26 Feb 2010

Marilah datang lagi Tok Besah...

Masa cuti CNY, Tok Besah ikut Ris Famili balik Terengganu.
Memang dah lama Tok Besah tak datang Tganu nih.

Ris Famili tak lepas peluang bawa Tok Besah jalan- jalan.
Ni gambar masa naik train mengelilingi Muzium Terengganu.
Tiket Muzium rasanya dah naik harga lah, RM5 per entry, last year RM2 jer.

Of course lah kami tak akan lepaskan peluang bawak 
Tok Besah ke Pantai Batu Buruk.
Dari rumah kami pun bukannya jauh sangat.
Amin seronok tul main pasir time ni.
Pakai baju sedondon warna oren dengan Tok.

Ini plak perhentian train kat Muzium.
Nampak begitu unik dengan kerawang awan larat gitu.

Merasa juga Tok Besah jenjalan ke kenduri kat Kemaman.
Tok Besah pakai baju sutera Tganu tuh...

Tok Besah stay rumah kami 10 hari.
Rasa sekejap aje, dah balik. 
Datanglah lagi rumah kami mak.
Boleh bawa jalan- jalan ke tempat lain pula...




23 Feb 2010

Vistana KL

Lebih kurang 2 minggu lepas, Ris Famili berpeluang ke KL.
Di sana, kami menginap di Hotel Vistana.
Sempena CNY, ada promotion rate untuk kadar sewa bilik.
Mesti bloggers ingat makin mahal ye, tak sebenarnya rate promotion tu lebih murah daripada biasa.


Of coz, dah jejak ke KL,
Ris- Famili ambil peluang jalan- jalan sekitar KLCC juga.
Masa sampai dah tengahari, cuaca panas betul.
So cancel plan nak bawak Amin mandi kat public pool tu.

Aminlah yang paling seronok sebab dapat jalan- jalan naik train sekitar KL.
Yelah Amin, kat Tganu mana ada train.

Decoration untuk CNY tahun ni rasanya tak semeriah tahun- tahun lepas.
Betullah dah perbelanjaan berhemah, semua pun kena berjimat juga.
Ramai yang ke KLCC ni sekadar window shopping.
Tak ramai yang betul- betul shopping...

Dah puas berjalan- jalan sekitar city center, baliklah semula ke Vistana.
Penat betul Amin, tak lama lepas baring dah terlelap.
Penat ye sayang.
Hotel Vistana KL memang best, sebab servis semuanya cepat dan pantas.
Boleh datang lagi nih...



20 Feb 2010

Selamat Pengantin Baru

Hari ni Ris Famili jenjalan ke Kemaman. 
kenduri kawen pangkat mak sedara sebelah abah.

Ni gambar tok dan pakcik Razak.
Pakcik Razak bertindak sebagai photographer hari ni.


Ni masa nak siap- siap untuk berarak ke rumah pengantin lelaki.


Mak Amin pun join dalam pasukan berarak, line nombor dua.
Tok Besah Amin line nombor 3.

Mak Amin dan Amin sempat berposing depan rumah pengantin lelaki.
Rumahnya serba pink!

Gambar Opah Minah dan Tok Besah.
Memang rancak bersembang ni...


Berjaya tangkap gambar Pak Lang Azid.
Bukan senang nak jumpa ke-7 anak beranak opah minah.
4 lelaki, 3 perempuan.

Ris Famili rasa seronok attend kenduri ni,
kerana semuanya ramah, mesra dan baik.
Abah Amin pun suka sembang sebab Opah Minah ada ramai anak lelaki.
Bertambahlah sedara Ris Famili di Terengganu.
Taklah kami rasa sunyi.
Jemputlah datang ke rumah ya Pengantin Baru!

SELAMAT PENGANTIN BARU DARI RIS-FAMILI & RIS-IT

14 Feb 2010

Dr. Zayne vs Mak Su

Hari ni hari yang bersejarah buat Amin.
Sebab hari ni Amin nak pergi 1st dental check up.

Appointment Amin hari ni adalah dengan dentist Dr Zayne.
Dr Zayne tengah ada patient sekarang, tampalan gigi.
Muka patient terpaksa dilindungi untuk kerahsiaan pesakit ya.

