5 Jan 2014

Amin Darjah 2 | Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1

      1 Januari 2014 adalah tarikh permulaan persekolahan bagi Terengganu. Ini bermakna Amin akan mula memasuki darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu. Masih kekal di sekolah ini dan Insya Allah akan kekal selagi Abah dan Mak bekerja di Kuala Terengganu. Sekolah pilihan ramai ibu bapa kerana merupakan satu-satunya sekolah yang dikategorikan sebagai 'Sekolah Berprestasi Tinggi' di Kuala Terengganu. Tapi bukan itu sebabnya Amin di masukkan di sekolah tersebut. Abah dan Mak memilih sekolah tersebut kerana sekolah yang terdekat dengan rumah dan pejabat Mak dan Abah. Dan terletak dalam laluan perjalanan pergi dan balik kerja sejak mula-mula berpindah ke Kuala Terengganu. Senang nak hantar dan ambil.
Adik memberi kata-kata perangsang untuk abang pada hari pertama persekolahan.

      Tahun ini Amin ditempatkan di dalam kelas '2 Inovatif'. Memandangkan kelas hanya diketahui 5 hari sebelum sesi persekolahan bermula, kebanyakan buku tulis dan teks telah di tulis '2 Aktif' iaitu kelas sepertimana dalam darjah 1 iaitu '1 Aktif'. Ingatkan sama kelas. Hanya terdapat 2 rakan sekelas dalam darjah 1 dulu yang masuk ke kelas ini. Lain-lain kawan darjah 1 berterabur dalam lapan kelas lain. Tapi Amin suka sebab dapat kenal lebih ramai kawan termasuklah kawan sebelah meja Amin yang juga anak kepada rakan sepejabat Abah.

Senarai Rakan Sekelas Amin

Tahun ini cikgu kelas Amin adalah cikgu Habsah binti Rani. Cikgu Habsah mengajar pelajaran Bahasa Melayu. Terdapat 30 rakan sekelas dimana 13 adalah lelaki manakala bakinya adalah perempuan. Kelas Amin betul-betul setentang dengan kelas masa Amin darjah 1 tapi kali ini kelas di tingkat 1 berbanding aras tanah masa darjah 1 dulu.

Jadual Waktu Kelas 2 Inovatif

Jika masa darjah 1, mak dan abah tak faham dengan kod yang ditunjukkan dalam jadual tapi kali ini tak lagi jadi masalah untuk memahami kerana pelajarannya masih sama. Contohnya 'DSDT' adalah pelajaran 'Dunia Sains dan Dunia Teknologi' atau lebih dikenali sebagai 'Sains' dan 'DSV' adalah 'Dunia Seni Visual' atau lebih dikenali sebagai 'Pendidikan Seni'.

Sila klik sini untuk membaca 'Hari Pertama Amin Ke Sekolah' iaitu entri tahun lepas semasa Amin mula-mula menjejaki kaki ke sekolah SKSS1.

Tiada ulasan: