20 Nov 2017

Pertandingan Mewarna MPH & Scholastic

Pada 18.11.17 selepas selesai majlis graduasi kakak atau dikenali juga majlis Grand Ihtifal (klik utk baca), RIS-FAMILI rayau-rayau ke AEON Kinta City. Semasa membayar di MPH, juruwang memberitahu ada pertandingan mewarna utk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Memandangkan pertandingan akan diadakan tempoh sejam je dari masa bayar tersebut, jadi RIS-FAMILI tak melepaskan peluang. Kakak dan Una sedia untuk mewarna. Jadi selain buku yg dibeli tadi, bertambahlah satu lagi barang kena beli iaitu crayon. (MPH juga ada sediakan pensil warna)
Tepat pukul 3 ptg, pertandingan bermula dan hanya Kakak dan Una je yg ada. Tapi tu sekejap je, lepas tu bertambah sikit demi sedikit peserta memandangkan dibuka secara walk in. Kakak tekun mewarna manakala Una tekun pada permulaan je. Lepas habis lukisan dikerjakan Una (lihat gambar atas, lukisan kakak lupa pulak nak ambil gambar) mulalah dia bermain-main. Mmg tujuan Una masuk adalah utk pendedahan dan utk teman kakaknya.
Pertandingan tamat pukul 4 ptg tapi kakak dan Una selesaikan sblm masa tersebut. Sempat lagi abah dan mak bawa kakak beli kelengkapan sekolah utk tahun depan.
Tepat pukul 4, penganjur telefon utk majlis penyampaian hadiah.
Alhamdulillah, kakak dapat no 3 walaupun pertama kali sertai petandingan mewarna. Syabas kakak dan Una. Selain hadiah kemenangan, setiap peserta juga diberikan goodies penyertaan spt dlm gambar pertama. Ok la tu sbb penyertaan pun percuma je. Kiranya ni barang pertama kakak dan Una atas hasil usaha sendiri.
Bolehlah nanti join lagi pertandingan utk menambah pengalaman seterusnya.

Baca pengalaman pertama Abang Amin menyertai pertandingan mewarna (klik sini)

Update Gambar Kakak Warna.
Zoom gambar yg sedang diwarna.

Tiada ulasan: