31 Jul 2009

Zoom Melaka Part 2: Taman Mini Msia Asean

Ris Famili tak lepaskan peluang pergi ke Taman Mini Msia Asean kat Melaka ni. Ermmm, kalau tak silap orang kuat tempat ni penyanyi Noraniza Idris kan... Tempat ni dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir rupanya, dah lama sebenarnya...
Haaa, kan dah cakap. Tapi, bukan dialah yang beri persembahan hari tu. Tiap- tiap hari, ada persembahan kebudayaan oleh staf kat sini. Time Ris Famili pergi hari tu, ada sekumpulan student sekolah rendah daripada Singapore yang datang, belajar pasal rumah- rumah kat tempat ni.
Bahagian atas rumah ni adalah tempat menyimpan beras... kiranya stor makanan lah. Ataupun sekarang ni kita panggil bilik pantry...
Gambar ni di rumah panjang Sarawak, tapi bukan kat Sarawak. Kat Melaka je...
Masa ni panas betul. Memang rasa dahaga dan letih berjalan kat dalam ni sebab tempatnya luas. Tempat ni sesuai untuk bawa budak sekolah rendah, sebab banyak info mengenai sejarah Malaysia dan Asean, tapi kalau untuk budak sebaya Amin, tak digalakkan.

Zoom Melaka Part 1: Zoo Melaka

Last year dalam penghujung bulan Oktober, Ris Famili ke Melaka. Kami sekeluarga dah start menabung untuk percutian sejak awal tahun, secara berdikit- dikit, dan dalam bulan 10 tahun tu, tabung percutian Ris Famili dah cecah target sepertimana yang diharapkan.
Hari pertama sampai, kami tak kemana- mana, just pusing- pusing cari hotel dan familiar dengan jalan di sekitar bandar Melaka. Pastu esoknya, Ris Famili decided nak ke Zoo Melaka. Amin kan suka tengok Animals...
Kebetulan lak masa masuk ke Zoo Melaka tu, ada animal show yang dah nak mula. Jadi kami pun amik seat. Perasan tak ada kotak belakang abah Amin dan Amin tu? Gambar ni kami snap sebelum show mula. Masa nak mula show, entertainer tu kata dia tertinggal barang dalam kotak belakang tu, rupanya dalam kotak tu ada ULAR!!! Terkejut tul Ris Famili, rupanya kami dok kat ular...

Amin macam lupa dunia dah tengok semua binatang ni... Dalam banyak binatang yang hidup, binatang yang tak bernyawa ni jugak yang dia minat. Nak kasik dia puas hati, bagilah dia posing kat replika ni...
Korang rasa bear ni betul- betul bear ke atau manusia yang bertopengkan bear? Sebab dia macam tahu je nak buat aksi- aksi menarik bila ada manusia dok tengok dia...
Dah hampir pukul 1, Ris Famili decided nak berehat dan minum jap. Kami order ABC je, belum pun sempat ABC nak sampai, ada orang dah ZZZZ dulu....
Lepas puas abah dan mak Amin tunggu Amin tido, Ris Famili sambung lagi jalan- jalan dalam zoo ni. Kaki masing- masing rasa nak tercabut sebab jalan- jalan satu zoo, so kali ni naik train plak round satu zoo. Kasik Amin chance tengok animal puas- puas. Kami kat dalam Zoo ni tak lama, dalam 6 jam je, hehehe... Ris Famili bagi 4 bintang pada Zoo Melaka sebab facilities semua OK, dan kedudukan setiap binatang pun dekat- dekat, jadi budak tak cepat boring atau penat.

