Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

19 Januari 2015

Panduan Wanita Berkerjaya | Persiapan Pakaian Anak Bila Outstation

      Pada entri sebelum ini, RIS-FAMILI ada berkongsi berkenaan cara-cara wanita berkerjaya menyediakan masakan jika terpaksa berjauhan dengan famili atau untuk mempercepatkan proses penyediaan selepas balik kerja. Klik sini untuk membaca tentangnya. Tapi entri kali ini pula berkenaan persiapan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah, tadika atau taska terutamanya bagi anak-anak yang masih belum tahu menguruskan diri. Bukan bermaksud suami @ ayah tak tahu menyediakannnya tapi bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja maklumlah kena uruskan seorang diri.
      Biasanya outstation yang biasa mak dihadiri adalah mesyuarat dan kursus. Jika dulu abah sentiasa mengambil kesempatan jika mak outstation tapi kali ni dah tak boleh buat sebab Amin dan bersekolah. Ambil kesempatan yang RIS-FAMILI maksudkan adalah abah akan ambil cuti dan join mak sekali. Jadi dapatlah bercuti yang ditaja sepenuhnya. Mak berkursus dan abah enjoy. Yahoooo...
      Caranya adalah seperti ini dan ini dipraktikkan oleh RIS-FAMILI. Terima kasih mak. Mana-mana baju yang hendak dipakai perlulah siap diseterika dan digantung satu set. Bagi baju yang akan dipakai sebelah petang pula, bungkuskan dalam plastik (sepertimana gambar bawah) dan akan dimasukkan ke dalam beg setiap hari. Kalau ada banyak beg, terus masukkan dalam setiap bag. Selain mencepatkan isi bag, dapat juga mengelakkan terlupa sesuatu barang maklumlah dah kelam kabut menguruskan seorang diri.
Untuk maklunam pembaca blog ini, RIS-FAMILI menghantar anak ke Taska, Tadika dan Sekolah dan ketiga-tiganya di lokasi berbeza.

Baju yang dibekalkan pada tadika/taska (kiri) dan baju untuk dipakai di rumah (kanan)

Stok pakaian untuk dimasukkan ke dalam beg telah dilabelkan ikut nama dan hari


***********ADVERTISEMENT***********

14 Januari 2014

Perkongsian Panduan Wanita Berkerja | Masakan

      Bagi wanita berkerjaya yang juga merupakan isteri atau ibu, RIS-FAMILI ingin berkongsi panduan menyediakan makanan kepada famili yang mana telah dan sedang dipraktikan oleh RIS-FAMILI. RIS-FAMILI memahami bahawa masakan ibu adalah masakan terbaik untuk keluarga tetapi kekangan masa bagi wanita berkerja menyebabkan kesuntukan masa untuk menyediakan masakan terutamanya pada hari kerja. Mugkin pada hari cuti dan hujung minggu, terdapat sedikit kelapangan untuk meyediakan masakan untuk famili.
Contoh masakan 'frozen' yang disediakan oleh RIS-FAMILI
      Bagaimanapun masakan masih boleh disediakan walaupun pada hari bekerja dengan mengikuti panduan yang akan dikongsikan bersama ini. Cara yang RIS-FAMILI praktikan adalah dengan membuat masakan 'frozen'. Masakan 'frozen' yang dimaksudkan ini adalah masakan yang dimasak seperti biasa tetapi disimpan dalam freezer selepas masak. (P.S : Ini berbeza dengan masakan yang tak habis dimakan dan disimpan dalam peti sejuk). Makanan yang disimpan ini adalah makanan yang belum lagi dijadikan hidangan dan di simpan selepas masak.
      Penyediaannya dibuat semasa ada kelapangan dan biasanya pada hari cuti. Menu yang sama tidak diulangi pada hari lain dalam tempoh seminggu ini bermakna jika nak buat frozen untuk 3 hari maka perlu ada tiga menu berbeza. Biasanya ayam sesuai untuk dibuat masakan 'frozen' atau sediakan hanya kuah sahaja manakala ikan atau lain-lain bahan dimasukkan semasa masakan tersebut hendak dimakan. Sebagai contoh gambar di atas, kuah masak kurma difrozenkan dan pada hari yang hendak dihidangkan hanya tambah telur rebus. Begitu juga kuah sweet sour, gorengkan ikan dan curahkan ke atas ikan semasa hendak dihidangkan.
      Ini hanya dua contoh masakan utama yang di tunjukkan. Banyak lagi menu yang boleh dicuba seperti sup, masakan kicap dan sebagainya. Bagi masakan sampingan seperti sayur, perlulah dimasak pada hari yang sama tapi masih boleh dicepatkan dengan cara memotong dan mencuci dibuat terlebih awal dan di simpan dalam bekas yang sesuai.

