam pada pembalut tadi di bahagian yang dipotong. Lipat keluar bahagian yang dipotong tadi pada bahagian yang tak dipotong (jadi pintu). Jahitkan butang baju pada satu bahagian pintu dan sebelah kotak yang berhampiran dengan pintu tersebut. Letakkan riben pada salah satu butang (bagi tujuan sebagai pengikat). Akhir sekali, kenakan hiasan mengikut hiasan yang anda sukai. Dan kotak tersebut sedia digunakan untuk menyimpan apa sahaja (RIS-FAMILI gunakan untuk menyimpan baju baby).

Kotak yang telah siap dibuat pintu dan pengikat.

Nota : Kalau nak susun baju boleh dimasukkan terus melalui pintu yang dibuat atau boleh juga dimasukkan dengan membuka penutup kotak tersebut.



***********ADVERTISEMENT***********