30 Jul 2009

Aquaria @KLCC

Sebenarnya, entry ni patut dibuat lama dah. Semasa husband berkursus kat KL dulu, selama 5 hari 4 malam, mak Amin pun ikut sekali. Bukan selalu dapat jalan- jalan ni. Kebetulan hanya hubby sorang je daripada ofis dia yang kena attend kursus tu, jadi layak untuk stay hotel. Kami cari hotel yang strategik, di samping rate yang murah, jumpalah Hotel Brisdale kat Chow Kit tu...
Masa hubby sibuk berkursus, mak Amin dan Amin berjalan- jalan sekitar KL naik public transport dan teksi. Penat juga kekadang tu kena dukung Amin, tapi pikir bila lagi nak bawak berjalan- jalan. So, satu hari tu kami pergi ke Aquaria @KLCC. Time tu hari keje, jadi taklah ramai sangat orang.
Kebetulan masa jalan- jalan dan tengok ikan dalam tu, staff tengah kasik ikan makan... Best gak tengok. Amin suka tengok ikan Arapaima yang besar tu... Tapi, sincerely saya lebih prefer Underwater World Langkawi... Harga tiket Aquaria ni mahal gak, tapi not to my expectation...

Lepas tengok je ikan yang makan, Amin dan mak Amin pun nak makan jugak. Kami berdua singgah ke Burger King dalam KLCC tu. Banyak betul Amin makan fries, memang dah lapar ni... Seronok juga dapat jalan sekali- sekala macam ni... Bila agaknya nak turun KL lagi, sekarang tengah Mega Sales kan...

28 Jul 2009

Ofis Baru...

Ramai yang dah mula menanya ofis mak Amin yang baru sebenarnya kat mana? Haaa, sebenarnya saya dah bertukar ke ofis baru seperti yang tertera di atas. Alhamdulillah, dah rezeki agaknya, pada tanggal 1 Julai yang lepas saya telah dinaikkan pangkat dan ditempatkan di sini. Janji dapat keje dalam KT, tak jauh daripada suami dan anak. OK lah tu kan...
Ofis baru ni lebih dekat dengan our house, 1 km je... Memang dekat lah... lunch hour pun sempat balik rumah makan nasik dan solat kat umah. Jangan jeles ye...
Apapun rasa sangat rindu dengan member di HSNZ yang sangat caring dan teamwork spirit yang tinggi...
Harap saya boleh menyesuaikan diri dengan budaya kerja di tempat baru. Wish me luck ya!

26 Jul 2009

Horse Riding

Kudaku Lari Gagah Berani.... Inilah dia equestrian cilik pertama bagi kategori budak yang masih memakai diapers..... heheheh... sempena Pertandingan Jet Ski kat Pantai Batu Burok last week, adalah macam- macam booth yang dibuka sepanjang pantai ni. Macam pestala katakan.
Disebabkan Encik Suami terpaksa outstation ke Putrajaya selama 2 hari, maka mak Amin dan Amin punyalah cari aktiviti untuk memenuhi masa lapang... Bagus punya aktiviti nih...
Bayar untuk 3 pusingan kecik kuda ni adalah RM3... Amin tak nangis langsung dan nampak enjoy betul sambil menunggang kuda ni. Siap bye bye lagi dengan horse tu. Maknya masih pakai baju kurung balik keje... (macamana nak ride the horse dengan attire macam ni...)

Balik darpd outstation, terkejut abah Amin nengok gambor Amin atas kuda.
Kenapa, tak percaya ke?

Keputusan Soal Selidik (Pool)

Soal selidik (Pool) yang dijalankan di blog ini telah ditutup.
Soal selidik ini telah dimulakan pada 17 Mei 2009 dan ditutup pada 24 Julai 2009.
Berikut adalah maklumbalas yang diterima bagi soal selidik seperti di bawah;

Beri pandangan anda tentang Blog pertama saya.

Percubaan yang baik - 87 %
Perlu Pembaikan - 4 %
Natural - 9 %

Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan.

20 Jul 2009

Amin Oh Amin!

Haai, inilah anak terunaku yang sorang ni... Punyalah seksa cari satu rumah, rupanya dia dok sembunyi dalam almari. Diam aje dia dok kat situ. Risau mak Amin takut Amin hilang...
Ni plak gambar bergaya semacam. Suruh dok diam- diam, sudahnya gitu gayenya. Terpusing sana, pusing sini.

Nak tahu apa sebenarnya yang Amin buat dalam dua- dua gambar ni???

Dia tengah berak...

