28 Jun 2009

Holiday di Langkawi Nov 2007

Masa holiday ni, mak Amin kena ganti kursus yang sepatutnya bos pergi. Tapi bos ada hal, jadi saya kena ganti secara adhoc, tak apalah... merasalah stay di Awana Porto Malai Beach Resort, Langkawi.

Nampak tak jeti dia belakang tu... Nampak sangat klasik kan... Siapa yang kaya tuh bolehlah naik trip mengelilingi Langkawi... Bot mewah pun ada, bot sederhana mewah pun nampak ada.

Sebelum ke Langkawi, kitorang sempat bermalam di Seri Malaysia Alor Star... Fountain depan Seri Malaysia ni memang menarik... Amin lak bagi posing yang menarik. Gambar selepas bekpes ni, bip Amin pun tak sempat nak tanggal.

Lepas mak habis kursus, sempatlah ke pantai Tanjung Rhu. Nampak kan mak Amin masih berbaju kurung lagi. Amin sejak kecilnya memang sangat sukakan pantai... Awana Porto Malai ni sangat bagus untuk tujuan holiday atau honeymoon, cuma jauh sikit daripada tempat shopping di Langkawi. Bilalah agaknya nak ke Langkawi lagi ni...

Damai Laut Beach Resort

Hanya ada satu pic untuk entry ni. Seminggu lepas balik Kuching, kebetulan time ni mak Amin kursus di Damai Laut Swiss Garden Resort, Manjung... Ni gambar private beach dia. Lebih sesuai untuk mereka yang honeymoon, kalau bawak family, tak ada apa sangat area ni... Tapi hotel dia best...

Holiday/ Family Day DOSH 2007

Pada bulan Julai pada tahun yang sama lak, kami sekeluarga ke Terengganu (waktu tu tak sangka langsung yang akan berpindah ke Terengganu)... Sebenarnya pejabat husband ada organize family day di KT ni, dan setiap family yang pergi akan diberi subsidi RM 100... Lepaslah duit minyak kitorang.

Tapi, time ni tak jalan ke mana pun sebab mak Amin kena jaga Amin kat hotel.. Kitorang menginap di KT Beach Resort... Hotel biasa- biasa je. Jadi tak banyak snap picture. Waktu ni Amin dalam umur 9 bulan macam tulah...

Tapi, masih tak miss melawat Pantai Batu Burok... Sebab abah memang suka ajar Amin mengenali alam semulajadi. Sekarang dah stay KT, every weekend boleh ke pantai...

Holiday Kuching 2007

Ini cerita flashback bagi Ris Famili... Selepas bersalinkan Amin, abah ajak pergi holiday ke Kuching, Sarawak. Waktu tu ada travel fair MAS, jadi dapatlah pakej pelancongan stay kat Crowne Plaza Kuching sekali, lebih kurang RM 1280 sahaja untuk penginapan dan return air ticket. Kami pergi April 2007. Gambar atas ni masa cruise kat WaterFront. Mahal gak cruise dia, lebih kurang RM40 seorang.

Waktu pergi ni Amin baru je umur 6 bulan. Tapi, alhamdulillah dia baik je sepanjang holiday ni, tak meragam dan tak mengangis tak tentu pasal. Gambar mak Amin dan Amin masa di KLIA. Ingat lagi, arwah abang saya lah yang hantar kitorang ke KLIA, kebetulan hari tu dia shift pagi...

Hotel Crowne Plaza ni memang best. 4 star hotel dan kita boleh pilih bantal jenis apa yang kita nak tidur. Sampai je hotel, Amin terus bergolek atas katil, meregangkan otot... Tak lama kitorang rehat, terus gerak... Bagi yang suka barangan hiasan rumah, mesti tak lepaskan beli Tikar Sarawak, nanti kedai tu boleh poskan sekali, tak perlu angkut naik flight.

Nilah gambar yang saya snap dan agak menjadi... Kalau tak selalu snap nampak jarilah, sengetlah... Terima kasih abah bawak kami holiday... Nanti saya akan update holiday yang lain- lain pulak...

27 Jun 2009

Our Big Family

Ini merupakan gambar kami sekeluarga yang terakhir sebelum abangku kembali ke Rahmatullah. Kenangan ini semasa sambutan Aidilfitri tahun 2008 (tahun lepas). Semoga Allah mencucuri rohnya, Amin.

