Awal tahun 2011 lalu, rumah yg Ris-Famili tinggal dilanda banjir. (Klik utk baca). Hampir 6 tahun selepas itu tiada banjir berlaku di rumah.
Ingatkan sebelum pindah keluar Kuala Terengganu dah tak kena banjir. Tapi sangkaan meleset. Hujan yg tak berhenti-henti sejak dari malam 25 Nov 2016 melimpahkan air yg banyak menyebabkan longkang tidak dapat menampung air. Hasilnya pagi esoknya semasa abah di opis, pemilik rumah sewa menelefon bgtau air dah naik. Bergegaslah abah kesorangan dalam hujan lebat balik dan meredah air banjir utk menyelamatkan barang. Syukurlah barang2 banyak dah dimasukkan dlm kotak dan diletakkan di tingkat atas.
Sebenarnya mak, Humaira dan Husna dah berpindah ke Ipoh sejak Julai 2016 lagi. Hanya tinggal abah dan Amin je yg masih berada di Terengganu. Tapi masa kejadian banjir kali ini Amin pun dah dihantar balik ke Ipoh sebab cuti persekolahan akhir tahun.
Jika dibandingkan banjir kali ini dengan banjir tahun 2011 lalu, kedua-duanya hampir sama ketinggian airnya. Dalam rumah hanya bahagian dapur dan bilik depan sahaja yg dimasuki air banjir kerana binaannya agak rendah berbanding binaan bahagian lain
Hampir tengahari, banjir pun surut apabila hujan mulai reda.