31 Mac 2012

KR1M KT | Kedai Rakyat 1 Malaysia @ Kuala Terengganu

Kedai Rakyat 1 Malaysia atau lebih dikenali sebagai KR1M (juga disebut Krim dalam BM atau Cream dalam BI) adalah kedai runcit yang menjual barangan kegunaan harian dengan jenama 1Malaysia. Walaupun kedai ini ada barangan jenama sendiri namun barangan jenama lain turut ada.
Pertengahan Februari 2012 lalu, RIS-FAMILI terperasan ada sign board KR1M berhampiran bulatan menuju SK Sultan Sulaiman. Jadi terus RIS-FAMILI pergi ke kedai tersebut untuk meninjau apa yang menarik di sana.
Pada pandangan RIS-FAMILI, KR1M ni sama saja dengan kedai runcit lain. Hanya barangannya ada berjenama 1M. Dari segi harga tak jauh beza. Ada juga barangan yang diperlukan tiada dalam jenama 1M seperti tisu dapur (perasan sebab RIS-FAMILI nak beli tapi tak de). Rasanya 50 - 50 nisbah barangan jenama 1M dengan jenama lain. Rasanya kedai dengan konsep yang sama telah ada dalam Mydin Hypermarket KT namun ia diletakkan pada satu sudut ruangan dalam hypermarket itu sendiri.
Walaupun pergi tanpa perancangan teliti, banyak jugalah barangan yang sangkut. Gambar atas sebagai bukti. Kalau nak pergi KR1M ni lokasinya di Jalan Sultan Omar berhampiran bulatan SK Sultan Sulaiman 1. Rujuk pelan di bawah.


***********ADVERTISEMENT***********


3 Mac 2012

Cuti-cuti Malaysia | Kuala Lumpur Bird Park

Cerita percutian bersambung lagi. Last episod untuk cerita percutian RIS-FAMILI untuk cuti sekolah hujung tahun 2011. Untuk membaca percutian episod lain-lain sila klik link ini ---> "Petrosains", "i-City" dan "Aquaria" ini.
Cerita bertuah kali ini adalah cerita melawat 'Taman Burung Kuala Lumpur' atau lebih glamer dipanggil 'Kuala Lumpur Bird Park' oleh orang putih. KL Bird Park ini adalah merupakan taman burung terbesar di dunia bagi kawasan terbuka (errr... betul tak terjemahan ini "World's Largest Free-flight Walk-in Aviary") iaitu berkeluasan 20.9 ekar.
Bagi RIS-FAMILI, memang besar dan ada kawasan yang tak sempat dilawati secara terperinci kerana kesuntukan masa.
Disebabkan dah biasa dengan pengunjung, ada sesetengah burung-burung tanpa segan silu turut bersama-sama bersiar-siar di laluan pejalan kaki. Kesempatan ini diambil oleh RIS-FAMILI untuk memberi burung-burung tersebut makan makanan yang dijual. Memang mendapat sambutan.
Kawasan berbukit dan dihiasi landskap yang menarik untuk diabadikan gambar sebagai kenangan. Sungai dan air terjun menjadi pilihan. Pokok-pokok yang ada membuatkan panas matahari tidak begitu terasa.
KL Bird Park ni terletak di Taman Tasik Perdana dan tak susah untuk RIS-FAMILI cari sebab tourist guide GPS tolong cari. Tiket masuk RM 25 untuk dewasa dan RM 12 untuk kanak-kanak (3 tahun ke atas). Kalau guna Jusco Card dapat RM 15 je. Kalau nak tengok peta klik sini (Peta KL Bird Park). Waktu beroperasi 9.00 pagi - 6.00 petang setiap hari.



***********ADVERTISEMENT***********