25 Okt 2012

18 Okt 2012

Aktiviti Hujung Minggu | Birthday Boy @ Pantai Batu Buruk

Jika hari lahir disambut di Tadika bersama kawan (klik utk baca), aktiviti hujung minggu birthday boy diteruskan dengan bermain pasir sambil membuat Volkeno (ayat birthday boy). Macam-macam volkeno yang dibuat seumpama kek yang dihujungnya dihiasi dengan hiasan berlainan.
Seperti biasa, lokasi yang dipilih sudah tentunya di Pantai Batu Buruk memandangkan lokasinya dekat je dengan rumah. Melayan birthday boy kerana seminggu lepas tu kena Abah kena pergi kursus selama lima hari di Klang.
Nampaknya birthday boy bergembira bermain volkeno ni. Layan je la dua keping gambar ni.
Tekun membina Volkeno
Hasil Volkeno dengan pelbagai Hiasan

9 Okt 2012

Ujian Pemilihan Ke Darjah Satu | SKSS1

Amin Bergaya Di Papan Tanda Nama Sekolah SKSS 1
Amin telah didaftarkan nama untuk memasuki darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu bagi tahun 2013 pada Julai 2011 lalu, Tapi tak sangka pula Amin kena menduduki peperiksaan untuk pemilihan ke sekolah tersebut. Sekolah tersebut dipilih kerana ini adalah sekolah terdekat dari rumah dan juga terletak di laluan mak dan abah untuk pergi balik kerja. Semasa membuat pengesahan penempatan pada bulan Ogos 2012 lalu, abah terima satu surat meminta Amin menghadiri Ujian Pemilihan yang diadakan pada 15 September 2012.
Memohon Restu Mak Sebelum Pergi Ujian
Peperiksaan yang diduduki adalah ujian Bahasa Malaysia dan Matematik. Sebelum ujian dimulakan, taklimat diberikan kepada ibubapa yang menemani anak-anak yang diadakan di dewan sekolah. Selepas itu barulah anak-anak dipecahkan ke kelas-kelas untuk menduduki ujian. Setiap kelas mengandungi 25 orang murid. Amin diletakkan dikelas 1 Inovatif. Kalau tak salah rasanya ada 9 kelas semuannya.
Atas : Di dewan semasa taklimat untuk ibubapa
Bawah : Amin bersedia menduduki ujia.
Amin nampaknya tak kekok berada dalam kelas dan tak sabar-sabar untuk menduduki ujian tersebut. Maklumlah dari kecil dihantar ke Taska/Tadika. Ujian dimulakan dengan Ujian Bahasa Melayu selama sejam. Selepas itu rehat selama 15 minit. Dan bersambung dengan Ujian Matematik juga selama sejam. Untuk ujian Bahasa Melayu, Amin berada dalam kelas sepanjang masa ujian tersebut tapi untuk ujian Matematik, Amin buat dalam tempoh sepuluh minit je. Dan kesannya markah untuk matematik tak setinggi markah Bahasa Melayu.
Amin melihat markah ujian yang dia dapat.
Alhamdulillah, Amin LULUS. Rupa-rupanya uijan yang dibuat ni bertujuan untuk pengelasan kelas semasa darjah 1 nanti. Mana-mana pelajar yang cemerlang dalam ujian ini akan ditempatkan dalam kelas intensif bagi tujuan lompat kelas (darjah 1 & 2 dalam setahun, tahun seterusnya ke darjah 3). Bagaimanapun semua pelajar berpeluang menduduki peperiksaan tersebut masa darjah 1 nanti.
Keputusan Ujian Untuk Kelas Amin
Markah ujian ini telah dikeluarkan dua minggu selepas ujian dan ditampal dipapan kenyataan berhampiran kantin. Tapi Amin hanya pergi tengok markah pada petang selepas sambut birthday di tadika (klik utk baca). Ada beberapa murid dapat 100% dan rasanya dah tentu mereka ni antara calon untuk kelas intensif tersebut. Tahniah kepada yang berjaya. Dan yang pasti, semua akan dapat masuk ke sekolah berprestasi tinggi ini (3 saja di Terengganu - 1 di KT, 1 di Besut & 1 di Kemaman) walaupun apa keputusannya.


***********ADVERTISEMENT***********


6 Okt 2012

Happy Birthday | Amin Dah 6 Tahun

      Tahun ini umur Amin cukup 6 tahun pada 4 Oktober 2012. Jadi mak & abah merancang untuk mengadakan majlis hari jadi Amin bersama-sama kawan tadika kerana ini adalah tahun akhir di tadika sebelum masuk darjah 1 nanti. Dari umur 4 tahun Amin berada di tadika ini. (2 & 3 tahun di Taska Rossa di seberang jalan je). Majlis ini disambut oleh Amin bersama-sama rakan setadika dan guru tadika je sebab mak dan abah kerja masa ni. Walaupun mak dan abah tak de masa majlis ni, tapi semua persiapan disediakan oleh mak dan abah. Birthday kali ini bertemakan BEN 10 dan dipilih oleh Amin sendiri. Kek birthday, baju, kasut dan topi ada imej Ben 10. 
      Ramai juga kawan Amin yang hadir semasa majlis ni, rasa-rasanya hampir 50 puluh orang jugalah. Maklumla dibuat di tadika, semua rakan ada termasuk rakan-rakan kelas lain yang sebaya dengan Amin.
      Balik saja dari tadika, terus Amin manceritakan keseronokan sambut birthday bersama-sama rakan. Tak lupa juga di tunjukkan set alat tulis yang tadika bagi sempena birthday.

Dengan ini tengok je la gambar-gambar sambutan birthday Amin;
Ucapan Oleh Mak & Abah di Whiteboard Rumah
Sambutan Birthday bersama Rakan
Ucapan Oleh Rakan & Cikgu Tadika Rossa