27 Jan 2020

Underwater World Langkawi

Lokasi : Underwater World, Pantai Cenang, Langkawi
Tarikh : 12.12.19

      Antara agenda wajib bila ke Langkawi mestilah berenang-renang masuk ke Underwater World. Ini merupakan pengalaman pertama Husna masuk ke Underwater World kerana masa kali terakhir ke Langkawi sebelum ini, Husna masih dalam perut Mak. Kali kedua bagi kakak Ira dan ketiga bagi abg Amin.
      Walaupun dah pernah masuk ke sini, abg Amin, Kak Ira tetap teruja melihat hidupan air yang berenang-renang. Ada yang kelihatan jinak dan rasa macam nak ambil bawa balik. Dan salah satu tumpuan mestilah Penguin. Terhibur melihat gelagat penguin lincah berenang ke sana sini. Menariknya boleh lihat dari atas permukaan dan dari bawah air.
      Satu kenangan yang tak mungkin dilupakan oleh RIS-FAMILI.























Baca Juga : Jom Libur | Underwater World Langkawi

20 Jan 2020

Muzium 3D Langkawi | 3D Art Langkawi

Oriental Village, Langkawi
Lokasi : 3D Arts Langkawi (Muzium 3D)
Tarikh : 11.12.19

      Ini antara lokasi yang mesti pergi disebabkan harga tiket yang dibeli untuk menaiki Skycab telah termasuk untuk memasuki Muzium 3D ini. Rugi la kalau tak masuk sebab dah bayar. Muzium ini adalah Muzium 3D terbesar di Malaysia. (Klik sini utk ke entri Skycab dan harga tiket). Dan lokasinya dalam kawasan yang sama iaitu di Oriental Village juga.
      Banyak lukisan yang menarik untuk Abg Amin dan adik-adik berposing seumpama berada di dalam gambar-gambar tersebut. Banyak betul gambarnya, rasanya lebih dari 100 keping. Alang-alang dan masuk, jadi abah dan mak pun tak lepaskan peluang. Hihihihi.