30 Mac 2017

Pindah Terengganu ke Perak

Pertengahan Disember 2016, abah mendapat surat memberitahu permohonan pindah ke Perak telah diluluskan. Alhamdulillah.
Memandangkan Mak, Amin, Husna dan Humaira memang telah berada di Perak jadi masa mengangkat barang Abah uruskan berseorangan di Terengganu.
Emak telah menolong mengemas barang sebelum emak berpindah tempat tugas ke Perak pada bulan Julai 2016 lalu. Mana-mana barangan yang dijangka tidak digunakan oleh abah atau barang-barang yang tak begitu penting, mak telah masukkan ke dalam kotak. Jadi masa nak angkat barang, dah tak banyak barang perlu dikemas.
Ada beberapa barangan perabot yang dijual memandangkan tidak akan digunakan bila balik Perak. Jadi 1 set meja makan, 4 unit almari, 1 unit kolah mandi, 1 rak bertingkat, 1 almari dapur dan 1 meja dapur gas dijual. Memang laris, tak sampai sehari diiklankan di facebook, bertalu-talu peminat bertanya. Jadi boleh jiimat ruang lori masa angkat barang.
RIS-FAMILI menggunakan khidmat lori yang dicari melalui online. Turut ditambah adalah 3 orang untuk mengangkat barang di Terengganu dan menurunkan barang di Perak. Tapi servisnya tak begitu memuaskan.
8.3.16 lori datang pada 2.00 petang untuk mengambil barangan untuk dimuatkan ke dalam lori. Dan ketika proses mengangkat, hujan lebat baru reda tapi masih rintik. Barang terpaksa juga diangkat sebab abah dah beli tiket untuk balik Perak pada malam tu.
9.3.16 lori sampai Perak dalam pukul 9.00 pagi. Mak dah minta Cikgu Izzul dan seorang ex opis mak untuk membantu semasa barang sampai. Proses memunggah barang selesai dalam 12 tengahari. Alhamdulillah selesai proses pindah barang.
SELAMAT TINGGAL TERENGGANU. Hampir 8 tahun di sana. Kenangan di Terengganu takkan kami lupakan.

Tiada ulasan: