Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan

24 Jun 2017

Salam Aidilfitri dari RIS-FAMILI

Salam Aidilfitri.
Semoga amalan kita diterima.
Didoakan semua sentiasa dirahmati dan diberkati.
Maaf dipinta kiranya ada salah dan silap.


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438H

09 Ogos 2016

Kad Raya Pertama Humaira


Bulan puasa baru-baru ini, Humaira ternampak kad raya yang cute. Jadi dia memilih sekeping kad yang ada gambar tweety.


Humaira gigih menulis mengikut imaginasi dia sendiri.


Inilah hasil nukilan kad raya pertama dari Humaira.


***********ADVERTISEMENT***********

16 Julai 2015

Salam Aidilfitri dari RIS-FAMILI

      Selamat menyambut hari lebaran. Maaf Zahir Batin dari RIS-FAMILI untuk semua pembaca blog ini. Tahun ini RIS-FAMILI beraya di Perak setelah Aidiladha lalu RIS-FAMILI beraya di Terengganu kerana meyambut kedatangan 'Baby Aidiladha' (klik utk baca).
Gambar recycle tahun lalu kerana tidak ada gambar berlima yang sesuai untuk dijadikan gambar kad ucapan.

04 Oktober 2014

Ulangtahun Kelahiran Amin | 8 Tahun

Hari ini semasa entri ini ditulis iaitu 4 Oktober 2014 merupakan hari ulangtahun kelahiran Amin yang ke 8. Dan hari ini juga adalah hari wukuf di Mekah dan sehari sebelum menyambut perayaan Aidiladha di Malaysia. Semoga hari yang penuh barokah / berkat ini membawa kebaikan kepada birthday boy dan RIS-FAMILI sekeluarga.

Sambutan ulangtahun kali ini adalah seperti tahun-tahun sebelumnya. Disambut secara kecil-kecilan tetapi amat meriah. Menghimpunkan semua ahli RIS-FAMILI dan majlis berlangsung di kediaman RIS-FAMILI bagi menjimatkan kos memandangkan harga minyak baru dinaikkan 2 hari lalu.

Bagi yang tak berkesempatan untuk turut serta, disini dikongsikan gambar-gambar yang diambil semasa majlis tersebut. Marilah sama-sama berkongsi kemeriahan.
Birthday boy bergambar dulu

Abah, saya pun nak bergambar dengan Abang Amin.

Ehhh... mak pun nak bergambar bersama

Selfie lah dulu. Baru leh bergambar sefamili

Yaaa... acara potong kek bermula

Jom makan. Mmmmm sedapnya.
Antara hadiah yang diterima - Buku, alatulis, baju dan permainan. Terima kasih semua. Baju yang dihadiahkan ini adalah baju edisi terhad dan tak ada dijual sebab hanya melalui 'reedem' sempena bolasepak piala dunia. Buku pula merupakan teman setia Amin sejak dari kecil lagi jadi memang sukalah Amin dapat hadiah buku. Permainan pula kesukaan Amin dan Humaira, mana ada kanak-kanak tak suka permainan kan. Humaira pun boleh tumpang main sekali.


Harapan mak dan abah, semoga Amin berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Menjadi anak yang soleh dan berguna kepada negara, masyarakat, dan keluarga.

08 September 2013

Berhari Raya 2013 | Aidilfitri

Pada tahun 2013, giliran RIS-FAMILI beraya di Ipoh dahulu. Kali ini tak banyak gambar raya yang diambil, hanya ada beberapa keping sahaja. Jadi nak simpan lah juga dalam online diary ini. Yang pasti gambar RIS-FAMILI berempat tak sempat ambil.
Gambar mak dengan Humaira sedondon dengan baju raya dengan rona hitam dan merah.
Aksi Humaira berposing dengan abah. Abah seperti biasa berpakaian baju melayu di raya pertama. Mana perginya sampin ni.
Cakkk.... Humaira pula cantik bertudung walaupun rambut depan terkeluar. 
Ini lah sesi yang ditunggu-tunggu oleh semua anak-anak saudara. Apa lagi, SERBU!!!... Duit, duit, duit.
Sementara menunggu tetamu datang beraya, tengok email dululah.