18 Jul 2009

Agenda Hari Sabtu Part 3: Masjid Kristal lagi

Lepas penat meneroka Muzium Terengganu, dah pukul 2 petang tapi masih belum solat Zohor. Memandangkan muzium dan Masjid Kristal (TTI) memang dekat, Ris Famili decided nak solat Zohor kat sana.
Banyak betul bas yang berhenti kat tempat parking. Ada jugak mat salleh yang datang sini. Yelah, dah hujung minggu. Cuaca plak berjerebu je hari ni. Susah betul nak snap gambar ayah Amin sensorang , ada je orang lalu lalang.
Kan dah kata Ris Famili nak solat sini, Amin pun kena amik wudhuk jugaklah... Lepas solat, mak abah nak beli barang dapur kat Mydin Megamall...
Sampai kat Mydin Megamall, tak sampai 5 minit ada budak pengsan tido dalam troli. Kalau ringan boleh gak abah dukung (kan abah kan, kan, kan?)... Dah 20 kilo ni, sorilah Amin sayang...
Kul 5 baru sampai rumah. Begitulah agenda Ris Famili di hari Sabtu.

Agenda Hari Sabtu Part 2: Muzium Terengganu

Lepas dah kenyang makan Nasi Air, Ris Famili menuju ke Muzium Terengganu yang terletak di Losong ni. Mana taknya, kalau tanya orang luar, mesti ada yang pernah berkunjung ke Muzium ni. Tapi, bagi Ris Famili yang stay kat KT ni belum explore lagi... Ni yang nak explore ni.
Kebetulan lak, time ni ada Pameran Warna- Warna Pelamin sampai 31 Ogos. Patutlah banyak pelawat yang datang. Tak mahal tiket masuk ke Muzium ni. RM 2 untuk dewasa dan cuma singgit untuk kanak- kanak. Budak baya Amin free je...
Kat luar Muzium ni ada tram yang boleh bawak pusing- pusing . Tapi kami tak sure dia punya pathway. Sebab time kitorang jumpa tram dah berhenti. Saja bagi Amin dok kat driver seat sambil hilangkan penat berjalan dan naik tangga.
Amin sangat happy masa datang sini. Asyik berlari- lari dan menjerit tengok pelbagai bende yang dipamerkan dalam muzium, Satu pesanan penaja--- dalam muzium takleh bawa kamera.
Penat gak jalan- jalan dalam muzium ni. Muzium Terengganu ni merupakan muzium terbesar di Malaysia. Tapi dari segi bilangan bahan pameran, saya tak sure samada yang terbanyak atau Muzium Negara dapat mengatasi.
Mak Amin dah penat berjalan. Amin lak masih tak penat. Kuat betul stamina budak kecik ni... Siapa yang nak tengok Batu Bersurat, bolehla berkunjung ke Muzium Terengganu...

Agenda Hari Sabtu Part 1: Nasi Air

Hari ni memang agenda berjalan- jalan saje sepanjang hari dari pagi sehingga petang. Mulanya nak ke Library, pulangkan balik buku Amin pinjam yang dah tamat tempoh 2 hari lepas. Kena denda 20 sen. Kebetulan lak, ada aktiviti dalam Bilik Aktiviti Public Library. Amin pun apa lagi, join main dengan bebudak tu
Terengganu State Public Library ni memang best. Ada pelbagai aktiviti ikut jadual yang dah dirancang. Kebetulan hari ni, menyusun jigsaw puzzle. Kesemua jigsaw puzzle nye nampak baru- baru belaka. Mula- mula Amin nak susun, kejap je.. patu mak dan abah Amin yang kena completekan jigsaw puzzle tu.