Suka Duka Hari Bapa 2009

Abah semasa berumur 24 tahun- lepas kahwin dengan mak (segak dan tampan gitu)

Rasanya kalau masih di bulan Jun, Hari Bapa masih relevan kan... Sebenarnya tahun 2009 ni banyak kenangan suka duka sempena Hari Bapa. Tahun ni alhamdulillah semua kami adik- beradik dapat berkumpul dan meraikan abah bersama- sama di rumah saya kat KT ni. Walaupun tiada kek, tapi jauh di sudut hati kami adik beradik mengharapkan kesejahteraan dan kesihatan abah selalu, tak kira hari apa pun. Jasa abah memang tak terbalas... Abah saya ni tegas orangnya, tetapi ketegasan itulah yang menjadikan kami adik beradik jadi orang yang berguna... Terima kasih Abah...

Abah Amin semasa kami sekeluarga melawat Zoo Melaka pada Oktober tahun lepas

Buat Abah Amin yang sentiasa berkorban demi tanggungjawab kepada keluarga. Abah Amin ni seorang yang pendiam sebenarnya... Tapi, jika pandai memetik suis perbualan, abah Amin akan jadi instant peramah. Teruskanlah menjadi bapa yang baik dan penyayang kepada anak- anak kita ya (bila nak tambah anak ni?)

Arwah Bapa Mertuaku sewaktu meraikan Konvokesyen suamiku pada tahun 1996 di UTM Skudai

Saya tidak pernah bersua dengan arwah Bapa Mertua kerana arwah telah pulang ke Rahmatullah sebelum kami mendirikan rumahtangga. Apapun, saya tahu Arwah seorang bapa mertua yang baik dan pandai memasak. Kalau ada kenduri kendara di kampung, arwah merupakan antara orang kuat untuk menyediakan masakan. Menurut kata MIL, arwah setiap tahun akan buat sup kepala lembu/ kerbau setiap kali sambutan Aidilfitri.

Allahyarham Megat Ezaramir ketika kecil

Akhir sekali, tidak dilupakan buat arwah abangku yang telah kembali ke Rahmatullah 18 Januari 2009. Pada tahun ini, buat pertama kalinya, anak- anaknya tidak dapat menyambut Hari Bapa bersama bapa tersayang. Arwah merupakan seorang yang pendiam, penyabar dan bapa yang penyayang. Allah lebih menyayanginya. Sesungguhnya mati itu benar dan pasti.

Al- Fatihah buat Arwah Bapa Mertuaku dan Arwah Abangku.

Sayangilah dan Selalulah Menjenguk/ Bertanya Khabar Bapa Kita Sementara Masih Ada.
"Selamat Hari Bapa"

26 Jun 2009

Bersantai di Batu Burok

Hi semua... Hari Selasa lepas, dalam kul 5.40 petang lepas mak abah balik keje, Amin ke Pantai Batu Burok. Amin tak sihat hari ni, jadi mak abah bawak Amin ke Pantai Batu Burok untuk beri Amin lupa yang Amin demam.

Tengok ni muka Amin demam... Bila Amin demam, rumah jadi kemas, sebab Amin tak larat nak main permainan dan sepahkan rumah....

Mula- mula sampai Batu Burok Amin baik lagi, tak ligat lagi main pasir. Sempat posing dengan mak yang penat balik keje ni...

Ni pulak gambar Amin dengan Abah. Hari ni abah amik cuti jaga Amin yang tengah demam dan batuk. Terima kasih abah...

Amin dah mula lupa yang Amin ni demam... Rasa seronok pulak dapat main pasir pantai. Gambar bawah ni gambar Amin posing berlatarbelakangkan Hotel Primula Batu Burok.

Seronoknya dapat main pasir pantai... Lupa segala demam dan batuk. Amin dah semakin segar dapat main pasir ni... Tima kasih mak abah bawa Amin ke sini. Amin saayaaang mak abah...

22 Jun 2009

Sekolah Amin

Amin sedang khusyuk belajar flashcard dengan teacher

Ada yang tanya, Amin pergi nursery apa kat KT ni... Nilah sekolah Amin, tak jauh daripada my house, selang dalam 6 buah rumah aje... Amin dah 2 tahun 8 bulan, dan dah hanya pakai pampers time tido sahaja.... Sekarang dalam proses 100% free diapers. Sekolah Amin bersih luar dan dalam.... Teachernya nampak semuanya efisyen, setakat ni Amin happy ke sekolah tak macam mula- mula dulu...