* Gambar Amin tak jumpa pula untuk diabadikan dalam entri kali ini. Bukan tak ambil gambar dia, tapi ada dalam kamera lain. Belum download lagi, akan dimasukkan gambar Amin juga selepas gambar didownload ke dalam PC.

07 Ogos 2013

SALAM AIDILFITRI DARI RIS-FAMILI

Pilu kerana Ramadan tahun ini berlalu pergi. Tunggu ramadan akan datang yang akan menjelma.
Suka hingga tak tahu nak kata apa-apa.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

03 November 2012

Amin bersama Upin & Ipin

Balik raya Aidiladha baru-baru ini Amin mengambil kesempatan untuk pergi ke 'Kedai Makan Upin & Ipin' yang baru dibuka di Mydin Meru Raya Ipoh. Rasanya ini adalah kedai makan berkonsepkan 'Upin dan Ipin' yang PERTAMA DI DUNIA selain Lembah Kelang. Kat Lembah Klang rasanya dah ada tiga kedai seperti ini.
Hiasan kedai dari Luar
Pada pandangan pertama, nampak macam kedai makanan segera tapi bila dah masuk dan membeli makanan, rasanya kedai ni macam kedai makan kat kompleks membeli belah yang lain. Berbaris ambil order kat kaunter dan bayar, lepas tu tunggu makanan dihantar ke meja.
Amin mengambil kesempatan bergambar dengan Upin dan Ipin serta kawan-kawan
Apa yang membezakan kedai ini dengan kedai lain adalah hiasan dalamnya yang dipenuhi dengan watak-watak upin & ipin, serta dipasangkan cerita upin & ipin. Juga terdapat sudut menjual produk yang bertemakan upin & ipin. Menu biasa je tapi direncahkan dengan nama-nama watak upin ipin seperti 'Set Nasi Upin & Ipin', 'Set Nasi Opah', 'Pilihan Mee Kak Ros' dan 'Set Kanak-kanak Upin & Ipin'.
Atas : Bergambar dulu sambil menunggu pesanan sampai.
Bawah : Nasi Ayam Upin & Ipin (Kiri) & Nasi Lemak Ayam Berempah (Kanan)
Masa RIS-FAMILI ke kedai ni adalah cuti Aidiladha, maka ramailah juga orang yang berkunjung makan di kedai ini hinggakan hampir penuh meja makan. Rasanya ramai diantara pelanggan adalah orang luar Ipoh sepertimana RIS-FAMILI. Bukannya apa, sekadar nak merasai pengalaman makan di kedai upin & ipin sambil membawa anak. Harganya boleh tahan juga, standard kedai makan dalam kompleks membeli belah.
Lepas order dah tentunya kena bayar
Kalau sesapa yang nak tahu kedai ni baru je dirasmikan pada 20 Oktober lalu dan lokasinya adalah terletak di Mydin Meru Raya (alamat sepertimana ditunjukkan pada resit di atas). Jadi Amin adalah antara terawal jugalah mengunjungi kedai ini.

06 September 2012

Amin Berpuasa dan Berhari Raya

Raya puasa pada tahun ini Amin tak melepaskan peluang pergi beraya bersama-sama sepupunya ke sekitar kampung bagi mengeratkan tali silaturrahim sesama orang kampung. Sambil menyelam sambil minum air. Itulah misi yang dilaksanakan oleh Amin pada raya kali ini, di mana sambil beraya dan berkenal-kenalan dengan orang kampung, misi kedua iaitu mengutip duit raya juga terlaksana dengan jayanya. Tak cukup beraya pada raya pertama, misi tersebut bersambung pada hari raya kedua iaitu bersama-sama sepupu yang tiba ke kampung pada raya kedua.
Aksi Amin pergi berhari raya. Amin pakai baju jubah putih.
Tahun ini juga merupakan tahun pertama Amin berpuasa dan Alhamdulillah Amin hanya tinggal 3 hari sahaja iaitu pada 3 hari permulaan puasa. Ketiga-tiga hari tu Amin puasa separuh hari sahaja. Yang seronoknya, Amin senang untuk bangun sahur dan berselera makan semasa sahur. Dan dia kata tahun depan nak puasa penuh. Insya Allah.