Lepas dah pulangkan buku dan pinjam buku yang lain, Ris Famili lepak dan makan kat Kafe Library. Ada satu menu yang buat kami nak try--- Nasi Air.
Selain daripada Nasi Kukus yang popular di Kt ni, Ris Famili belum pernah rasa Nasi Air ni.
Mesti orang luar akan kata Bubur Nasik kan?
Lain sket...
Kalau bubur nasi, kita masak sekaligus...
Tapi, nasik air ni nasi lembik akan dibubuh dulu, kemudian kuah sup akan dibubuh atasnya kemudian... macam kita makan bihun sup, letak bihun, kemudian sup...
Kali ni nasi lembik dulu, kemudian taruh sup...
Rasanya sedap, dan nasi tu masih mendap pada dasar mangkuk, jadi kita kena kacau evenly bagi rata dengan kuah.
Dare to try?

17 Jul 2009

Mak Yang Datang!

Lepas abah dan Wah sekeluarga datang ke KT hari Isnin lepas, Mak Yang daripada Kota Bharu plak datang berkunjung ke rumah kami pada hari Khamis (semalam). Mak Yang ni adik mak saya yang berkahwin dengan Pak Cik Isa, merupakan orang Kelantan. Jadi, dah beli rumah di KB dan menetap di KB. Kebetulan Pakcik Isa ada keje di KT, jadi Mak Yang dan anaknya (sepupu sayalah kiranya) Farah datang ikut sekali. Tapi, Mak Yang tak tido kat rumah saya sebab ada tetamu istimewa nak berkunjung ke rumah dia... Mak Yang dan Farah hanya sempat makan keropok lekor aje kat rumah saya (typical menu org Ganu ni)
Tetamu datang membawa seribu kebaikan dan membawa pergi seribu kejahatan.

15 Jul 2009

Selamat Tinggal HSNZ

15 Julai 2009- Inilah hari terakhirku berkhidmat di HSNZ... Lihatlah mejaku yang kosong dan tidak berpenghuni selepas ini kerana pemergianku tanpa pengganti. Jadi, hari ni memang teramat sibuklah mengemas dan menyiapkan nota serah tugas kepada pegawai yang akan memikul tugasanku selepas ini...
Mulai esok, name tag itu sudah tidak bermakna dan white coat ni plak akan menjadi hiasan dalam almari, kerana tempat kerja baru selepas ini tak perlu pakai white coat. Baru je 4 bulan bertugas kat HSNZ ni, dah kena pindah....
Ni semua member baik kat ofis... Sebelah kiri saya adalah bos saya yang sangat baik dan komited dengan tugas... Juga masih fit dalam usia 58 tahun ... Walaupun dah pencen, beliau dapat offer sambung semula tugas sebagai pegawai farmasi... So, pencen pun dapat, gaji bulan- bulan pun jalan...
Ni plak bersama pegawai farmasi yang masih dalam latihan provisional. Semuanya lawa dan hensem... juga trendy. Barulah patient bersemangat nak datang farmasi hari- hari...
Saya sayang semua kawan saya di ofis walaupun baru saja berkhidmat di HSNZ dah nak kena tukar. Sebab apa yang penting.... KERJASAMA.
Kat mana plak saya akan bertugas esok?
Tunggu....................