Suatu Petang di Teluk Ketapang



Petang Sabtu lepas bawak Amin main pasir di Teluk Ketapang, Seberang Takir. Bagi orang luar yang tak tahu atau tak pernah datang KT, boleh try datang sini makan sotong celup tepung, ikan celup tepung, udang celup tepung , etc. Agak ramai juga yang melepak di sini petang- petang. Namun begitu, tak dapat dinafikan pantai Batu Burok lebih happening dan ramai family members. Kalau kat Teluk Ketapang lebih kepada pasangan bercinta... Amin sampai tak nak balik sebab suka sangat main pasir...
Kami cuma beli keropok lekor dan jeli kelapa je sambil tengok laut... Best jugak apa...

Full House Part 2



Kebetulan pula, pada hari Selasa minggu lepas masa my parents dan sister ada datang KT, my sister pun datang KT. Tok Ayah Abang Lan (Datuk kpd abang ipar) masuk wad, due to some respiratory diseases. Jadi, nak datang melwat dan amik turn jaga Tuk Ayah. Satu family come over to our house... Seronok betul rasanya sebab time tu birthday abah dan juga dekat dengan Father's Day. Semua adik beradik ada berkumpul sekali... Bukan senang nak dapat macam ni... Layan ajelah gambar ya...

19 Jun 2009

Full House Part 1







Minggu ni memang sangat best! Kerana my parents dan my sister datang KT and stay in our house for 5 days 4 nights! Rasa sangat seronok dan hilang segala stress kerja kat hospital. Family memang terapi yang baik untuk kesihatan mental dan emosi...

So, mereka tiba ke KT pada hari Isnin jam 6.00 petang, eloklah balik dari hospital pun dalam 5.40 petang, jadi just nicelah the time they arrived. Malam tu makan rendang pedas ayam yang my mum cook... Oh sangatlah rindu dengan masakan ibu.

Kebetulan my sister baru je tamat pengajian dan sekarang ni tengah tunggu offer daripada JPA and posting... Bagi yang mengenali diriku, mesti harus tahu saya ada hanya seorang adik dalam dunia ni dan akan bergelar dentist yang berkerjaya tidak lama lagi... Buat masa sekarang my sister adalah registered dentist yang jobless, hahaha...

My parents sebenarnya memang dah lama pasang niat nak datang KT, tapi banyak benor kenduri kendara time cuti sekolah hari tu... Jadi terpaksalah di postponed ke minggu after school holidays. My parents sebenarnya memang tak sesat di KT ni kerana pernah tinggal di KT ni dalam tempoh 6 tahun dalam tahun 1986 hingga 1992... Lama dah weh.

Jadi, kedatangan my parents ni seolah mengimbau kenangan di zaman silam sewaktu mereka tinggal di KT dulu. Apapun KT dulu dan KT sekarang memang banyak bezanya. Paling jelas, KT sekarang bergelar bandaraya dan harga semua makanan pun taraf bandaraya larrr...

Bagi yang mengenali diriku dan berhajat nak datang KT, anggaplah rumah kami ni macam homestay... Most welcome.

Ada lagi cerita Part 2 ni, kena tunggu ya...

Pasar Payang Kami Datang!!!






Memandangkan Mak Su dah tamat pengajian, jadi rasanya lebih baiklah dia dapat sesuatu sebagai reward usaha keras dan dah belajar bertungkus lumus selama 5 tahun ni nak jadi dentist yang berjaya...

Jadi, semalam petang lepas shopping kat Mydin Megamall, bawak Mak Su ke Pasar Payang... Jangan tak tahu, kalau musim cuti sekolah, pasar payang ni tersangatlah penuh dengan customer... Untung beso lah peniaga kat Pasar Payang ni...

Setelah puas memilih sehingga dah tak tahu apa yang nak dipilih Mak Su dan mak Amin telah berjaya menangkap 2 sutera crepe dan 2 sutera satin. 2 pasang sutera untuk Mak Su sebagai hadiah konvokesyen, 2 lagi untuk mak Aminlah...

Mak Su jangan lupa hantar kain ni ke Acik Bibah Tukang Jahit ya!

Anyone interested?

Bunga- Bunga Cantik Berseri


Semenjak pindah ke KT ni, tak ada satu pokok pun yang berbunga...
Agaknya belum boleh sesuaikan dengan tempat baru kot, dah 3 bulan lebih dah...
Tetiba, lebih kurang selepas 100 hari, salah satu pokok bunga ni berbunga dengan
banyaknya... Apa nama pokok bunga ni?

5 Jun 2009

Rush From KL

Semalam, dalam kul 6 petang my sister from KL datang rumah... Best betul rasanya, sebab memang dah lama tak jumpa my sister and famili. Anaknya ada 3 orang--- Danial, Hajar dan Haziq. Tapi, Danial tak ikut sebab stay kat rumah neneknya di Kuantan.