30 Ogos 2011

Salam Aidilfitri Dari RIS-FAMILI

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapakan kepada pembaca blog ini. Raya kali ni turut di kena pada hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 54. Bagaimanapun kemeriahan Aidilfitri lebih terasa berbanding dengan Kemerdekaan bagi RIS-FAMILI. Anda bagaimana?
Aidilfitri bermakna cuti bekerja, jadi cuti Aidilfitri kali ini akan berterusan selama 5 hari bagi RIS-FAMILI tanpa perlu mengambil cuti rehat tambahan kerana Aidilfitri jatuh pada hari Selasa dan Rabu dan Rabu pula adalah hari Kemerdekaan jadi cuti Kemerdekaan bawa ke Khamis. Jumaat dan Sabtu pula sememangnya cuti hujung minggu di Terengganu. Jadi Selasa sampai Sabtu adalah hari berCUTI. Bolehlah beraya berterusan selama 5 hari. Kalau nak raya lebih lama, hanya tambahkan lagi cuti sendiri.
Dikesempatan ini RIS-FAMILI ingin memohon kemaafan andai ada sebarang kesalahan.

Salahkah jika ibu dodoikan
Tidurkan anak di atas pangkuan
Salah dan silap hamba lakukan
Ampun maaf hamba pohonkan

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN

26 November 2010

Mak Su Amin dah Bertunang!

Amin ada satu berita sedih kepada semua jejaka Malaya di luar sana... 
Sorilah ya kepada jejaka- jejaka Malaya semua, 
Mak Su Amin dah dikebas orang... 
Mak Su Amin dah bertunang baru- baru ni sama tarikh dengan birthday opah Amin. 
Ermmm sedapnya kek tu...
Nilah dia gambar Mak Su Amin dengan busana pertunangan yang putih bersih gitu.
Semua makanan yang dijadikan hantaran tu mak Su Amin buat sendiri tau... Pandai tau mak Su Amin, buat dengan duit, dengan sumbangan sedara, hehehhe..
Nilah momen yang paling penting.
Saat disarungkan cincin pertunangan. Cincin tu Paksu yang beli, tapi majlis tu tak nampak pun kelibat Paksu. 
Mesti Paksu lapar dok kat rumah, sebab semua orang kat majlis pertunangan sedap makan Nasi Bukhari dan pulut panggang Mak Nyah masak.
Dan yang kat tengah tu, juri menentukan/ mengesahkan sesi menyarung cincin tu...
Mak Su bersama Opah dan MIL to be. Mesti mak su tengah berdegap degup kencang time ni, hehehe... Happy Birthday buat Opah juga.
Dah selesai majlis, Amin pun tangkap gambar dengan maksu. Mak Amin dah pesan dengan maksu, jangan buat kenduri kawen time mak sedang berpantang kelak.  Amin nak jadi abang besar nanti, bakal dapat adik, insyaAllah tahun depan.
Tahniah Maksu dan Paksu di atas pertunangan! 





03 November 2010

Flashback : Aidilfitri 1431

Entri kali agak lewat gak tapi tak kira, nak publish juga. Nak citer sikit tentang Aidilfitri baru baru ni walaupun dalam beberapa hari lagi dah nak masuk bulan Zulhijjah iaitu bulan Haji atau bulan Aidiladha.