14 Jul 2009

Wah Singgah

Entry kali ni mengenai trip Wah sekeluarga datang ke rumah saya di KT ni... 3 hari 2 malam. Wah merupakan mak sedara saya, adik ayah saya. Yang paling seronok, abah pun ikut sekali sebab Wah dah lama tak datang Terengganu, jadi abah sebagai penunjuk arah jalan. Abah datang memang tepat pada masanya, sebab saya pun ada surprise gift nak kasi abah... Omron BP Set latest edition, jadi senanglah abah boleh ukur tekanan darah setiap pagi. BP Set Omron abah sedia ada memang dah lama, patut ditukar yang baru.
Wah datang bukan setakat makan angin. Anak sulung Wah, sepupu saya, dapat offer masuk ke Institut Perguruan Sultan Mizan di Terengganu nih. Jadi, sebab report duty hari Isnin (semalam), semuanya kira datang menghantar lah ni.... Dari Slim River ke Terengganu. Memang sungguh tak patut kalau saya tak bawa round- round ke sekitar Kuala Terengganu nih...
Lepas balik keje hari Ahad (Terengganu keje hari Ahad tau!), bawa semuanya ke Tok Beng, Seberang Takir untuk memborong keropok lekor. Kemudian, tengok stadium runtuh, kemudian ke Lapangan Terbang, kemudian ke Teluk Ketapang... Kemudian patah balik ke Taman Tamadun Islam dan solat Asar di Masjid Kristal. Langsung ke Perkampungan Lekor Losong dan akhir sekali di Pantai Batu Burok.
Taman Tamadun Islam ni memang cantik dan ramai gak yang datang walaupun hari bekerja... Kalau weekend dan cuti sekolah tak payah cakaplah. Harap- harap Wah sekeluarga seronok datang ke KT dan stay di rumah saya ni.... Saya memang cukup suka kalau sedara datang tido kat rumah di KT. Taklah rasa kami sekeluarga ni jauh sangat di Terengganu ni...
Nilah gambar yang sempat saya snap... Yang baju oren is my beloved father. Baju merah tulah my cousin, bakal menjadi guru, insyaAllah. Baju kurung biru is Wah (my mak sedara) dan at the right side: Ayah Chor. Kat depan tu Amin dan Pak Su Hazim (marah tul Hazim kalau kata dia dah jadi pakcik sebab baru darjah 5)
Bagi yang tak pernah datang ke Terengganu, mehlah datang sini dan melancong (ewah, promote lak!)... Banyak gak tempat yang menarik untuk dilawati. Wah pun dah datang ke rumah saya, jadi buat semua sedara saya dan my best friends, apa tunggu lagi... Zoom Terengganu ya.
Saya pun rasa happy sebab sepupu saya akan bermastautin kat Terengganu ni at least for another 5 years.... Bukanlah hanya diriku sebatang kara di Terengganu nih...

3 Jul 2009

Rumahku Bukan Rumahku (Bandar Bukit Raja | Klang)


Inilah rumah saya dan kereta kesayangan saya. Rumah yang memang milik saya, tapi terpaksa disewakan sebab kami sekeluarga dok di KT ni. Mula- mula ingatkan husband akan dapat promotion kat area Selangor/ KL/ Putrajaya... rupanya dapat nun di KT. Tapi, tak apalah dah rezeki kami sekeluarga memang di sini. Rumah ni saya sewakan kepada pharmacist juga, dan kebetulan lak jiran sebelah rumah pun pharmacist juga. Macam tak berkembang je social networking saya nih..

Ini plak pandangan daripada dalam rumah mengarah ke luar. Depan rumah saya adalah padang permainan, jadi kiranya privacy juga. Sekarang ni, kawasan lalang tu dah ditanam dengan rumput mutiara... Saya ingatkan murah aje rumput mutiara ni, sebab pikir lambat panjang dan tak perlu trim, rupanya upah tanam dan pasang RM450, pergh... rumput je kan sebenarnya. Itulah kereta MyVi ku yang disayangi kerana tidak membebankanku tiap- tiap bulan.

Ini plak bahagian belakang rumah. Developer Sime Darby dah simenkan siap- siap sampai belakang habis. Jadi bagi yang tanam niat nak bercucuk tanam, lupakan saja. Ini tempat nak letak mesin basuh dan menjemur baju. Tak payah pasang awning, sebab memang dah berbumbung sampai ke hujung (no additional cost kepada pembeli). Ramai gak owner lain yang sambung dapur sampai belakang, so pecahlah bahagian dapur ni.

Ni area ruang tamu. Macam biasalah, rumah teres sekarang ni, ruang tamu berkongsi dengan ruang makan sebab dapur kecik. Tapi, kalau meja makan 4 seater, boleh aje letak di bahagian dapur. Kena pandailah susun aturnya... Nampak tak bantal golek Amin tu?

Ni plak tangga dari pandangan ruang tamu dan stor bawah tangga. Bagus jugak stor bawah tangga ni. Boleh letak barang- barang yang jarang digunakan. Sebenarnya tak sempat nak snap gambar bilik semua sebab bateri kamera dah habis. Apapun, haraplah penyewa boleh jaga rumah ni dengan baik dan buat macam rumah sendiri.

Adios!


***********ADVERTISEMENT***********