Tapi tak boleh surprise sebab kami dah tahu dulu yang Nyah G (my sister) beli keta baru... Toyota Rush yang baru 2-3 minggu aje umurnya... Kiranya jalan- jalan dengan keta baru lah ni...

Bebudak ni bila dah berjumpa memang seronok betul main bersama- sama... Tapi, my sister stay kat our house tak lama, hanya semalam dan pagi tadi dah menuju ke Besut pulak... Zoom Malaysia ya Nyah G!

3 Jun 2009

Stadium Runtuh Doh!






Bumbung Stadium Gong Badak Runtuh Doh!
Begitulah ayat yang heboh kat my workplace since pagi semalam dalam jam 9.45 pagi. And the news spread macam apa ntah, lagi cepat daripada Virus Influenza H1N1 hari tu. Heboh seisi Terengganu dengan hot news ni.
Bagi penduduk KT yang memang stay area Gong Badak atau Seberang Takir, ramai gak yang menyaksikan sendiri keruntuhan stadium tersebut. Sehinggakan ada yang sambil tengok keruntuhan tu, sempat telefon orang lain dan suruh dengar bunyi yang macam meletup tu.
Disebabkan stadium ni lokasinya tersangatlah dekat dengan airport, maka ramailah yang menyangka bunyi kuat tu sebab kapal terbang terhempas ke, sayap kapalterbang patah la, macam- macam la yang melibatkan penghuni atau penyewa airport. Tapi, rupa- rupanya jiran airport yang sakit...
Sebenarnya stadium ni baru dirasmikan pada 10 Mei 2008 sempena SUKMA, dan kos pembinaannya hampir 300 Juta Ringgit. Kos bumbungnya saja dengarnya puluhan ribu juga. Atapnya juga didatangkan khas daripada Korea yang ada ciri- ciri boleh menyesuaikan dengan cuaca dan keadaan KT yang dekat dengan pantai ni. Kiranya bukan koman- koman punya atap la...
Kalau time petang, stadium ni memang dipenuhi dengan orang ramai yang datang bersukan, area keliling stadium ni pun ramai yang berniaga.. mestilah orang ramai...
Nasib baiklah keruntuhan tu terjadi awal pagi, dan tiada siapa yang terkorban. Kebetulan lak, kejadian ni berlaku sehari sebelum Sukan Staf Universiti Malaysia.Tak tahulah kalau jadi hari tu.
Setiap apa yang berlaku ada hikmahNya...

Apa komen anda?

1 Jun 2009

3 Sepupu SELAMA- Selamanya

Eh, apasal lak SELAMA kat title tu huruf besar... Last week balik Selama, jadi nilah sepupu Amin kat Selama yang kebetulan ada di kampung sebab maknya dapat baby baru... MIL saya dapat cucu yang ke--17 ! Daripada 17 orang cucu ni, seramai 3 anak dara dan selebihnya anak teruna belaka... Kalau balik semuanya memang meriah dan gamat seisi rumah... memang happening habis!
Cadangnya nak amik gambar baby latest edition, tetiba lak kamera ketandusan bateri... Jadi sorilah tak dapat nak update ya. Yang berdiri sebelah Amin tu namanya Aya, kakaknya Ayu...
Aya ni sebaya je dengan Amin, tetapi disebabkan dia ni pompuan jadi dia selalu diet , nak jaga badanlah katakan, so maintain comel lote je... taklah seperti Amin yang tinggi dan mantap ni, hahaha...

(Perasan tak semuanya tak senyum... sebab kena marah dengan photographer sebab asyik tak stand still bebudak ni, mana nak jadik gambo)

Jumpa Member Lama

Rindu betul pada member yang sorang ni.... Dia ni pengantin baru, seorang nutritionist... Tapi malangnya, tarikh kenduri kahwinnya jatuh pada hari yang sama lori angkat barang ke KT dulu. Disebabkan time tu husband dah ada di KT, tak ada sesiapalah yang nak tolong drivekan ke Kodiang.... Tapi, rasa seronok sangat sebab dah jumpa last week... Saya doakan Sharifah menjalani masa mengandung yang ceria dan safe delivery ya. Member ni dah pregnant dah... tapi masih maintain slim dan cun lagi... Terasala diriku ini masuk dalam kategori obese berada di samping besfren ku yang ramping ini... Yang Amin ni plak memang tak segan silu dengan memberku ini...

Apapun Selamat Menjamu Selera Keropok Lekor Terengganu ya Sharifah...
Friendship Remains!!!