SELAMAT MENCUBA

(Nota : Panduan ini hanya sesuai jika anak, suami atau ahli famili yang lain tidak terlalu cerewet dalam aspek pemakanan)

17 September 2012

Penawar Batuk | Petua Orang Tua


      Jika anda batuk, pergilah klinik dan dapatkan ubat. Tapi kebanyakan ubat batuk ni ada kesan sampingan iaitu mengantuk dan tak sesuai diambil oleh orang yang memandu atau mengendalikan jentera.
      Oleh itu RIS-FAMILI ingin berkongsi petua orang tua bagi merawat batuk. Dan petua ini adalah petua yang selalu diamalkan oleh RIS-FAMILI jika batuk. Setakat ini Alhamdulillah, berhasil.
      Jika berminat, boleh ikuti cara-cara seperti diberikan di bawah. Kenalah sediakan bahannya dahulu iaitu air asam jawa dan garam@gula.  Manakala cawan dan sudu boleh je ambil di dapur, tak perlu perlu beli baru.
      Mula-mula sekali, isikan air ke dalam cawan dan seterusnya masukkan asam jawa. (Tak kisah samada asam jawa biasa atau asam jawa adabi). Kemudian kacau sehingga sebati. Lagi pekat bancuhan air asam jawa ni lagi bagus. Bila semua isi asam jawa dah larut, cedukkan biji yang tinggal dan buangkan biji tersebut. Elakkan guna penapis (Kalau guna asam jawa adabi, tak yah ceduk sbb tak de biji dah). Lepas tu tambahkan garam atau gula, mana-mana pun boleh mengikut citarasa anda. Dah siap.
      Cara guna mudah aje, minum je air yang telah dibancuh tadi, lebih baik ditelah perlahan-lahan supaya air tersebut terasa di tekak. Elakkan minum air masak atau apa-apa air selepas minum air asam jawa bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

SELAMAT MENCUBA.

Petua utk sakit tekak - Klik sini



***********ADVERTISEMENT***********


17 Mei 2012

Petua | Daun Sirih | Hidung Berdarah

RIS-FAMILI sejak dulu mengamalkan penggunaan daun sirih jika hidung berdarah (jika ada daun sirih). Walaupun ia sekadar petua, dipercayai daun sirih mengandungi agen pembekuan darah (belum survey dlm internet) yang mempercepatkan pembekuan darah. Kebiasannya RIS-FAMILI mrenggunakan kaedah ini apabila hidung tiba-tiba berdarah akibat kepanasan.

Caranya amat mudah;
1. Ambilkan daun sirih. Kalau tak pernah lihat, gambar bawah sebagai panduan.

2. Gulungkan daun sirih sehingga muat untuk menutupi hidung (tutup sebelah hidung yg berdarah sahaja).

3. Masukkan ke lubang hidung yang berdarah. Jika darah banyak, jangan baring tapi duduk sambil tundukkan kepala.
4. Bila dah rasa pendarahan dah kering, keluarkan daun tersebut dan cuci hidung dengan lemah lembut bagi mengelakkan pendarahan semula.


