Pada suatu hari, aku menaiki kereta ke pejabat dan memparking keretaku di kawasan parking kereta di luar pagar bangunan pejabat. Bukan sengaja aku parking kereta di situ, malah inilah rutin hari-hari keretaku lepak di situ. Sebabnya adalah pejabatku tidak menyediakan parking yang mencukupi untuk semua staf.
Namun di suatu hari ketika aku hendak pulang ke rumah selepas seharian bekerja, tiba-tiba aku terlihat sesuatu di cermin belakang kereta. Ahhhh... TIDAKKKK.
Cermin keretaku pecah berderai. Namun tinted yang dipasang kukuh memegang cermin keretaku. Tidak ku tahu sejak bila cermin keretaku jadi begini. Sejak pagi, tengahari atau baru sekejap saja? Bersangka baik aku fikirkan mungkin pecah disebabkan panas matahari menyebabkan cermin kereta pecah.
Alhamdulillah, mujur hari tak hujan. Kalau tak sudah tentu keretaku menjadi mini kolam renang dimasuki air. Aku pun balik dululah sebab hari dah petang. Mesti kedai cermin pun dah tutup waktu ini, lagipun jalan jem teruk setiap kali waktu balik kerja.
Esoknya iaitu selepas memaklumkan bos kat opis, aku pun bergegas ke kedai cermin yang disarankan oleh rakan opis. Di kedai tersebut barulah aku tahu cermin kereta aku pecah adalah akibat terkena hentaman batu. Bukannya akibat cermin kepanasan akibat parking di tempat panas. Tanda panah gambar di atas adalah kesan hentaman batu tersebut. Tak pasti disebabkan orang baling atau lantunan batu akibat dilanggar oleh kenderaan lain.
Nak buat camna lagi, ganti tetap kena juga. Terbanglah juga secebis duit gaji bulan ini untuk menggantikan cermin tersebut. Dan hasilnya... traaa, lihatlah. Cantik dan berkilat. Beginilah kisahku kali ini. Sekian.
Nota : Kebiasaanya aku menambah cover insurans bagi cermin kereta bagi tahun sebelum-sebelumnya tapi kali ini aku tak mengambil insurans cermin la pula. Bukan rezeki aku kali ni.
24 Sep 2013
15 Sep 2013
Rumahku Bukan Rumahku (Ipoh | Meru Perdana)
Bersempena Hari Kebangsaan 2013 lalu, RIS-FAMILI mendapat panggilan untuk mengambil kunci rumah yang di beli sejak setahun yang lalu. Tanpa berlengah, RIS-FAMILI bersiap untuk balik ke Ipoh sejurus terima pengesahan dari pemaju perumahan. Memandangkan cuti hanya tiga hari iaitu cuti hujung minggu dicampur sehari cuti Hari Kebangsaan, maka RIS-FAMILI mengambil peluang untuk pulang pada hari cuti Kebangsaan ini.
Untuk makluman pembaca blog, rumah yang RIS-FAMILI beli terletak di Taman Meru Perdana, Ipoh yang terletak tidak jauh dari pusat pentadbiran baru negeri Perak di Meru Raya, Pasaraya Mydin, Stesen Bas Baru Ipoh (Terminal Aman Jaya), sekolah antarabangsa Tenby dan susur keluar ke Lebuhraya PLUS.
Memandangkan RIS-FAMILI sekarang menetap di Terengganu, jadi RIS-FAMILI bercadang untuk menyewakan rumah tersebut untuk sesiapa yang berminat. Untuk pengetahuan pembaca, RIS-FAMILI membeli 2 unit rumah sebelah menyebelah. Namun semasa entri ini ditulis, rumah tersebut belum sedia disewa kerana semasa kunci diambil, meter elektrik dan meter air belum dipasang. Jadi tak sempatlah nak cuci dan pasang peralatan elektrik. Yelah... 3 hari mana nak sempat nak uruskan hal tu semua.
Pandangan hadapan rumah. Disebelah kanan no 21 dan disebelah kiri no 23. |
Terletak di Jalan Meru Perdana 6, Taman Meru Perdana |
Halaman pandangan keluar |
Halaman Pandangan Ke Dalam |
Jadi RIS-FAMILI bercadang nak uruskan semua hal itu semasa cuti Raya Aidiladha nanti dan diharapkan semua urusan dapat disiapkan dalam tempoh tersebut. Insya Allah. Jika semua perkara telah diselesaikan barulah rumah tersebut sedia untuk disewakan. Jangkaan dalam bulan November tahun ni.
Ruang Tamu - Pandangan Ke Dapur |
Ruang Tamu - Pandangan Ke Laman |
Bahagian halaman boleh memuatkan 2 biji kereta saiz sederhana/kecil dan terdapat sudut kecil bertanah untuk bercucuk tanam. Terdapat tiga bilik termasuk satu bilik utama / master bedroom yang dilengkapi bilik air.
Bilik Depan |
Bilik Belakang |
Bilik Utama (Master) |
Bahagian Dapur |
Bilik air dan tandas duduk. Terdapat dua bilik air iaitu satu unit di bilik utama dan satu unit berhampiran dapur. |
Nota : Gambar yang ditunjukkan adalah gambar yang di ambil sejurus kunci diambil. Proses pencucian belum dilakukan semasa gambar di ambil kerana bekalan air belum tersedia pada masa kunci diambil.
8 Sep 2013
Berhari Raya 2013 | Aidilfitri
Pada tahun 2013, giliran RIS-FAMILI beraya di Ipoh dahulu. Kali ini tak banyak gambar raya yang diambil, hanya ada beberapa keping sahaja. Jadi nak simpan lah juga dalam online diary ini. Yang pasti gambar RIS-FAMILI berempat tak sempat ambil.
* Gambar Amin tak jumpa pula untuk diabadikan dalam entri kali ini. Bukan tak ambil gambar dia, tapi ada dalam kamera lain. Belum download lagi, akan dimasukkan gambar Amin juga selepas gambar didownload ke dalam PC.
Gambar mak dengan Humaira sedondon dengan baju raya dengan rona hitam dan merah.
Aksi Humaira berposing dengan abah. Abah seperti biasa berpakaian baju melayu di raya pertama. Mana perginya sampin ni.
Cakkk.... Humaira pula cantik bertudung walaupun rambut depan terkeluar.
Ini lah sesi yang ditunggu-tunggu oleh semua anak-anak saudara. Apa lagi, SERBU!!!... Duit, duit, duit.
Sementara menunggu tetamu datang beraya, tengok email dululah.
* Gambar Amin tak jumpa pula untuk diabadikan dalam entri kali ini. Bukan tak ambil gambar dia, tapi ada dalam kamera lain. Belum download lagi, akan dimasukkan gambar Amin juga selepas gambar didownload ke dalam PC.
Langgan:
Catatan (Atom)