29 Ogo 2009

Amin Tak Sehat...

Amin tak sehat, since hari Isnin... Dan hari ni hari Sabtu pun Amin belum 100% recover. Dah 2 kali ke klinik... Walaupun tak buat ujian darah, tapi disebabkan budak- budak kan golongan yang berisiko, jadi Amin pun kena amik syrup Tamiflu ni (treated sebagai patient H1N1 juga)...
Dan mak Aminlah paling risau minggu ni. Kebetulan lak, abah Amin ada keje outstation ke KL. Flight ticket semua dah beli, jadi takleh nak cancel...
Harap- harap Amin cepat sembuh. Syukurlah mak abah Amin tak apa- apa buat setakat ni. Ris Famili anggap ini dugaan di bulan Ramadhan ni...

4 Ogo 2009

Port Dickson

Selepas puas meronda di Melaka, Ris Famili pergi ke Port Dickson lak. Tapi, kami di Port Dickson hanya semalam.
Kat Port Dickson, Ris Famili menginap di Hotel Corus. Bukan saja pilih kat sini, tapi memandangkan banyak hotel dah penuh, jadi terpaksalah amik blik nih.. Bilik memang OK dan luas, ada dua katil queen size.
Sebelah petangnya, kami tak lupa jalan- jalan di sekitar pantai dan merendam kaki dalam air laut...
dan dalam pasir!!!
Lepas puas kat pantai dan laut, kasik Amin main air dalam kolam renang kat hotel. Amin mandi sampai menggigil, sangat seeeejukkk.
Dah mandi semua, badan dah sejuk, lapar lah pulak... Ngap apple nih!

2 Ogo 2009

Zoom Melaka Part 4: Macam- Macam Daa...

Sori ya... Ada yang tanya, berapa episod cerita Zoom Melaka kali ni? Yelah, nampak macam tak habis- habis je... OK, kali ni cuba akan dibuat seringkas, se -compress mungkin... Picture above merupakan pokok Melaka, yang mana Melaka mendapat namanya. Ada cerita yang kata, Parameswara berteduh kat bawah pokok Melaka, dan tak tahu nama tempat tu apa, terus diberi nama Melaka. Begitulah adanya...
Yang ni plak kat area tempat bersejarah Melaka. Sebenarnya tak jauh daripada tempat ni, kerajaan negeri Melaka jumpa tempat bersejarah yang baru di tapak balai polis. So, demi mengekalkan warisan dunia, balai polis tu diruntuhkan dan dicarigali tapak warisan yang bersejarah tu.
Ris Famili tak lepas peluang ke Taman Rama- Rama dan Taman Buaya. Waktu kami ke Taman Buaya ni, tempat ni tengah under some construction works, jadi tak bestlah sebab tak dapat tengok puas- puas. Taman Rama- Rama plak, saya prefer Cameron Highlands punya...
Menara Taming Sari memang BEST! Sesiapa yang pergi ke Melaka, saya recommend naik Menara Taming Sari nih... Jangan lupa bawak IC, sebab harga tiket ada macam- macam rate...
Ris Famili naik dalam 2-3 kali, dan bila sampai di puncak, kita boleh tengok pemandangan seluruh bandar Melaka. Amin sampai nangis bila benda ni berhenti, dan nak naik berulang- ulang kali.



***********ADVERTISEMENT***********

1 Ogo 2009

Zoom Melaka Part 3: Public Transport

Kali ini, mak Amin beri sedikit tips bagi yang nak datang ke Bandar Melaka: Bandaraya Bersejarah ni. Make sure u all semua tahu public transport yang ada di bandar Melaka ni. Bagi yang tak suka rushing nak ke sesuatu tempat, boleh try kereta lembu seperti di atas. Aisey, lembu tu pun pandai posing juga...
Transport yang Amin naik ni boleh didapati dalam Melaka Mall. Sekali naik tak mahal, RM 3 aje, dan boleh round- round kat floor tu. Sesuai digunakan bagi budak yang suka berlari dalam mall, umpan bagi dok diam- diam...
Bagi yang nak lebih klasikal seperti zaman Portugis dahulukala, boleh cuba naik kapal yang tak akan berlabuh ke lautan ni. Naik sahajalah ya, bukan belayar. Bagi yang berangan nak naik cruise mewah, tapi masih tak ada kesempatan, try kapal ni dulu. Ramai juga yang berkunjung ke Muzium Kapal ni, nampak unik kan...
Bus double decker ni sebenenarnya memang bas tourism negeri Melaka. Time Ris Famili pergi hari tu, Melaka baru saja diisyhtiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia. Saya tak sure ini bus untuk group tour atau bus pelancongan yang dah ada route tersendiri macam kat KT ni.
Ris Famili decided try public transport yang nih. Best juga dapat round bandar Melaka dengan beca ni. Tapi, nak pesan kalau musim cuti sekolah, harga tour naik beca ni akan jadi berlipat- lipat ganda. So, kalau bajet besar, u all can try. Boleh cecah RM 30-40 per ride, ini menurut pak cik beca ya.
Rasa- rasanya yang mana u all akan pilih jika ke Melaka?