Buat khas untuk Aidilfitri lalu. Anggapla kad online ni sebagai kad utk wish Aidiladha
Untuk Aidilfitri yang lepas, giliran RIS-FAMILI berhari raya di Selama dahulu. Raya kali ini semua sepupu Amin (sebelah abah Amin balik) kecuali seorang je. 
Sepupu Amin (sebelah abah) ada 18 orang. Ni sebahagian je yg ada.
Aidlifitri kali ini adalah kali pertama kali Amin pergi beraya tanpa ditemani oleh mak dan abah. Amin pergi kutip duit raya beraya bersama sepupu Amin. Seronoknya, raya tahun depan nak gi raya macam ni lagi.
Ni la gambar Amin pergi berhari raya. Memang seronok.
Aktiviti bergambar dengan mak dan abah adalah aktiviti yang selalu dilakukan semasa hari raya, dah jadi macam tradisi plak tak kira Aidilfitri atau Aidiladha. Dah hasilnya, tra.. la.. la...
Raya kedua RIS-FAMILI beraya di Ipoh pula. Kali ini Amin bertemu sepupu Amin belah mak pula. Ada 2 orang, manakala 3 orang lagi tak balik sebab ada hal yang tak dapat dielakkan namun tetap meriah. Ramai gak saudara-mara belah mak datang beraya.
Gambar Aidilfitri tahun lepas. Tak jumpa plak gambar Aidilfitri tahun ni. Seronok beraya bersama sepupu.
Amin pun tak melepaskan peluang beraya ke rumah saudara mara belah mak Amin. Antaranya yang menjadi kemestian ialah rumah moyang Amin di Gelung Pepuyu, tok/opah saudara, moyang saudara dan rumah pengasuh Amin semasa Amin tinggal di Ipoh dulu.
Aidiladha kali ni, Insya Allah giliran di rumah Tok dan Opah di Ipoh dulu. Lepas tu baru beraya di rumah tok di Selama pula. Tak sabar rasanya nak balik beraya.
Tokkkk..... Opahhhhh..... Masak apa untuk raya nanti?



28 Ogos 2010

Selamat Memandu Pulang Berhari Raya

Memandangkan Aidilfitri tidak lama lagi, RIS-FAMILI percaya ramai yang telah membuat persediaan mengenai kenderaan yang akan dinaiki untuk pulang ke kampung terutamanya anak-anak perantau yang mencari rezeki di perantauan. Berbagai jenis pengangkutan tersedia samada kenderaan sendiri, kenderaan awam ataupun menumpang kenderaan kawan. Tidak terkecuali RIS-FAMILI sendiri yang akan turut balik kampung di Aidilfitiri kali ini. Semoga perjalanan kita semua lancar dan selamat tiba di destinasi yang ditujui.
Bercakap berkenaan kenderaan, RIS-FAMILI ingin memaparkan beberapa jenis kenderaan yang ada di sini dan juga yang pernah RIS-FAMILI naik terutamanya Amin.

   
Gambar Atas - Kuasa tolakan oleh orang lain : Gambar Bawah - Kuasa tolakan oleh kaki sendiri.

 
Kenderaan Setempat tanpa enjin - Hanya terdapat di taman permainan

      
Kenderaan Indoor - Ada yang berbayar dan ada yang percuma


  
Kenderaan Haiwan - Sesuai untuk rekreasi tapi tak sesuai untuk bawa balik kampung.

   
Kenderaan Sebenar  tapi untuk jarak dekat je. Nak naik untuk balik kampung rasanya tak sesuai, letihnya.

    
Kenderaan sebenar dan sesuai untuk bawa balik kampung terutamanya untuk jarak jauh (kecuali replika kapal)
Dari Kiri Atas : Kereta, Kapal Laut, Kapal Terbang, Keretapi dan Bas.

Tak kira apa jua kenderaan yang anda naiki, pilihlah kenderaan yang selamat. Jika anda memandu tak kira kenderaan sendiri atau membawa kenderaan awan, memandulah dengan berhati-hati di jalan raya, jalan air atau jalan udara. Pesanan Khidmat Masyarakat Ini dibawakan oleh RIS-FAMILI dan RIS-IT.



RIS-IT