***********ADVERTISEMENT***********

05 Februari 2011

SAKIT TEKAK | PETUA ORANG TUA

Sekarang ni ramai yang mengadu sakit tekak dan kesannya semakin terasa semasa nak telan (minum atau makan) dan juga semasa nak tidur.  Tak terkecuali merasai keperitan ini adalah RIS-FAMILI sendiri. Bermacam ubatan terjual di kedai dan farmasi boleh dibeli namun apa salahnya jika mempraktikan petua orang dulu-dulu. Selain telah terbukti sebab dah diamalkan sejak dulu, ia juga bebas bahan kimia dan dadah. Heeeee...
RIS-FAMILI sudi berkongsi sebab RIS-FAMILI juga telah mempraktikkannya dan Alhamdulillah berhasil.
Caranya mudah dan bahannya murah. Semuanya telah ada di dapur. Kalau tak caya pergi check kat dapur.
Bahan-bahannya : Cawan, Sudu, Air Suam dan Garam.
Cara penyediaan : Ambil cawan dan masukkan air suam (terpulang nak penuh atau separuh) dan masukkan garam ('lebih' dari secukup rasa - lagi masin lagi bagus), kacau dengan sudu hingga sebati.
Cara rawatan : Masukkan air garam tadi ke dalam mulut (awas jangan tertelan sebab masin), dongak dan kemudian kumur sampai rasa air garam tu di tekak. Luahkan air tersebut dan ulang semua langkah di atas seberapa kali yang korang suka. Dah habis kumur basuh mulut korang tapi jangan sampai pada bahagian berdekatan tekak (sekadar nak buang rasa masin di lidah). Jangan makan atau minum seberapa lama yang boleh (minimun setengah jam kot) sebab nak dapat kesan terbaik. Ulang lagi pada waktu lain pula sehingga rasa dah sembuh. Selamat mencuba.

Kita berikhtiar, Allah yang menyembuhkan.



***********ADVERTISEMENT***********


05 Julai 2010

Semanis senyuman, semeriah gelak ketawa.

Hidup yang sentiasa bergembira adalah hidup yang penuh bermakna. Walaupun kegembiraan tidak semestinya perlu diiringi dengan senyuman dan gelak ketawa namun orang yang senyum dan gelak ketawa adalah orang yang dalam kegembiraan.

Berikut adalah beberapa fakta tentang senyum dan ketawa yang dipetik dari internet.
Senyum adalah anugerah yang wujud sejak kita lahir, jadi jangan sia-siakannya.
Senyum adalah sejenis senaman untuk muka, jadi rajin-rajinlah tersenyum.
Senyum hanya melibatkan 17 otot muka berbanding 43 otot muka ketika mengerutkan dahi.
Kanak-kanak lebih banyak ketawa berbanding orang dewasa.
Ketawa sebanyak 100 kali dalam 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit
Ketawa dapat mengurangkan masalah kemurungan dan tekanan.

Oleh itu selalulah tersenyum kerana senyuman yang ikhlas adalah satu sedekah yang mudah dan murah untuk kita berikan. Ketawalah dikala suka atau duka kena ketawa dapat meceriakan hari anda namun ketawa secara berpada-pada adalah sebaik-baik ketawa.

Nota :Fakta dipetik dari internet. Hahahahaha....
Simple IT@RIS-IT (Sila KLIK)

22 Jun 2010

Demam Campak? Petuanya...

RIS-FAMILI ingin berkongsi info tentang petua orang tua-tua di mana petua ini telah pun diamalkan oleh RIS-FAMILI juga. Hasilnya juga didapati tidak menghampakan.
Pernah nampak pokok ini? Ni la pokok bambu. Menurut petua orang tua, daun pokok ni digunakan untuk mengurangkan gatal-gatal akibat kena campak (chicken pox). Memang gatal jika kena deman campak terutamanya ketika badan panas dan berpeluh. Penggunaan daun ini hanyalah untuk mengurangkan gatal-gatal dan bukanlah untuk  mempercepatkan kadar penyembuhan.
Dalam entri sebelum ini pun ada dinyatakan bahawa RIS-FAMILI pernah diserang demam campak. Jadi daun inilah yang dicari oleh RIS-FAMILI.
Cara nak guna ialah rendam daun ini dalam air mandian dan kemudian guna air yang direndam dengan daun bambu untuk mandi. Satu lagi petua, daun ini diletakkan di bawah bantal dan cadar yang digunakan untuk  baring/tidur.
DiZOOMkan gambar daun ini untuk tatapan pembaca, manalah tau nanti senang nak cari. Walaupun blur tapi sudah cukup untuk dikenali. Kebiasaanya di rumah kaum India dan taman rekreasi banyak ditanam pokok ini.



***********ADVERTISEMENT***********