Amin memang tak sabarlah nak check gigi.
Dr Zayne nak buat kerja lah Amin, tak boleh pergi dekat- dekat sayang.

Yes! Sekarang dah sampai turn Amin.
Inilah pose menarik daripada Amin.
Best tau Amin duduk kat dental chair ni, rasa macam naik lif.

Dr Zayne suruh Amin nganga.
Memang baik dan sportingla dentist ni.
OK, gigi Amin OK, tak ada lubang.
Jaga gigi baik- baik.

Amin tak takut lah nak jumpa Dr Zayne lagi.
Dr Zayne baik, maklumlah maksu Amin.
Maksu yang pakai topeng tu...

5 Feb 2010

All Out!


Hai semua... Sudah lama tul mak Amin tak menulis dalam blog nih. 
Dek kesibukan keje, mak Amin 
jadik urus setia bagi satu function kesihatan ni. 
Ermmm this year team farmasi telah diberi amanah dan kepercayaan untuk jadik urus setia... Urus setia segala- galanya lah, take turn dengan unit lain every year.
Ni masa sesi motivasi macamana nak jadi a good leader, ada sesi game lak nak menceriakan keadaan. 
Best gak aktiviti nih. Participants semuanya pegawai kanan kat jabatan kesihatan.


Tahun ni sempena langkah perbelanjaan berhemah, persidangan ni buat kat Wisma Peladang je. 
Bukan di hotel, memang save betul. 
Kesian kat participants yang terpaksa berebut parking. 
Tempat parking memang masalah. 


Sebelum mula, Amin dan mak sempat posing kat tempat VIP. 
Amin lak yang  terlebih excited.



Ataupun mak yang sebenarnya excited?
Heheheh...




4 Feb 2010

Lagi Gambar berBBQ bersama warga JKKP Terengganu

Seperti yang dijanjikan dalam Entri sebelum ini, maka berikutnya dipaparkan beberapa lagi gambar-gambar yang sempat diambil semasa majlis berBBQ.
RIS-FAMILI tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam aktiviti berBBQ tersebut. Seperti biasa yang seronok tentulah Amin kerana berjumpa dengan ramai kawan.
Amin bersama salah seorang anak staff JKKP Terengganu.
Seronok bermain dan bergambar bersama kawan baru.
Antara tetamu yang hadir.
Antara penggerak utama majlis berBBQ. Yang tak ada dlm gambar jangan marah ye.
Beratur untuk melihat aktiviti memasak BBQ.
Bergambar sambil menunggu penganjur memulakan majlis. Laparnya....
Muka-muka kekenyangan selepas menyapu bersih BBQ. Yummy.....
Kesedapan hingga menjilat tulang. Oppsss....

Aktiviti ini boleh dianggap berjaya walaupun pada permulaannya nampak seperti tidak ramai yang hadir, namun selepas pukul 9.00 malam barulah kehadiran menggalakkan dan kemeriahan mula terasa.
Sebenarnya banyak lagi gambar yang ingin diletakan tapi disebabkan aktiviti dijalankan di waktu malam dan di luar rumah maka gambar yang diambil tidak begitu jelas.

Anda dialu-alukan untuk melawat blog RIS-IT (Sila klik disini)



3 Feb 2010

BerBBQ bersama Staff JKKP Terengganu

Pada malam 3 Januari 2010 telah berlangsung majlis BerBBQ yang dianjurkan staff-staff JKKP Terengganu yang melapor diri dalam tahun 2009. Walaupun majlis tersebut dibuat secara tidak formal namun kehadiran tetamu VIP iaitu Pengarah, Timbalan Pengarah (Operasi) dan Timbalan Pengarah (Khidmat Teknik) amatlah dihargai.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti berlangsung (2 keping dulu) dan gambar-gambar lain akan menyusul kemudian.
Kita saksikan. Meriah dan amat berjaya.
Semasa persiapan iaitu memotong buah-buahan
(Siapakah lelaki misteri berbaju biru?)


Semasa majlis berlangsung. Mengambil peluang berkenalan dengan ahli keluarga staff yang hadir.

Nantikan gambar-gambar lain yang akan diupload selepas ini... Tungggguuuuu....