21 Mei 2012

Cuti-cuti Malaysia | Jusco Station 18

Awal bulan 5 lepas, RIS-FAMILI balik Perak dan salah satu tempat yang dikunjungi adalah Jusco yang baru dibuka di Ipoh iaitu Jusco Station 18. Abah pernah tinggal berdekatan Station 18 selama hampir 9 tahun di situ tapi pada masa tu tak ada apa-apa pun kat situ. Yang grand pada masa tu hanyalah Pasaraya Pasabina (dah tutup pun sekarang ni).
Sekarang ni dah pesat jugalah tempat ini dengan adanya Tesco dan Jusco dan deretan kedai dan pejabat yang baru dibuka. Kalau dulu boleh dianggap tak ada apa-apa sangat sebab kalau nak berlibur dan membeli belah kena pergi ke bandar tapi sekarang semuanya ada. Macam-macam adaaaa....
Tapi yang lain tak mahula cerita sebab tujuan entri ini ditulis adalah mempromosi berkongsi cerita berkenaan Jusco yang baru je dibuka. Baru buka ni seronok sikit nak cerita, kalau dah lama tak best la nak cerita.
Besar jugalah kompleks ni tapi masih ada lot-lot kedai yang masih belum dibuka. Maklumla baru je beroperasi. Dan dekorasi pembukaan masih lagi ada RIS-FAMILI tak melepaskan peluang untuk bergambar. Kalau dibandingkan dengan Jusco Kinta City, Jusco ni lebih besar.
Tak banyak barang yang dibeli sebab tujuan asal datang sini bukan untuk tujuan shopping. Tujuan asal adalah untuk meronda-ronda sambil melihat keadaan dalaman Jusco ini sebab nak tahu gak apa yang ada kat sini. Juga masa untuk bersama-sama famili untuk beriadah dan berlibur. Kalaulah kat Kuala Terengganu ada kompleks-kompleks macam ni kan best.

4 ulasan:

Denaihati berkata...

askm. jusco ni terbesar di perak agaknya yer. baru buka mesti ada banyak sale.

Ris Ya berkata...

@Denaihati
Betul tu. Kat Perak ada dua je Jusco atau sekarang dikenali AEON.
Kalau kat Lembah Klang, bersepah AEON. Yg lain pun banyak.

Tanpa Nama berkata...

comel la humaira

Ris Ya berkata...

@Tanpa Nama
Terima kasih. Harap kecomelan ini akan terus berkekalan hingga besar. Comel rupa dan budi pekerti.